Bab 12

29 7 0
                                    

KAKI bergerak menghayun buaian yang aku duduki sambil mata merenung ke arah halaman rumah. Pokok-pokok bunga yang ditanam dan disemai oleh ibu mencuri pandangan. Tangan bergerak mengambil telefon di tepi lalu membuka kamera. Beberapa keping gambar aku ambil. Tersenyum puas hati apabila gambar yang diambil kena dengan kemahuanku.

Pagi-pagi di hari cuti begini lihat sesuatu yang menenangkan seperti pokok-pokok hiasan baba yang menghijau dan pokok bunga ibu yang berwarna warni dapat melegakan sedikit rasa kecewa di hati. Selepas mendapat mesej daripada Hasya dua hari lepas, aku sangka kami akan berbaik semula. Tetapi malang sekali, di sekolah gadis itu lansung tidak bercakap denganku bahkan kerling sedikit pun tidak. Aku sudah putus asa. Tak ada gunanya jika aku seorang saja yang bersungguh untuk memperbaiki hubungan ini.

Ting!

Aku sangka Hasya yang menghantar mesej untuk kali kedua tetapi bukan. Nombor yang tidak dikenali mesej aku.

012-3456789: Iris.

Melihat panggilannya terhadap aku dapat aku syak siapakah gerangan ini dan tekaanku betul apabila mesej kedua diterima.

012-3456789: Ini aku, Khan.

Aku tidak memberikan sebarang reaksi atau balasan.

012-3456789: Kita kena jumpa dan kau perlu dengar dulu penjelasan daripada aku, Iris.

012-3456789: Terima kasih juga untuk cendol tempoh hari.

Punat off aku tekan. Bosanlah. Sudah beberapa hari berlalu dan topik ini masih lagi dibangkitkan. Bukannya aku tidak tahu dialah punca semua ini. Di sekolah pun Khan tidak berhenti mengganggu aku. Tidak cukup menunggu aku di depan pagar sekolah pada waktu pulang setiap hari, dia juga menggunakan Dehya sebagai umpan untuk memujuk aku supaya mendengarnya. Aku tidak peduli tetapi kadang-kadang timbul juga perasaan meluat dengan kesungguhannya yang mustahil itu.

Bunyi pintu dikuak semerta aku toleh ke tepi. Kelihatan Darwisy sedang tunduk memakai kasut. Seketika pandangan kami bertaut. Dia mara ke sini lalu duduk di sebelah.

"Tak keluar ke? Biasanya pagi-pagi begini Maya selalu keluar jogging dengan Khan."

Aku mendengus apabila nama lelaki itu meniti di bibir Darwisy. Kepala digeleng. Jangan kata keluar rumah, keluar bilik pun jarang sekali sejak akhir-akhir ini. Aku lebih selesa berada di dalam bilik melayan perasaan berbanding duduk di ruang tamu dan rancak berbual dengan mereka.

"Oh. Cakap tentang Khan, dah lama Darwisy tak nampak dia datang ke sini. Maya bergaduh dengan Khan ke? Dah tak kawan?"

Soalan yang biasa ditanya oleh seseorang yang sibuk menjaga tepi kain orang. Jika tidak berjumpa pasti disangka sudah tidak berkawan. Tidak semestinya begitu.

"Tak adalah. Kami okey saja."

"Boleh percaya ke? Khan tak ajak keluar ke? Biasanya dialah yang selalu datang sini nak jumpa Maya."

"Tak. Dia sibuk. Trial spm dah nak dekat, kami tak ada masa nak jumpa."

"Hesy! Tak akanlah sampai begitu. Boleh saja Maya ajak dia datang sini, teman study. Tak bosan ke study seorang diri?"

"Darwisy, boleh tak kita berhenti bercakap tentang Khan?"

"Kenapa pula?"

"Maya.."

"Iris!" Laung seseorang dari luar pagar. Terus aku memaku mata ke sana. Khan sedang berdiri tegak di sana sambil kepala bergerak mengintai aku di dalam.

"Panjang umur. Amboi! Tadi Darwisy tanya, Maya kata Khan sibuk. Rupa-rupanya dah janji nak jumpa, ya?" Darwisy senyum nakal sambil angkat kening.

Muka aku biru. Aku pandang Darwisy kecil besar kecil besar. Suka sangat kenankan aku dengan lelaki itu. Aku yang sedang geram jeling tajam ke arah Khan. Yang itu pun satu, tak malu. Sudah buat salah, masih lagi mahu tunjuk muka di depan aku.

HETEROCHROMIA ✔️Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum