Bab 5

39 7 0
                                    

SUDAH beberapa hari mesej yang aku hantar pada Hasya tidak dibalas. Hanya dibaca dan dibiarkan sahaja. Agaknya dia terasa hati sangat dengan aku. Otak dipaksa untuk berfikiran positif. Mungkin Hasya mahu masa untuk bersendirian. Mungkin dia ada masalah lain.

Buku rujukan kimia dan buku latihan di dalam rak aku ambil lalu letak di atas meja belajar. Kerusi kayu ditarik sebelum duduk. Kerusi kesayangan aku. Walaupun apa-apa saja yang aku minta akan baba tunaikan, tetapi aku lebih selesa dengan kerusi kayu ini. Kalau kerusi yang lembut itu aku takut sekiranya terlalu selesa sehingga tidak jadi study pula. Sebaliknya tidur. Empuk sangat sampai lupa niat sebenar.

Baru sahaja mata pen ingin jejak ke helaian kertas putih, telefon aku berbunyi minta diangkat. Nafas ditarik dalam-dalam. Ada saja yang mengganggu apabila mahu ulang kaji. Tadi semasa aku duduk bersahaja tak mahu pula call. Deringan telefon pintar itu aku abaikan. Berkali-kali aku ingatkan diri sendiri tentang spm. Tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk aku menduduki peperiksaan besar itu. Itulah yang menjadi penentu masa depan aku. Cadangku jika keputusan aku bagus, aku mahu sambung belajar dalam bidang sains perubatan. Mahu jadi doktor. Doktor Iris.

"Fokus! Fokus!" Kataku pada diri sendiri. Cuba menyalurkan rasa semangat untuk sambung ulang kaji. Lama aku membaca nota-nota di depan tetapi lansung tidak masuk ke dalam otak.

"Hesy! Bisinglah telefon ni. Aku campak dekat luar baru tahu." Akhirnya aku mengalah. Bising sangat. Nampaknya orang itu tidak putus asa untuk call aku selagi aku tak angkat panggilan darinya.

"Siapa ni? Aku nak studylah, tolong jangan kacau." Tanpa memandang nama di skrin telefon, aku terlebih dahulu menjawab. Nak aku angkat call sangat kan. Puas hati.

"Amboi! Ini ibulah. Kenapa garang sangat ni? Maaflah kalau ibu ganggu Maya study. Ibu cuma nak bagitahu ibu dan baba balik lambat. Kalau lapar, ajak abang Daffa dan abang Darwish keluar makan ya?"

Tersentak aku apabila suara ibu menjengah pendengaran. Berdosanya. Sudahlah bercakap kasar, tambahan pula aku main sergah saja. Salam lansung tidak diberi.

"Maaf, ibu. Maya tak tengok nama tadi."

"Tak apalah. Ibu faham Maya nak study tapi berpada-pada ya. Jangan sampai stres. Makan jangan skip walaupun awak tengah on diet sekarang ni." Sempat ibu memerli aku. Ceh, kenapa semua seperti tidak memberi kerjasama jika aku mahu turunkan berat badan?

"Yalah."

"Okeylah. Jumpa malam nanti. Belajar elok-elok. Kalau ada yang tak faham, tanyalah abang-abang awak ya. Jangan senyap je." Pesan ibuku, Adinda. Sudah menjadi rutinnya untuk memesan sebegitu kepada aku kerana dia tahu perangai satu-satunya anak perempuan dia ini. Kalau ada soalan yang tidak faham, aku takkan bertanya pada orang lain. Sebaliknya cuba cari sendiri. Apabila tidak jumpa jawapan, aku biarkan begitu saja.

Telefon diletak di tepi semula apabila perbualan dengan ibu sudah tamat. Aku hembus nafas lega. Sekarang bolehlah aku belajar dengan tenang. Kertas putih di depan aku tenung. Mata bergerak melihat soalan di dalam buku latihan.

"Okey, faham."

Pen ditekan di atas kertas. Baru sahaja dua patah perkataan ditulis, sekali lagi aku diganggu.

Tok! Tok! Tok!

"Apa lagi?! Orang nak studylah!" Laungku kuat. Pintu bilik dibuka dari luar. Muka Darwisy menjadi singgahan mata tajamku. Dia sengih sebelum berjalan datang ke sini.

"Garangnya, cik kak seorang ni." Rambut aku diserabutkan tengan tangan kasarnya. Aku menepis tangan itu lalu menjatuhkan kepala di atas meja. Kepala menghadap ke kiri melihat Darwisy.

HETEROCHROMIA ✔️Where stories live. Discover now