Bab 2

245 15 1
                                    


✧₊˚.

"Wey Qila, haritu kau ada tanya aku kan macam mana nak lupakan seseorang. Kau dah lupakan dia ke belum?" Aku yang sedang ralit menonton K-drama terus pusing kepala pandang Alea disebelahku.

"Haah. Belum dapat lupakan lagi. Kenapa?" Aku suap popcorn ke mulut.

"Oh baguslah." Apa yang bagusnya? Tangan mencapai remote lalu butang pause ditekan. Pantang betul aku dengan spesis cakap tak habis ni.

"Oit asal plak! Scene gempak ni. Potong stim betullah dia ni." Alea mendengus kecil.

"Kau explain sekarang apa yang kau nak cakap tadi sebelum aku ketuk kepala kau dengan remote ni." Bukan setakat benjol, amnesia terus kalau aku ketuk kepala minah ni.

"Oi, oi bawa bertenang. Ok, ok macam ni, kalau aku suruh kau pergi blind date kau nak tak? Sabar jangan marah lagi. Sebenarnya aku yang nak pergi tapi tadi aku baru teringat aku ada hal. So aku nak minta tolong kau gantikan aku, boleh?" Remote ditanganku dirampasnya sebelum disorokkan ke kebelakangnya. Tahu takut.

"Kau ni dah sawan ke apa tiba-tiba nak pergi blind date bagai?"

"Bukan akulah! Mak aku tu sibuk nak jodohkan aku dengan jiran aku dekat Terengganu. Eee taknaklah aku. Sakit telinga aku dengar dia membebel. So aku tryla blind date ni kot kot ada yang sangkut. Boleh la wey plisss." Telapak tangannya disatukan sebelum diangkat ke kepalanya.

"Hmm apa yang aku dapat kalau aku setuju?" Tangan naik memeluk tubuh sendiri.

"Hah? Urmm... Aku belanja kau makan. Nak?" Aku geleng kepala.

"Okay, aku belanja kau Tealive seminggu. Deal?" Yes ini yang aku tunggu-tunggu.

"Deal."

"Yeayy sayang kau Qila." Aku julingkan mata. Sayang lah konon.

"Bila dan dimana?" Soalku mendatar.

"Lusa. Café Smile." Aku yang sedang meneguk air sirap bandung terus tersedak. Terbatuk beberapa kali.

"Café smile? Dah tak ada tempat lain ke kau nak berblind date? Kenapa tempat kerja aku jugak." Rasa nak cekik-cekik sahaja manusia yang sedang senyum kambing disebelahku. Nak cakap tak jadi tapi aku dah setuju. Terlajak perahu boleh reverse, terlajak kata kau tanggunglah padahnya.

"Bukan aku yang pilih. Laki tulah. Kau jangan mengada nak suruh dia tukar tempat lain pulak. Kita dah deal. Lagipun kau kan cuti haritu."

"Banyaklah kau punya cuti. Yelah-yelah. Sakit otak kalau cakap lama-lama dengan kau." Aku rampas bekas popcorn dari tangannya. Manalah aku nak letak muka nanti? Tiba-tiba muncul wajah Farhan yang sedang senyum mengejek padaku. Kalau mamat tiga suku tu datang macam mana!? Confirm seminggu dia gelakkan aku. Huaaa!!

✧₊˚.

Mata pandang kiri dan kanan. Okay line clear! Sepantas kilat aku berlari lalu memilih meja yang agak tersorok. Cepat-cepat cover muka dengan pokok cactus palsu yang berada di atas meja. Lepas ni aku kena ucap terima kasih dekat Kak Aida. Pokok hiasan ini adalah ideanya dan akulah orang yang membantah sekerasnya. Kataku membazir.

Dr Sengal Where stories live. Discover now