Bab 11

25 7 0
                                    

SUDAH seminggu berturut-turut aku akan berkurung saja di dalam bilik selepas balik sekolah. Lansung tiada rasa ingin keluar dan berborak kasual dengan keluarga. Aku lebih banyak meluangkan masa bersama buku latihan aku. Pen disepit di antara jari telunjuk dan jari tengah lalu dipusing bagi menghilangkan bosan. Bosanlah menghadap soalan-soalan matematik saja dari tadi.

Bagi menghilangkan bosan, aku ambik telefon pintarku yang berada di sebelah bantal tidurku. Nak main sekejap saja. Sekadar hilangkan kebosanan. Mahu ulang kaji lebih-lebih pun tak boleh juga, nanti apa pun tak masuk dalam otak. Lebih baik aku berehat sebentar.

Galeri dibuka dan sekeping gambar aku bersama Hasya menjadi tarikan. Gambar itu aku perbesarkan. Di situ terserlah muka ceria Hasya. Masa itu kami berdua keluar meluangkan masa bersama selepas tamat Peperiksaan Tingkatan Tiga. Kut-kutlah kami bercerai semasa di tingkatan empat kerana memilih aliran yang berbeza tetapi aku bersyukur kerana kami mempunyai minat yang sama. Jadi kami ditempatkan di dalam kelas STEM.

Senyuman kembali pudar apabila teringat tentang pertelingkahan besar kami. Otot-otot di muka bergerak sambil memandang gambar itu. Rindu. Aku rindu mahu mendengar gelak tawa gadis itu, aku rindu mahu bertepuk-tampar bahu bersama gadis itu dan aku rindu untuk bertukar cerita dengannya walaupun aku bukanlah seorang yang banyak cakap. Tetapi bila dengan Hasya, perangaiku automatik berubah.

Bagaikan deja vu. Tiba-tiba bunyi ketukan pintu bilik menyapa gegendang telinga, terus lenyap memori aku bersama Hasya dahulu. Telefon kembali ditutup dan diletak cermat di atas meja belajar. Kaki bergerak ke sana dan pintu dikuak sedikit.

"Hai, cik kak. Busy ke?"

Aku angguk bagi menjawab pertanyaan Darwisy. Dia pula mencebik apabila soalannya hanya dibalas dengan anggukan. Dia angkat raket yang berada di tangannya paras bahu sambil tersengih memandang aku. Aku tahu maksudnya. Aku geleng kepala.

"Alah, jomlah. Darwisy bosan ni. Abang Daffa pun keluar dengan kawan-kawan dia. Temanlah Darwisy, ya?" Pujuknya. Namun aku hanya pamer muka tanpa riak dan geleng kepala lagi. Dia mengeluh lagi.

"Ada sesuatu yang tak kena ke? Maya selalu berkurung saja dalam bilik dua tiga hari ni. Benci Darwisy ke?" Sudah keluar bunga-bunganya ingin memujuk aku. Aku geleng lagi. Ada-ada sajalah abang aku ni.

"Taklah. Maya nak study.Trial dah dekat."

"Yalah. Study, study, study. Bosan betul." Dia putar matanya ke atas tanda menyampah. Aku berdiri lagi di sini menanti ayat seterusnya daripada dia.

"Malam inilah study, sekarang Maya temanlah Darwisy.."

Bam!

Pintu bilik ditutup. Malas mahu mendengar pujukan dia kerana aku tahu aku akan bersetuju pada akhirnya. Sebelum aku termakan pujuk rayunya, lebih baik aku sediakan payung sebelum hujan.

Tok! Tok!

"Cik kak, bukalah pintu ni."

"Sudahlah Darwisy, jangan kacau Maya. Ajaklah Muezza main dengan Darwisy. Orang nak studylah." Manusia ini suka betul mencuri masa belajarku. Setelah beberapa detik aku menunggu balasan darinya tetapi sepi. Sudah turun ke bawahlah tu.

Aku berjalan semula ke meja belajar lalu telefon dicapai dan dilempar atas katil. Memang ini yang aku lakukan untuk fokus semasa ulang kaji. Telefon atau sebarang gajet harus diketepikan jika mahu semuanya berjalan dengan lancar.

Ting!

Bunyi mesej dihantar mencuri pendengaran. Telefon itu aku tenung sebelum geleng. Tahan. Tak boleh buka telefon selagi belum siap ulang kaji. Aku ingatkan semula kepada diri sendiri tentang niat sebenarku. Kertas di depan aku pandang. Tiba-tiba buntu. Soalan di buku latihan aku baca banyak kali namun masih lagi tidak faham.

HETEROCHROMIA ✔️Where stories live. Discover now