Bab 30

149 6 0
                                    


"UMI dah okay ke kalau Qila pakai macam ni? Cantik tak? Buruk ke umi? Kena tukar baju lain ke?" Soalku pada umi sambil menilik penampilan ku di cermin. Aku mengenakan baju kurung bewarna hitam bercorak bunga-bunga beserta tudung bawal bewarna peach.

"Dah cantik dah. Tak payah nak tukar-tukar baju lain. Jom cepat, abi tengah tunggu kamu dekat bawah tu." Umi menarik tanganku daripada terus tercegat depan cermin besar itu. Sempat lagi aku betulkan sedikit tudung yang sedikit berkedut.

Oh lupa nak cakap, harini family aku akan ke rumah Kalimi. Family dia nak jumpa dengan umi dengan abi. Nak kenal bakal besanlah. Walaupun aku dah pernah jumpa dengan orang tua Kalimi, entah kenapa aku rasa nervous gila.

Bangun sahaja dari lena pagi tadi, aku capai telefon disebelahku untuk tengok jam. Tup-tup ada mesej dari Karimi yang mengatakan bahawa parents dia nak jumpa dengan umi dan abi. Menggelupur aku berlari turun untuk memaklumlah hal itu pada umi dan abi yang tika itu sedang bersarapan. Hampir sahaja tercekik kedua orang tuaku itu.

"Qila? Menungkan apa lagi? Jomlah cepat. Kasihan Kalimi tengah tunggu kamu tu. Jom." Umi menarik tanganku. Muka ku berubah warna. Dah pandai kenakan aku dahh!

"HAA cari siapa tu!"

Satu sergahan dari belakang hampir sahaja membuatkan aku terjunam ke dalam kolam ikan di hadapanku.

"Hish Rin ni! Nasib akak tak ada sakit jantung. Kalau tak, memang dah kejung dalam kolam ikan ni." Aku mengurut dada yang berombak laju.

"Hehe sorry kak. Akak nampak khusyuk  tenung kolam ni, itu yang Rin tegur. Manalah tahu ada ikan duyung ke apa. Kenapa akak tak masuk dalam?" Rin melabuhkan duduk disebelahku.

"Rancak sangat diorang bersembang sampai akak tak tahu nak buat apa. Baik akak menjelajah rumah Rin ni. Tak apa kan?"

"Eh apa pula tak boleh. Kan akak bakal jadi ahli baru keluarga ni. Of course lah boleh." Bersungguh Rin berkata. Aku tergelak kecil.

"Akak dahaga tak? Dekat dalam ada jus tembikai. Meh Rin tolong ambilkan." Belum sempat aku cakap apa-apa, Rin sudah pun lesap dari penglihatan aku.

Tidak lama selepas itu, pipi ku disapa benda sejuk. Sangka ku itu ialah Rin. Namun sangkaan ku meleset jauh sekali. Kalimi dengan sebelah tamgannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya manakala sebelah lagi memegang cawan polisterin sedang berdiri tegak di belakangku.

"Nah, Rin suruh bagi dekat kau." Lambat-lambat aku menyambut juga hulurannya.

"Thanks." Ucapku ikhlas.

"Kenapa tak masuk dalam? Bosan?" Tekanya bersama senyuman mengejek di bibir. Aku melirik ke arahnya tajam.

"Awak dari mana? Tadi tak ada pun." Tanyaku.

"Ooo kau cari aku eh? Hai... Baru jumpa dua hari lepas takkan dah rindu kot." Dia senyum nakal sebelum melabuhkan duduk di sebelah aku. Namun masih lagi ada jarak antara kami berdua.

Aku tidak membalas apa-apa. Cukup sekadar menggulingkan mata aku ke atas. Mengekek dia katawakan aku.

"Tengok apa?" Soalan bodoh daripada Kalimi.

"Tengok buaya tengah berenang berirama." Jawapan bodoh daripada Syaqila.

Sekali lagi dia ketawa. Hee... Sejak bila mamat ni jadi mudah terhibur? Masa aku mengayat dulu bukan main kelat je muka 24 jam.

Diam antara kami.

"Cantik tak bunga teratai tu?" Kalimi tunjuk ke arah bunga teratai di tengah-tengah kolam.

Dr Sengal Where stories live. Discover now