Bab 11

196 12 1
                                    

𐂴

"KUTIP betul-betul. Takkanlah benda simple macam ni tak boleh buat? Ha muka tu asal? Ikhlas ke tidak? Tak pasal-pasal sia-sia je kau buat kerja tak dapat pahala." Ujarku sambil duduk bersilang kaki. Memang aku kerjakan cukup-cukup mamat ni.

"Aku tahula nak buat macam mana. Bising lah kau ni." Rungut Darwish perlahan tapi masih dapat didengari olehku.

"Dia buat orang boleh, orang buat dia takboleh pula." Sindir Faqih pedas. Darwish jeling maut. Nak tergelak aku melihat wajah Darwish yang seperti tertelan penyapu. Mulutnya tak berhenti membebel.

"Bagilah aku rehat sekejap. Air setitik pun jadilah. Sampai bila korang nak seksa aku ni hah? Tak kasihankan abang korang?" Kata Darwish dengan nada sedikit mendayu. Raih simpatilah lah konon.

"Tak." Sepatah sahaja aku jawab. Rasa kasihan tu ada, tapi sikitlah. Peluang untuk buli abang sulungku bukan senang nak dapat. Sebab tulah aku kena guna peluang ni sebaik mungkin. Ya dak?

"Kejam! Apalah nasib anak kau dapat mak ayah macam ni. Patutlah sampai ke harini menyingle." Terus hilang senyuman dibibirku. Wah main perli nampak!

"Hei cik abang, I single ke, double ke, suka hatilah. Dia tu dah nak dekat 30  tahun masih takdak buah hati, nak mengata orang." Aku sabdu cukup-cukup perkataan buah hati. Biar dia panas sikit.

"Lelaki tak apa okay kahwin lewat. Bak kata omputih, men life begins at 40. Kau perempuan lainlah. Nanti jadi andartu tiada siapa yang nak." Penuh angkuh dia berkata. Sempat sindir aku sedas.

Baru sahaja aku hendak balas perliannya, terpacul wajah adikku, Artief yang macam orang baru bangun tidur di muka pintu.

"Qila, umi panggil. Buat air untuk tetamu." Suruhnya dengan suara serak-serak basah. Sah baru bangun! Aku gulingkan bebola mata. Study la sangat.

"Lelaki ke perempuan? Aku tak pakai tudung ni." Aku garu kepala yang tidak ditutup hijab.

"Makcik. Kawan umi kot. Pergi cepat, kacau aku nak tidur betullah." Rungutnya sebelum masuk ke dalam rumah. Sempat menguap sekali. Itulah, main game lagi sampai tengah malam!

"Aku masuk dalam dulu tau. Angah, kau pastikan Along kutip sampai habis. Kalau dia degil, kau cakap je dekat aku. Tahulah aku kerjakan dia nanti." Aku buat isyarat "I'm watching you" pada Darwish.

"Yelah yelah. Nanti jangan lupa bawa air untuk aku sekali." Kata Darwish sebelum menyambung kerjanya yang tergendala tadi.

𐂴

"MAAFLAH, air sirap sahaja." Aku meletakkan dulang berisi sejug air sirap dan beberapa hiris kek yang aku bawa balik semalam ke atas meja dengan senyuman nipis dibibir.

"Eh susah-susah je kamu ni. Oh inilah Qila anak perempuan kau yang kau selalu cakap tu Ros? Cantik budaknya." Aku yang tengah menyusun gelas kaca diatas meja auto beku. Kepala ditundukkan sedikit.

Wah dia puji aku cantik siot! Aku tahan sahaja bibir dari terseyum meleret ke telinga. Hidung pun rasa kembang semacam. I like you la makcik!

"Yelah, dia lah salah satunya anak perempuan aku. Nasib dapat juga seorang. Cantik ke? Biasa saje aku tengok." Terus aku panggung kepala. Mak manalah yang nak mengaku anak dia cantik. Umi senyum mengejek.

Dr Sengal Where stories live. Discover now