Bab 7

41 8 0
                                    

AKU menilik diri sendiri. Sweatshirt merah dipadankan dengan tracksuit adidas dan tudung hitam yang elok tersarung di kepala membuat aku senyum segaris. Simple. Pakai begini pun tak apalah. Lagipun mahu teman Darwisy pergi jalan-jalan sahaja. Ikutkan hati mahu saja aku menyuruh Darwisy ajak kawan-kawannya untuk buat teman tetapi disebabkan aku bosan terperap di dalam rumah jadi aku setuju sajalah. Mahu ulang kaji pun, cuti masih panjang. Jam di dinding aku lihat. Pukul dua petang.

Setelah siap, telefon dan beberapa duit sepuluh ringgit di atas meja kecil aku capai lalu bergegas turun ke bawah. Tidak tunggu lama, kasut disarung ke kaki lalu aku keluar dan masuk ke dalam kereta. Darwisy yang berpakaian baju kameja dan seluar jeans hitam di sebelah aku pandang.

"Darwisy kenapa pakai macam ni? Nak jalan-jalan dekat taman je kan?" Soalku. Agak-agaklah nak berfesyen pun.

Dia mengalihkan pandangan dari melihat skrin telefon lalu melihat aku. Keningnya berkerut seperti sedang memikirkan sesuatu. Kemudian dia berdecit.

"Darwisy tak bagitahu pun kita nak jalan-jalan dekat taman."

"Habis tu?"

"Pergi malllah."

"Maya pakai macam ni. Tak apa ke? Nanti kalau ada orang judge macam mana?"

Keluhan Darwisy menyapa koklea. Kepalanya diurut perlahan sebelum dia alih pandangan ke sini. Mata aku ditenung sedalam dalamnya.

"Kenapa kita perlu kisahkan tentang pandangan orang terhadap kita? Kita hidup atas dunia ni, kena yakin. Yakin dengan diri sendiri."

Aku diam. Betul belaka apa yang dikata oleh Darwisy tetapi aku takut. Takut jika orang sekeliling tidak selesa dengan aku. Takut jika mereka terganggu kerana diri aku. Sama juga seperti mata aku. Untuk mengelakkan rasa insecure dengan orang normal di sekeliling, aku pakai kanta lekap. Walaupun kadang-kadang mataku akan sakit jika pakainya terlalu lama.

"Lagipun Maya pakai baju, bukannya tak pakai baju. Nak malu apa?"

Aku angguk lagi tanda mengerti apa yang ingin disampaikan olehnya.

"Okey. Maya minta maaf."

"Buat apa minta maaf dengan Darwisy? Minta maaf dengan Allah. Dia dah cipta Maya sempurna, mata hidung semua ada tapi masih lagi insecure."

Bam! Tajam. Menusuk terus ke dalam kalbu. Aku senyum segaris. Betul, Allah dah cipta aku dengan keadaan yang sempurna pun masih lagi tak hargai. Aku kerling Darwisy sekilas sambil otak ligat memikirkan topik lain. Tidak mahu berlama-lama berbahas tentang topik ini, kekok.

"Darwisy."

"Ya?" Tanya Darwisy. Ketika ini, kereta sudah pun keluar dari kawasan rumah dan laju dipandu di atas jalan raya.

"Maya nak tanya, boleh?"

"Tanyalah."

"Kenapa Maya seorang saja yang macam ni?"

"Maksud Maya?"

"Mata."

Dapat aku lihat senyuman ringkas Darwisy terbit sebelum tangan kirinya mengusap lembut kepala aku yang berlapik tudung.

"Maya unik. Tak semua orang ada mata macam Maya. Darwisy pun kadang-kadang cemburu dengan keunikan yang Allah bagi pada Maya."

"Maya takut kalau nanti.."

"Tak perlu fikir benda yang belum terjadi. Kalau satu hari nanti ada orang tahu tentang mata sebenar Maya pun, Maya tetap Maya." Darwisy memotong.

Aku mengeluh. Bukan tak mahu bersyukur tetapi aku takut jika nanti aku akan ditinggalkan seorang diri apabila hal sebenar sudah diketahui oleh semua orang. Setakat ini, hanya keluarga aku saja yang tahu tentang mata aku.

HETEROCHROMIA ✔️Where stories live. Discover now