Bab 14

192 13 1
                                    


𝂅 ׂ ꥈ 𐚱  ᰮ


BOSANNN!

Usai solat subuh dan mandi, aku hanya berbaring di atas katil. Dah berapa minit berlalu pun aku tidak tahu. Rin awal-awal lagi dah menghilang. Pergi mana aku tak tahu.

Aku bangun. Alang-alang aku ada dalam bilik Rin, jomlah kita teroka bilik dia. Nanti aku cakaplah dekat dia.

Aku mulakan dengan rak putih besar di tepi katil. Penuh dengan buku. Ulat buku rupanya Rin ni.

Mata terancap pada satu frame gambar di bahagian atas rak. Tangan gatal sahaja nak capai. Terpaksa aku gunakan kerusi untuk mencapainya.

Lama aku tenung gambar itu. Gambar seorang budak lelaki dengan seorang budak perempuan. Sekali tengok aku dah cam siapa. Kalimi dengan Rin.

Comel gila Kalimi masa kecik! Kecik comel, besar kacak pula. Tak adil, tak adil. Ni kalau dia dengar ni 15 inci melebar lubang hidung dia.

Sedang ralit aku tenung gambar itu, tiba-tiba pintu bilik dikuak dari luar. Ceoat-cepat aku letak kembali frame itu ditempat tadi.

Terpacul wajah Rin di muka pintu. "Akak jom turun makan. Mama, papa dengan abang pun ada." Erk, mama dengan papa?

"Rin ajelah yang turun. Akak seganlah." Gila kau nak turun makan sekali dengan parents Kalimi! Aku ni dahla orang asing.

"Lah nak segan apanya? Mama sendiri yang ajak akak makan sekali. Jomlah." Rin menarik lembut lenganku. Aduh, mama dia ajaklah pula.

"Hmm yelah." Nak tak nak aku bersetuju juga.

"Cun. Jom turun." Rin bangun sebelum berjalan ke pintu bilik. Cepat-cepat aku tarik semula tangan Rin.

"Rin tunggu kejap." Aku tarik tangan Rin.

"Akak takut lagi ke? Mama dengan papa tak makan oranglah. Makan nasi jer." Rin cuba sedapkan hati aku.

"Eh bukan akak takut. Akak nak pinjam charger. Fon akak dah innalillah."

"Lah, cakaplah awal-awal. Akak pakai fon apa?" Soal Rin.

"Samsung."

"Oh pakai yang Rin jelah kalau macam tu. Kejap Rin ambilkan."

𝂅 ׂ ꥈ 𐚱  ᰮ

HELP! Semua mata tertumpu ke arah aku. Kata makan nasi jer, ni tengok aku macam nak makan aku je!

Aku pandang Kalimi yang sedang duduk berhadapan dengan aku. Mata memberi isyarat 'tolong saya!' Dia pandang aku lama sebelum menyambung suapan bihun ke mulutnya. Hujung bibirnya ternaik sedikit seolah-olah sedang mengejekku.

Damn you!

"Qila jangan sengan-sengan tau, makanlah. Sedap tau mak cik masak. Meh sini mak cik tolong bubuhkan." Mama Karimi memcahkan kesunyian di meja makan itu. Aku angguk sebelum senyum segaris.

Baik betul mama Karimi. Umur dia berapa eh? Nampak muda betul.

Sekejap, macam mana dia tahu nama aku? Ni mesti Rin yang bagitahu.

Dr Sengal Where stories live. Discover now