Bab 23

178 11 1
                                    

.യ.

SUARA baru sahaja menyapa gegendang telinga dirasakan seperti renjatan elektrik sekali gus menghalau rasa mengantukku dengan kejam. Manusia mana berani kacau harimau nak tidur ni!

Malas-malas aku buka mata sebelum membaca nama yang terpapar di skrin telefon. Hah! Tangan naik menggosok mata beberapa kali.

Dr Sengal

Rasa mengantuk yang masih tersisa sedikit tadi hilang entah ke mana. Aku bangun dari perbaringan. Badan disandarkan ke kepala katil. Apa mamat ni nak tiba-tiba call aku?

"Hello nak apa call orang malam-malam buta ni?" Rungutku dengan nada suara baru bangun tidur.

"Malam-malam buta kau cakap? Baru pukul sembilan lebih. Nampak sangat baru bangun." Walaupun aku dengar dia cakap dari telefon, otak aku dah boleh bayang muka dia yang tengah senyum sinis dekat aku.

"Eh suka hatilah nak tidur ke apa. Tak menyusahkan awak pun kan? Yang awak tiba-tiba call saya ni kenapa? Rindu?"

"Kalau aku cakap aku rindu kau macam mana?" Kedengaran ilai tawa kecilnya sebaik sahaja dia mengungkapkan ayat maut tadi.

Telefon di tangan nyaris-nyaris sahaja terlepas dari genggamanku. Sah mamat ni dah gila! Aku menampar pipiku yang terasa hangat. No Syaqila! Kau jangan tertipu dengan jantan licik ni. Tangan naik memegang dada sendiri. Jantungku rasa macam nak meletup.

"Jangan nak mengarut. Kang ada yang makan penumbuk malam ni. Cepatlah cakap nak apa, kacau orang nak tidur jelah dia ni." Aku berpura-pura marah untuk menutup rasa gugup di dada.

"Uit takutnya. Ni, kau dah makan belum?"

Sebelah keningku terangkat sedikit. Buang tebiat ke apa mamat ni call aku malam-malam lepastu tanya dah makan ke belum? Stress sangat dekat tempat kerja sampai dah tak betul ke?

"Perlu ke saya jawab soalan tak penting awak tu?"

"Perlu."

"Belum. Kenapa? Nak belanja saya makan?" Tebakku.

"Yup. Siap cepat ya. I'll be there in fifteen minutes. See ya." Tup. Talian dimatikan.
H

ah!? Tanpa berfikir apa, aku terus lompat dari katil. Malang tak berbau, kaki aku tersepak apa entah yang menyebabkan dahi aku menyembah lantai. Auuu!

Perlahan-lahan aku bangkit. Tangan menggosok dahi yang sudah mula berdenyut. Kaki dibawa ke arah cermin yang tergantung di sebelah almari. Aku menilik dahiku yang sudah mula bertukar warna. Macam mana aku nak jumpa Kalimi!?

Aku bukan takut dia marahkan aku sebab aku cuai ke apa. Tapi aku malas nak hadap dia gelakkan aku. Muka Kalimi yang galak mentertawakan aku sudah mula terbayang di dalam kepala.

Sekarang ni aku nak pakai apa? Mana sempat aku nak gosok baju. Ah pakai jelah apa yang ada. Dia ajak aku makan je, bukan nak candlelight dinner ke apa. Laju tangan mencapai hoodie yang tergantung di belakang pintu sebelum disarungkan ke badanku. Tudung sarung jelah.

Ok cantik dah. Perlu ke aku bawa dompet sekali? Tak payahlah. Kan dia yang nak belanja aku. Kalau tiba-tiba dia ubah fikiran dia nanti, memang aku akan buat dia bayarkan jugak. Haha.

Dr Sengal Where stories live. Discover now