Bab 9

38 7 0
                                    

SEMINGGU telah berlalu begitu sahaja. Sekarang sekolah kembali dibuka dan kelas tambahan untuk murid-murid tingkatan lima telah dilansungkan pada hari ini. Berdebar juga hati aku ini apabila terfikir tentang spm.

Melihat bangunan sekolah sudah tidak jauh lagi membuatkan aku bertambah gelisah. Tangan yang tadinya kering mula basah dek peluh. Padahal pendingin hawa sudah dibuka pada suhu yang paling sejuk. Tambahan pula aku duduk di depan. Sudah semestinya aku patut rasa sejuk sekarang ini.

"Maya okey?" Terangkat bahuku kerana terkejut dengan pertanyaan baba yang diaju secara tiba-tiba.

"Ya. Okey. Kenapa?"

"Tak adalah. Maya nampak seperti takut saja. Kerja sekolah tidak siap ya?" Gurau baba. Aku geleng sambil senyum. Mestilah siap. Bukannya dia tidak tahu perangai aku. Kerja sekolah selalu diutamakan.

"Maya balik pukul berapa nanti?"

"Pukul tiga."

"Baba tak tahu baba boleh ambil Maya pulang ke tak sebab sekolah baba pun dah mula buat kelas tambahan untuk students form five."

"Tak apalah. Maya balik sendiri je. Lagipun Maya nak singgah kedai buku, nak beli buku latihan baru."

"Betul?"

"Ya. Baba jangan risau, Maya dah biasa."

Baba angguk faham. Bukan mahu mengelak daripada baba tetapi aku dari dulu lagi selalu pulang ke rumah dengan jalan kaki saja. Pernah jugalah aku terasa hati melihat orang lain pulang dan dijemput oleh ibu ayah mereka. Tapi aku faham kesibukan baba dan ibu. Aku pun dah besar. Dah boleh fikir sendiri. Lagipun aku sudah terbiasa. Sudah tidak merungut seperti dulu lagi.

Lama aku mengimbau kenangan dulu-dulu, akhirnya kereta dipandu baba ini telah berhenti di depan pagar sekolah. Aku masih setia duduk di dalam kereta. Lansung tidak bergerak walau seinci.

"Maya? Tak nak keluar ke?" Tanya baba. Mesti dia pelik kerana kebiasaannya akulah yang paling tidak sabar untuk jejak kaki ke dalam kawasan sekolah.

"Ya. Nak turunlah ni."

Selesai bersalaman, aku turun dari kereta. Perlahan saja kaki aku menapak ke arah pintu pagar sekolah. Apabila terlihat Ammar sedang bertugas menjaga pintu pagar, aku tundukkan mukaku. Memang inilah tabiat aku. Selalu mengelak untuk bertentang mata dengan orang sekeliling.

"Hai, Maya. Lambat kau hari ni." Tegur Ammar. Aku kerling dia sekilas sebelum senyum. Tanpa membalas teguran dia, aku terus berlalu menuju ke kelas. Hati yang sudah tenang tadi kini berdebar semula.

Adakah semua orang sudah tahu tentang mata aku? Khan bocorkan rahsia aku ke? Pelbagai soalan bermain di fikiran. Yang pastinya semua soalan negatif sahaja. Aku pejam mata. Cuba untuk menenangkan diri. Tiba-tiba aku terlanggar sesuatu. Terundur sedikit aku ke belakang. Dahi yang menjadi mangsa aku gosok. Tak adalah sakit sangat.

"Maaf." Aku buka mata saat terdengar suara manusia di depan aku. Makin berdebar dada aku melihat Khan orangnya. Jika tidak ada sebarang kulit dan tulang rusuk di dada, sudah pasti jantung aku sudah jatuh terjelopok di lantai saat ini.

"Iris?" Aku tunduk. Mengelak lagi.

"Iris, aku minta maaf. Aku janji.." Tanpa memberi dia peluang untuk bercakap, aku terus berlalu. Bukan kerana aku marah padanya tetapi kerana perasaan aku sekarang ini bercampur aduk. Takut, lega, sedih, marah, gelisah. Semua ada.

Sampai di kelas, kelibat Hasya yang sedang bergelak ketawa dengan rakan yang lain menjadi tatapan mata. Mereka kelihatan seperti biasa. Gembira. Tanpa menegur mereka, aku terus mengambil tempat di dalam kelas. Kepala dijatuhkan di atas meja. Rasa seperti mahu menjauhkan diri dari sesiapa sahaja saat ini. Malu. Marah. Takut.

HETEROCHROMIA ✔️Where stories live. Discover now