Bab 21

203 14 1
                                    


.യ.

"APA tiba-tiba 'aku'? Orang cakap lain, dia jawab lain. Apalah." Aku menggeleng perlahan sebelum menggigit pau yang sudah berbaki separuh.

"Kau ni memang lahir bengap ke buat-buat bengap? Tadi kau cakap tengah cari orang yang nakkan kau, so aku mengaku lah." Ucapnya sebelum meneguk minuman di tangannya.

Aku menghela nafas kasar. Suka hati dia je cakap aku bengap. Aku hanya diam. Kalau aku jawab, aku juga yang kalah akhirnya. Tiba-tiba aku rasa aneh. Apa Kalimi cakap tadi?

WAIT WHAT!

"Apa benda awak merepek tadi?" Soalku dengan nada yang sedikit tinggi. Hujung bibir Kalimi terangkat sedikit. Eh mamat ni orang tanya bukan nak jawab. Nak ber sexy smirk pula.

"Finally. Apahal lambat sangat kau nak tangkap? Aku cakap aku suka kau. I like you. Clear enough?" Sejurus selepas dia mengucapkan ayat yang membuatkan seluruh tubuhku menggeletar, dia berpaling ke arah aku. Terus aku larikan wajahku ke arah lain. Tidak mahu dia melihat ekspresi wajahku tika kini.

"Apa awak mengarut ni? Salah makan ubat ke apa?" Aku pura-pura ketawa. Cuba mengusir rasa gundah di dalam. Jantung tika ini rasa macam mahu keluar buat larian pecut 2 pusingan.

"Aku tak mengarut. I'm serious." Sudahhh! Aku rasa nak selam sahaja kepala dalam tanah. Muka mula rasa hangat.

"Kenapa tiba-tiba rasa panas ni." Aku mengibas mukaku dengan tangan.

"Malam-malam macam ni panas? Nak cakap terik matahari, sekarang malam. Dosa banyak kut." Zass! Rasa seperti hati ditusuk sesuatu. Agak-agaklah kalau nak sindir orang.

"Pelik sangat ke aku cakap aku suka kau? Dulu kau suka aku boleh je. Hari-hari bertenggek dekat hospital. Aku ingatkan kau ada sakit apa-apa. Takut ada ketumbuhan dalam otak ke apa. Rupa-rupan-"

"Cukup. Saya taknak ingat dah tu semua." Aku menahan Kalimi dari menghabiskan ayatnya. Kalau tadi aku cakap aku nak selam kepala dalam tanah, sekarang aku rasa macam nak baring tengah jalan raya. Nampak selesa betul.

"Why? Indah apa kalau kau ingatkan balik. Sekarang cinta kau dah terbalas. Jadi apa yang kau buat dulu tak sia-sia." Aku panggung kepala. Tatap wajah Kalimi yang memang selamba habis. Gila! Macam mana dia boleh cakap semua tu dengan muka kerek dia.

"Oh. I got it now. Kau dah ada orang lain?" Tebaknya. Namun sangkaanya jauh melencong ke dalam gaung. Aku ada orang lain?

"Mana ada." Sangkalku tegas.

"Be my partner then. As simple as that."

Makin kuat jantung aku mengepam darah. Kalau mamat ni buka mulutnya lagi, memang keras aku dekat sini. Simple kepala dia!

"Saya taknak."

Sejurus selepas dua patah perkataan itu meluncur dari bibirku, terus dia berpaling ke arah ku. Matanya bertemu dengan mataku. Keningnya berkerut.

"And the reason is?"

"Awak playboy!"

Entah kenapa perkataan itu keluar dari mulutku. Mata Kalimi agak meluas sedikit. Terkejut mungkin. Dua-dua terdiam. Suasana disekeliling mula menjadi kekok. Rasa menyesal pula aku pergi cakap macam tu.

Dr Sengal Where stories live. Discover now