Bab 3

235 16 3
                                    

✧₊˚.

Harris? Harris mana pula ni?

Oh lupa! Harris itu tunang kepada kawan aku, Sarah. Nak cakap rapat tu bolehla. Sudah lama aku tidak berhubung dengannya. Bukan taknak, tapi aku malas. Suka betul minah itu menukar no telefonnya. Aku sudah banyak kali meminta no telefonnya dari kawan sekolej aku yang lain. Seganlah aku nak minta banyak-banyak kali.

Macam mana Dr Kalimi boleh kenal Harris? Harris itu sepupunya. Kecil betul bumi ini. Kawan aku, boleh jadi tunang sepupu Dr Kalimi. Tak silap aku mereka bertemu di balai polis. Ya, Harris adalah seorang pegawai polis.

"Hey, dengar tak?" Dr Kalimi petik jarinya dihadapan wajahku.

"Awak pergi? Kalau awak pergi, saya taknak pergi." Ujarku. Lagipun dia sendiri taknak aku pergi kan. Buat apa aku nak terhegeh-hegeh pula.

"Tak. Aku tak pergi, ada hal. Lagipun Harris cakap Sarah nak sangat jumpa kau. Pergi ajelah. Okeylah, aku ada hal. See ya." Dia bangun dari duduknya sebelum melangkah ke pintu keluar. Sekali lagi dia lambaikan tangan padaku.

Aku lambai tangan balik padanya. Mata tetap memandang ke arah pintu itu walaupun sudah beberapa minit berlalu sejak Dr Kalimi pergi. Sampailah aku terdengar suara seseorang yang sangat aku kenal.

"Pfft Qila, kau cuti harini sebab ni ke?" Tolonglah bukan dia, tolong lah.

Aku pusing kepala perlahan ke belakang sambil berdoa dalam hati. Mantap.
Air mata rasa nak mengalir sahaja bila wajah Farhan yang sedang menahan ketawa memenuhi kotak mata.

"WEY KORANG, QILA DATING!"

✧₊˚.

Kaki melangkah longlai ke arah ruang tamu sebelum menghempaskan tubuh yang penat keatas sofa. Sebelah tangan diletakkan di atas dahi. Mata memandang siling dengan fikiran yang kosong.

"Uit awal kau balik. Macam mana tadi, best tak?" Mata yang tertutup rapat dibuka. Bukan main excited minah ni ya sampai terlompat-lompat. Aku tukar posisi dari berbaring kepada duduk.


"Haah seronok sangat. Nak dengar tak macam mana? Meh sini dekat sikit." Aku memberi isyarat dengan tanganku supaya dia datang ke arahku. Memang habis kau aku kerjakan.

Alea dengan gembiranya sambil tersengih menghampiri aku sebelum melabuhkan duduk di sebelahku. Apa lagi, terus aku ambil satu bantal di atas sofa lalu membalingnya tepat ke wajah Alea.

"Woi apa ni main baling-baling! Kau kata nak cerita." Alea baling bantal itu kembali kepada aku namun sempat aku elak. Senyum kemenangan bila lihat wajah cemberutnya.

"Kau tahu aku jumpa siapa harini?"

"Kau ni sengal ke apa? Kau belum cerita lagi, macam mana aku nak tahu." Kata Alea sambil menjulingkan matanya. Aku terus angkat balik bantal itu, acah-acah nak baling padanya. Dia ni memang tak kenal erti sabar betul.

"Okay bawak bertenang ya, nak gurau pon tak boleh. Cepatlah cerita, aku dah excited tahap apa dah ni." Bersungguh dia berkata. Tak sampai hati pula nak buli dia.

"Aku jumpa doktor sengal tu." Kepala terus memutar kembali apa yang berlaku tadi. Tiba-tiba rasa malu. Arghh kenapa dia boleh muncul dekat café itu?

Bukan itu sahaja. Lagi teruk aku kena bahan dengan Farhan dengan yang yang lain. Syukurlah diorang tak ajak bos join sekali. Kalau tak, bos tak bos memang aku bergusti semua.

"Dr sengal? Ohhh yang kau gila-gilakan dulu tu eh? Waahhh lepastu apa jadi? Dia jealous ke?" Alea merampas bantal ditanganku lalu menggigit hujung bantal itu. Dah tak waras kawan aku sorang ni.

Dr Sengal Where stories live. Discover now