Bab 12

187 11 0
                                    

ׂ ꥈ 𐚱  ᰮ 

TIDAK tahu sudah berapa lama aku berjalan tanpa hala tuju. Kaki pun sudah mula terasa lenguh. Aku pandang sekeliling. Aku dekat mana ni?

Jam dipergelangan tangan dikerling. Lagi 15 minit nak pukul 12. Mesti Alea tengah bising sekarang. Telefon pula cun timingnya nak innalillah.

Tiba-tiba rasa seperti ada air menitis di atas kepala aku. Aku dongak wajah ke atas. Hujan. Terus aku berlari anak mencari tempat untuk berteduh.

Malang tidak berbau, tiba-tiba aku kaki aku tersadung menyebabkan aku jatuh terjelepok ke tanah. Nasib baik aku sempat menahan wajahku dari tersembam ke tanah dengan tanganku.

Berkerut dahi aku menahan sakit apabila aku melihat kesan calar ditangan yang mulai memedih. Aku kena cari tempat untuk berteduh dulu.

Aku gagahkah diri untuk berdiri. Penuh cermat aku berjalan menuju ke suatu tempat teduh.

Macam tiada tanda-tanda seperti hujan akan berhenti. Aduh, macam mana aku nak balik ni. Tubuh tersandar lemah sambil tangan memeluk lutut.

Tiba-tiba aku teringatkan perkara tadi. Macam mana dia boleh ada dekat sini? Bukan dia dekat US? Ah, kesah apa aku! Aku sembamkan wajah ke lutut. 

Perempuan. Ada seorang perempuan bersama dia tadi. Perempuan yang pernah bergelar sahabat kepada aku. Dan perempuan yang merampas kebahagiaan aku.

Air mata yang mula bertakung di tubir  mata diseka kasar. Sudah terlalu banyak air mata aku bazirkan untuk dia. Bila teringatkan kisah aku dengan dia dulu, rasa bodoh pula. Terhegeh-hegeh nakkan  dia. Tapi dia? Meliar dengan betina lain.

Aku memeluk lutut rapat ke dada. Rasa dingin angin malam tambah lagi dengan pakaian yang sedikit basah membuat tubuhku menggigil sedikit. Macam mana aku nak balik?

Sedang asyik aku termenung, tiba-tiba muncul sepasang kasut kulit bewarna hitam dihadapanku. Automatik kepala mendongak ke atas.

"Kau buat apa dekat sini? Tak reti nak balik rumah ke? Kau nak masuk hospital lagi ke?"

Entah kenapa, air mata yang ditahan laju mencurah ke pipi sebaik sahaja aku mendengar suaranya. Aku rasa sebak lain macam.

"Kalimi..."

"Eh yang kau menangis ni kenapa? Aduh aku bukannya reti nak pujuk-pujuk perempuan ni." Bebelnya perlahan sebelum mencangkung di hadapanku.

"Kau kenapa munchkin? Siapa buat kau menangis ni? Dah-dah la tu, muka kau buruk kau menangis tahu tak?" Rasa sedih tadi terus hilang bila aku dengar ayatnya. Ni nak pujuk aku ke nak cari gaduh?

"Apa awak ni? Macam ni ke awak pujuk orang yang tengah sedih? Huh malas layan. Pergi balik lah!" Aku menghalaunya. Kepala disembamkan sekali lagi ke lutut.

"Haha kau marah eh? Kan aku dah cakap, aku tak reti nak pujuk orang menangis ni. But if you want me to lend you a shoulder, I refuse. Sorry aku taknak baju aku ni dicemari dengan hingus kau tu." Sambungnya sebelum ketawa perlahan.

Aku mendengus geram sebelum menyepak perlahan kakinya. Lupa yang kaki aku sakit, aku mengaduh perlahan.

"Kenapa dengan kaki kau?" Soalnya. Terselit nada risau dalam ayatnya.

"Tersepak batu tadi. Sikit je ni. Tak payah risaulah."

"Boleh aku pegang?" Aku tergagam. Wajahnya serius seperti risaukan aku.

"Err... suka hati awaklah." Jawabku perlahan.

Perlahan-lahan dia menyelak kaki seluarku. Tangan kasarnya menyentuh  pergelangan kakiku dengan penuh berhati-hati. Seperti tidak mahu menyakitiku.

Dr Sengal Where stories live. Discover now