Bab 25

148 10 0
                                    


•᷄ࡇ•᷅

SYAH, kau ada nampak Kak Aida? Dari tadi aku cari tak jumpa. Takkan dia cuti pula?" Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Naik lenguh kaki aku dibuatnya dek mencari seorang Kak Aida. Namun, hampa. Batang hidung dia pun aku tak nampak.

"Kak Aida? Tadi ada je dekat depan sana. Tengah borak dengan customer. Cuba kau cari dekat depan tu." Syah menghalau ku sebelum menyambung kerjanya yang tergendala. Aku hanya menurut.

Mana Kak Aida ni? Takkanlah besar panjang pun nak main sorok-sorok. Aku membawa langkah ke ruang depan kedai.

Dekat sini pun tiada. Mungkin dekat belakang. Baru sahaja aku nak pusing, kepalaku menangkap kelibat dua manusia sedang galak bergelak ketawa di kaunter.

Kalau orang itu ialah Kak Aida atah Syah, memang aku dah sound awal-awal. Tapi ini bos aku atau lebih tepat lagi Encik Haziq. Bukan main galak dia bergelak ketawa dengan wanita dihadapannya itu.

Satu sahaja soalan yang berlegar dalam kepala aku. Siapa? Siapa wanita itu?

Sekali tengok memang aku dah siap tafsir, perempuan ni memang lawa habis. Tak heranlah kalau Encik Haziq yang memang rare nak tengok dia dengan perempuan pun ralit.

Hold on, bukan tadi Kak Aida cakap dia nak pergi depan kejap? Jangan-jangan dia dah nampak Encik Haziq dengan perempuan tadi? No! Benda ni tak boleh jadi!

Cepat-cepat aku pergi cari Kak Aida. Jangan-jangan dia dah buat benda bukan-bukan macam lompat dalam mangkuk tandas ke, atau telan yis sampai perut kembung lepastu meletup. Hesh minta dijauhkan.

Baru sahaja aku hendak melintasi ruang stor makanan, terdengar bunyi esak tangis dari dalam bilik itu. Gotcha!

"Kak Aida..." Perlahan-lahan aku menolak daun pintu bilik tersebut. Risau juga kalau benda lain yang menumpang. Kau ingat 'dia' tak healing macam manusia ke? Erk apa yang aku melalut ni.

Sebaik sahaja pintu dibuka, figura Kak Aida yang sedang bersandar di salah satu rak sambil menyembamkan wajahnya di lututnya menghiasi kornea mata. Sekali tengok memang aku dah tahu, tahap parah ni.

"Kak Aidaa." Aku berlari mendapatkannya. Aku memegang kedua bahunya yang sedang terhincut-hincut. Tak pernah lagi aku nampak Kak Aida menangis macam ni. Last aku tengok dia nangis masa aku prank satu kedai yang aku nak pindah. Itupun dah berapa tahun berlalu.

"Kak Aida okay ke? Jangan la nangis Kak Aida. Bos bukan ada apa-apa pun dengan perempuan tu. Mungkinlah. Maybe tu kawan dia? Haa kita tak tahu." Aku cuba menyedapkan hatinya dengan harapan dia termakan dengannya.

"Kawan kepala hotak kau. Aku dengar diorang discuss pasal majlis tunang la apa. Hancur harapan aku Qilaa." Ujarnya dengan suara sedikit serak.

"Oh memang takda harapanlah tengok gayanya." Gurauku sebelum rusukku disiku Kak Aida kuat. Bukan setakat Kak Aida yang menangis, dengan aku sekali rasa nak nangis golek-golek sekarang.

"Alah Kak Aida, santai sudahlerr. Kumbang bukan seekor. Takpa kita cari yang lain sama-sama eh." Pujukku sambil mengurut tempat yang terasa senak.

"Pergi mati dengan sama-sama kau. Encik doktor mata lawa kau nak campak mana? Bagi aku kalau kau tak nak. Memanglah kumbang bukan sekuntum, tapi Encik Haziq satu dalam dunia je tahu!" Dalam sedih dia menyempat lagi minah ni.

"Eleh. Dahlah tu nangis. Macam budak-budak pula. Jom lah sambung kerja. Kejap lagi bos cari pula." Aku menariknya bangun sebelum melangkah ke arah pintu. Belum sempat aku menyentuh tombol pintu, kepala Encik Haziq sudah tersegul depanku.

Dr Sengal Where stories live. Discover now