Bab 17

26 7 0
                                    

KERUSI yang kosong tanpa penghuni di depan aku tenung. Makin bertambah hairan apabila melihat isi di ruang bawah meja. Hasya angkut semua buku dan bawa pulang ke rumah?

"Hai, gadis mata biru hijau!" Sapa seseorang. Azwa tarik kerusi Hasya lalu duduk berpaling ke arah aku. Sehelai kertas kajang diletak atas meja. Pen yang dikepit antara hidung dan muncung bibirnya diambil.

"Nak tanya sikit ni. Kau dah siap nota yang Sir Ezad suruh salin minggu lepas?"

"Dah."

"Aku nak." Tangan dihulur. Aku pusing ke belakang ingin mengambil fail di dalam beg. Beberapa helai kertas kajang yang sudah siap ditulis nota aku beri pada Azwa. Dia senyum gembira. Melihat isi nota-nota itu, tidak semena-mena senyumannya kendur.

"Banyaknya. Kau biar betul, Maya?"

"Betullah. Kau ni pun, macamlah tak biasa tulis nota panjang berjela macam ni."

"Whateverlah. Aku pinjam ya, nanti sebelum balik aku pulangkan." Dia bangun ingin beredar tetapi aku menahan. Lengan baju sekolahnya aku tarik.

"Ya? Kenapa? Kau nak semula nota-nota ni?"

"Tak. Aku ada benda sikit nak tanya."

Azwa pandang sekeliling sebelum mara ke sini. Badan ditunduk dan telinga disuakan padaku.

"Cepatlah bisik."

"Overlah kau ni. Ini bukan rahsia pun, buat macam biasa sudahlah."

Azwa pusing kepala ke sisi. Mulut bergerak menganjing aku. Seketika kerusi Hasya ditarik kembali. Kepala dipangku dengan kedua belah tangan di atas meja.

"Tanyalah. Cepat sikit, aku busy ni." Katanya acuh tak acuh.

"Busy konon." Perliku. Gaya bercakap tu macam dah ada syarikat sendiri. Mendongak ke langit.

"Biasalah, aku kan wanita yang berkerjaya. Sentiasa sibuk menguruskan kerja demi mencari nafkah untuk diri sendiri. Bukan macam orang lain, hanya tahu guna duit daripada pihak lelaki saja." Jawabnya angkuh. Jauh betul dia berangan. Dia tak sedar ke yang dia sekarang masih lagi budak sekolah?

"Gediknya. Spm pun belum lagi."

"Tak apalah. Berangan kan free." Dia sengih nakal.

"Apa-apa sajalah. Aku nak tanya ni, Hasya mana?"

Azwa mengeluh. Kepalanya digaru. Melihat mukanya yang sudah bertukar itu aku tahu bahawa dia menyampah mendengar nama Hasya.

"Tak tahu. Ada dalam tanah rasanya. Tak pun dalam tong sampah."

Tangan ketam aku naik mencubit lengannya. Bergurau lagi. Orang tanya elok-elok, sempat pula dia bergurau begitu.

"Sakitlah, Maya. Apa? Manalah aku tahu dia ada kat mana. Tak nampak pun lagi muka ketat dia tu hari ni."

"Aku tanya saja. Kalau tak tahu, tak apalah. Mungkin dia tak datang sekolah hari ni."

"Dia dah pindah." Sampuk seseorang. Aku angkat kepala melihat orang itu. Azwa juga menoleh ke belakang serentak bersama aku.

"Pindah? Mana kau tahu, Ammar?" Tanya Azwa. Posisi duduknya diubah menghadap Ammar yang sedang berdiri di belakangnya.

"Dia bagitahu aku." Azwa angkat kening.

"Baguslah. Tak adalah dia kacau Maya lagi. Dah berkawan dari tingkatan satu pun masih nak tikam belakang."

Aku termanggu seketika. Kami baru sahaja bergaduh dan hari ini dia terus pindah sekolah. Situasi ini macam sudah dirancang. Muka aku berubah mendung. Lansung tidak sangka kami berdua akan jadi seperti ini. Awalnya aku ingat dia hanya marahkan aku hanya tentang mata tempoh hari. Tetapi semuanya sudah dia beritahu kelmarin. Dia sudah simpan niat untuk jatuhkan aku dari tahun pertama kami kenal lagi.

HETEROCHROMIA ✔️Where stories live. Discover now