Bab 15

28 7 0
                                    

OLEH kerana perlawanan bola keranjang kelmarin dimenangi oleh kumpulan Khan, aku mahu memberi mereka hadiah. Tetapi aku tidak tahu hadiah apa yang patut diberi. Tambahan pula aku tak tahu mereka suka apa. Aku sudah belikan mereka kek coklat, agak-agak mereka makan tak? Atau mereka akan buang saja ke dalam tong sampah?

Kepala dijengul ingin melihat keadaan di dalam kelas. Kosong. Bunyi pen jatuh menarik perhatian. Mata bergerak mengintai belakang kelas. Oh, ada Dehya. Aku berdehem seketika sebelum mula mendekati dia.

Kotak yang berisi kek aku letak di atas meja Dehya. Dia pada mulanya sedang fokus menyalin nota kini memandang aku.

"Hai, Maya. Kenapa? Nak minta tolong sesuatu ke? Ini kotak apa? Makanan?"

Bertalu-talu Dehya mengaju soalan. Aku tolak kotak itu merapat. Dehya pula sudah hairan dengan tingkahku.

"Kenapa ni, Maya?"

"Hadiah. Hadiah kau orang menang perlawanan bola keranjang kelmarin."

Dehya nampak terkejut. Seketika tangan yang memegang pen naik ke mulut. Tangan satu lagi pula menuding jari ke arah aku. Muka terkejutnya aku pandang kosong.

"Jadi kau datanglah ke perlawanan itu kelmarin? Maknanya tekaan aku betullah. Kau datang kan?"

"Ya, aku datang."

"Tapi kenapa tak jumpa dengan kita orang dulu? Kau datang awal kan? Aku nampak kau tapi aku sangka pelanduk dua serupa."

Diam. Tak mahu memberitahu dia sebab aku tak bertegur dengan mereka. Mahu mengelak daripada berjumpa dengan Khan sebenarnya.

Kerusi berbunyi saat Dehya bangun berdiri. Kerusi di depan dia tarik lalu tangan tunjuk ke situ.

"Duduklah." Aku senyum. Hormat betul dia pada perempuan.

"Aku nak bagitahu kau sesuatu, tapi kau kena tutup mulut. Boleh?" Dehya memulakan bicara.

"Bagitahu apa?"

"Janji dulu kau takkan bagitahu sesiapa. Kita berdua je yang tahu, okey?" Jari kelinking diangkat.

"Yalah, aku janji. Cepat bagitahu." Gesaku. Dehya senyum puas hati. Dia dekatkan sedikit jaraknya dengan aku lalu berbisik.

"Khan suka kau."

Mahu menonjol keluar butir mata aku. Laju tangan menampar meja kayu Dehya. Terus berundur sedikit lelaki itu ke belakang.

"Tak lawaklah, Dehya." Kataku tak puas hati. Saja mahu mainkan perasaan aku.

"Betullah, aku tak tipu. Kalau kau nak tahu, kelmarin Khan yang selalu dapatkan mata. Bila aku tanya kenapa dia nampak bersungguh  sangat nak menang, dia jawab dia nampak kau."

Hormon adrenaline mula aktif. Peluh membasahi setiap inci leherku di sebalik tudung sekolah. Agak-agaklah kalau nak kenakan aku sekali pun, Dehya.

"Karut!"

"Dengar dulu, Maya. Sebelum perlawanan bermula, dia sedih tahu? Berbuih mulut dia tanya aku dan Ammar tentang kau. Memang dia betul-betul berharap sangat kau datang masa tu. Kepala dia tu kalau boleh nak tercabut sebab selalu sangat tertoleh-toleh ke belakang cari kelibat kau."

"Awal perlawanan itu pun dia nampak sedih tapi tiba-tiba saja semangat dia nak menang itu datang. Masa itulah aku pelik, rupa-rupanya dia bersemangat lepas tengok kau ada kat situ." Tambahnya. Senyum mengusik terpapar.

Panjang lebar Dehya bercerita. Entah karut atau betul apa yang dikata itu. Hati aku berbelah bahagi. Nak percaya atau tidak. Dehya yang sedang mengangkat keningnya itu aku lihat lalu jeling. Menjengkelkan betul buat muka macam tu.

HETEROCHROMIA ✔️Where stories live. Discover now