Bab 1

172 25 27
                                    

SELESAI memakai contact lens, aku bergegas keluar dari bilik dan turun ke bawah. Mata melilau mencari seseorang. Baba yang sedang membaca surat khabar di tepi kolam sambil ditemani abang sulung aku, Daffa aku dekati.

"Baba, Maya nak keluar sekejap." Tanpa salam, terus disergah baba dari belakang. Untungnya orang tua ini tak ada sakit jantung.

"Keluar pergi mana? Dengan siapa?" Tanya baba tanpa berpaling melihat aku.

Aku mengetuk dagu berfikir sejenak. Nak ajak Darwisy, batang hidung pun tak nampak lagi hari ini. Masih terbongkang atas katil agaknya. Nak naik atas panggil dia temankan aku, malaslah pula.

"Maya seorang saja. Nak pergi taman sekejap. Boleh?"

Baba melurutkan cermin matanya ke bawah sedikit lalu ditilik aku dari atas sehingga ke bawah. Seperti biasa, aku hanya pakai sweatshirt dan tracksuit lalu rambut diikat toncang satu. Baba mencabut cap yang tersarung di kepalanya lalu dihulur kepada aku.

"Pakai cap, dekat luar tu panas." Aku angguk akur.

"Maya keluar dulu, baba."

"Sekejap." Langkahku terbantut. Kening diangkat menghantar soalan 'kenapa' kepada baba.

"Maya pakai kanta lekap lagi?"

"Baba dah tahu pun jawapannya." Keluhan terlepas dari mulutku. Sumpah, aku paling tidak suka jika isu ini dibangkitkan oleh ahli keluarga aku. Salah ke kalau ini yang membuatkan aku rasa selesa?

"Maya, berapa kali baba pesan.."

"Maya selesa macam ni. Maaf, Maya bukan nak biadap dengan baba. Tapi, Maya suka hidup macam ni. Tak ada sesiapa yang akan rasa pelik bila dekat dengan Maya kalau mereka tak tahu perkara sebenar." Perlahan sahaja ayat itu ditutur. Melihat baba sudah terkelu mendengar luahan hati aku, cepat-cepat aku meminta maaf sekali lagi.

"Sorry. Maya pergi dulu, sebelum pukul satu nanti Maya balik."

Aku mengatur langkah ke pintu utama. Kasut di atas rak aku ambil lalu sarung ke kaki. Hari ni ialah hari terakhir para pelajar sekolah menengah seperti aku bercuti. Esok sekolah sudah pun buka. Aku mengeluh. Cepat betul masa berlalu.

Keluar sahaja dari kawasan rumah banglo baba, aku senyum sendiri. Telefon di dalam poket aku keluarkan lalu nombor telefon kawan baik aku, Hasya didail.

"Hasya." Sapaku apabila panggilan telefon sudah bersambung.

"Ya, Maya. Kenapa call?"

"Kau sibuk tak? Aku ingat nak ajak kau keluar jalan-jalan kat taman."

"Sorry, Maya. Aku kena teman mak aku pergi kedai. Lain kali ya?"

"Oh, okey."

Butang merah ditekan bagi menamatkan panggilan bersama Hasya. Terpaksalah aku pergi sendiri ke taman. Tanpa berlengah, kaki terus dihayun menuju ke sana.

Beberapa minit kemudian aku sudah sampai. Peluh yang mengalir di sekitar leher aku lap dengan tuala kecil yang sudah kubawa dari rumah.

Otak tiba-tiba mengimbas kembali hal semalam. Aku mengeluh. Imej penimbang berat yang mengeluarkan nilai 49 kilogram terngiang-ngiang di dalam otak. Berat badan aku dah bertambah. Nampaknya aku kena diet dan selalu bersenam untuk kurus semula. Aku tekad. Aku tunduk mengetatkan tali kasut dan mula berlari. Di laluan pejalan kaki aku jogging. Sempat aku sumbat earphones di kedua belah telinga sebelum memulakan langkah.

Sambil berlari, mulut tidak berhenti bernyanyi lagu kesukaan aku. Baru tiga kali pusingan, aku sudah tumpas. Akhirnya aku memilih untuk berehat dahulu. Peluh di dahi dilap dengan kain sebelum tangan mengipas muka yang sudah terasa bahang. Earphones dicabut lalu aku letak di tepi.

HETEROCHROMIA ✔️Where stories live. Discover now