Bab 4

238 12 0
                                    


✧₊˚.

"Assalamualaikum..."

Dah nak masuk tiga kali aku memberi salam tetapi masih tiada sahutan. Umi tiada di rumah ke? Ah, redah sahajalah. Bukan rumah orang lain, rumah umi aku juga.

Sebaik sahaja kaki menapak masuk ke dalam rumah, memang niat nak cari umi dahulu. Tapi alahai... Bau hidangan dari dapur menggugat iman betul. Helmet yang dipeluk dari tadi diletakkan atas meja.

Rasa nak lompat bintang sahaja bila aku nampak lauk ayam pedas kegemaranku sebaik sahaja tudung saji dibuka. Usai baca doa makan dan basuh tangan, terus aku suap nasi ke dalam mulut. Nikmat betul!

"Amboii, bukan nak pergi cari umi. Pergi rasmi ayam pedas dia dulu." Suara umi yang entah dari mana munculnya beserta dengan tepukan diatas belakangku membuatkan aku tersedak. Nasib baik umi cepat-cepat hulurkan air. Rakus aku teguk sehingga habis air dalam gelas itu.

"Apa umi ni main sergah-sergah. Nasib baik tersedak aje. Kalau tercekik tulang tadi macam mana? Innalillah..."

"Jangan nak berdrama sangat. Tercekik tulang konon. Itu ayam, bukan ikan. Macam mana balik tadi, okay?" Tanya umi sebelum menarik kerusi didepanku sebelum melabuhkan duduknya.

"Okay takde masalah. Abi mana?"

"Yang kamu sibuk pasal suami umi ni kenapa?" Aku gulingkan bebola mata. Dah mula dah lawak tak berapa lawak dia.

"Abi kamu apa lagi, pergi mengail lahtu. Kamu nak makan apa harini?" Terus bersinar mataku. Inilah soalan yang ditunggu-tunggu!

"Nak tom yum."

"Tom yum, tom yum, tom yum. Itu saja dalam kepala kamu. Iyelah umi buatkan. Tapi, lauk nak masak tak ada. Jadi lepasni kamu tolong belikan ya." Aku angguk kepala beberapa kali. Demi tom yum aku sanggup berkorban.

"Abang long dengan abang ngah balik awal ke? Kalau boleh nak pinjam kereta diorang." Yelah, aku balik dengan motor. Nak angkut barang lepasni takkanlah nak naik motor.

"Tak silap umi diorang balik lewat harini. Alah naik teksi sahajalah. Bukannya jauh pasarnya."

Aku angguk sekali sebelum sambung menyuap nasi ke mulut. Teksi pon teksilah.

✧₊˚.

"Ambil sotong ni tiga ekor, udang setengah kilo ya bang." Usai membayar, aku pusing belakang. Tidak perasan ada orang berdiri di belakangku. Hampir sahaja hidung aku berlaga dengan dadanya.

Tinggi betul. Agak-agak mak dia bagi apalah masa dia kecik dulu. Sedekah la sikit untuk aku yang pendek ni huhu. Baru sahaja kaki hendak melangkah melepasinya, telinga menangkap suara seseorang memanggil nama aku.

Terus mati langkahku. Pusing belakang.
Dia ni lagi...

"Eh Dr. Macam mana boleh ada dekat sini?" Aku berbasi-basi.

"Kenapa? Kau dah booking satu pasar ni ke macam mana?" Terus hilang senyumanku. Patut aku buat tak kenal sahaja mamat ni tadi.

"Datang beli lauk ke?" Tanyanya. Matanya memandang ke arah tanganku yang sedang menjinjit beberapa beg plastik yang berisi barangan basah.

"Taklah, datang jual ubat dekat sini." Heh ingat kau sorang aje boleh loyar buruk? Aku pon bolehla derr...

"Datang dengan siapa?" Kenapa pula dia nak tahu aku datang dengan siapa? Penting ke?

"Datang seorang. Dengan teksi."

"Oo... Dah nak balik kan?" Soalnya.

"Haah nak balik lah ni. Kenapa?" Tanyaku. Hairan juga aku. Tiba-tiba tanya soalan pelik-pelik.

Dr Sengal Where stories live. Discover now