Bab 10

205 14 0
                                    


𐂴

"QILA sejak dua-tiga menjak ni, kau perasan tak?" Soal Syah tiba-tiba. Aku menoleh ke arahnya sekilas sebelum memandang ke depan kembali.

"Haah, adalah juga. Lagi-lagi depan cermin. Biasalah, aku kan perempuan." Selorohku.

Bukk!

Ha kan dah mendapat. Aku menggosok kepala yang diluku oleh Syah. Dia pandang aku tajam. Sengih tak bersalah.

"Kau ni, aku gurau sajelah. Perasan apa maksud kau?" Kembali ke mood serius.

"Cuba kau tengok Kak Aida tu. Kau tak perasan sesuatu ke?" Syah tunjuk jarinya ke arah Kak Aida yang tengah jauh mengelamun. Dari tadi lagi aku tengok dia duduk begitu. Fikir apalah.

"Dah lama juga aku duk perhati. Tapi still tak dapat tangkap apa yang kau cuba sampaikan ni Syah." Jawabku jujur. Maaflah, sekarang kan musim hujan. Otak jadi berkulat sikit.

"Kau ni perempuan jenis apa hah? Aku yang ori jantan pun boleh baca air muka Kak Aida tu. Kau tak nampak ke muka dia macam orang tengah angaukan kekasih sahaja?" Terus meluas mataku. Hah!?

"What! Asal aku tak tahu pula? Sampai hati Kak Aida tak bagitahu aku dia ada boyfriend. Kau pun satu Syah, tak bagitahu aku pun." Aku mencebikkan sedikit bibir.

Bukk!

Sekali lagi kepala ku dilukunya. Kalini lebih kuat. Aku sepak kakinya yang berada di bawah meja. Geram.

"Kau ni sikit-sikit ketuk kepala aku. Benak nanti kau nak tanggung ke hah?"

Mukanya langsung tidak terlukis riak bersalah. Siap hirup kopi lagi. Aku doa biar tersedak air tu. Lagi-lagi air tu masih berasap aku tengok.

"Kalau benak sekalipun, boyfriend doktor hensem tu kan ada untuk rawat kau." Sindir Syah. Terus bertukar warna wajahku. Main kasar pula dia ni.

"Jadi maksudkau, Kak Aida sukakan seseorang? Alah biasalah tu. Kita manusia memanglah akan rasa macam tu. Lainlah macam kau, dah tua pun masih tiada sesiapa yang bertapa di hati." Sindir aku pula. Dia julingkan matanya ke atas. Menyampah dengan aku kot.

"Kau cakap macam kau tu mudalah sangat. Aku tua setahun je dari kau. Aku 25, kau 24. Masih tiada yang berkenan di hati. Kenapa? Kau berminat?" Dia jongetkan sebelah keningnya. Senyum menggoda.

Aku cubit lengannya perlahan. "Encik boleh cari orang lain ya. Saya tersangatlah tak berminat. Dah, sambung topik tadi."

"Jangan menyesal pula nanti. Bukan senang nak dapat barang hot and spicy macam aku ni. Okay sambung, ye memanglah lumrah manusia untuk jatuh cinta. Aku tahulah, aku bukannya bongok macam kau. Tapi aku rasa macam aku tahulah siapa lelaki malang tu." Sempat lagi dia puji diri sendiri. Lelaki malang?

"Wey tak baiklah kau cakap macam tu. Asal pulak lelaki malang? Macam mana kau tahu siapa yang Kak Aida suka? Kau guna ilmu hitam ke?" Timbul garis-garis di dahi licinku.

"Macam kau tak kenal dengan Kak Aida tu, garang macam singa betina datang bulan. Kau perlukan bantuan kaca mata ke hah? Muka aku bukan main hensem kau kata macam bomoh pula. Kau nak tahu siapa lelaki tu?"

Nak taknak aku angguk juga. Dia senyum segaris sebelum bangun dari duduknya. "Okay kita sambung esoklah ya. Da da~"

Sebelum dia sempat berlalu pergi, aku rentap kuat tangannya menyebabkan dia kembali terduduk di atas kerusi. Telinga menangkap perkataan 'aduh' yang keluar dari mulutnya."

Dr Sengal Onde histórias criam vida. Descubra agora