Bab 4

55 7 0
                                    

AKU menilik diri sendiri di cermin besar yang berada di dalam bilik. Dari atas sehingga ke bawah. Rambut paras pinggang yang berwarna sedikit perang keperangan, kulit berwarna kuning langsat, tidak terlalu gelap dan tidak terlalu cerah, badan yang sedang-sedang sahaja, tidak terlalu lansing, tinggi mencecah 160cm ke atas. Bibir mengorak senyuman tapis. Bagi orang lain, mungkin aku sudah cukup sempurna.

Mata bergerak ke atas menatap mata sendiri melalui pantulan cermin. Senyuman mulai kendur. Mata belah kiri berwarna hijau dan mata belah kanan berwarna biru. Ini yang membuatkan aku rasa diri aku tidak sempurna. Aku pelik, tak seperti manusia yang lain. Sesiapa pun yang melihat mata sebenar aku pasti akan terkejut. Hal yang paling aku takut ialah mereka yang rapat denganku akan mula menjauh apabila tahu perkara sebenar. Aku takut berseorangan. Cukuplah aku sudah dipulaukan oleh rakan-rakan semasa sekolah rendah dahulu.

Tidak dapat bayangkan bagaimana reaksi mereka. Lagi-lagi Hasya. Orang yang paling rapat dengan aku dari hari pertama jejak kaki ke sekolah menengah. Dialah yang selalu ada bersama aku. Susah senang kami berdua lalui bersama.

Tok! Tok! Tok!

Laju kepala menoleh ke arah pintu bilik. Hoodie putih yang tersangkut di kepala katil aku capai lalu pakai ingin menutup badanku yang hanya berbalut singlet hitam tadi. Kaki menapak ke arah pintu.

"Siapa?"

"Darwisy here."

Pintu dikuak luas lalu terjengullah kepala abang aku di situ. Senyum segaris diberi.

"Nak apa?"

"Khan ada dekat luar."

"Huh?"

Ada apa Khan datang ke sini? Jam di dinding aku pandang. Pukul lima petang. Nak ajak aku jogging ke petang-petang begini?

"Tunggu kejap. Nanti Maya keluar."

Pintu bilik ditutup selepas Darwisy mengangguk. Seluar tracksuit di dalam almari aku ambil lalu seluar paras lutut yang aku pakai sekarang diganti. Rambut yang terlepas tadi juga diikat toncang satu. Cap di atas meja aku ambil dan pakai. Tak lupa juga telefon pintarku. Tak mengambil masa yang lama, lekas aku keluar dan turun ke bawah. Darwisy yang sedang menonton televisyen aku dekati. Mata meliar melihat sekeliling. Mana Khan?

"Mana dia?"

"Dekat luar."

"Oh. Ibu dan baba mana? Abang Daffa?"

"Semua keluar. Maya nak keluar dengan Khan, pergilah. Sebentar lagi, Darwisy pun nak keluar juga."

"Okey. Maya keluar dulu."

"Sebelum maghrib balik ya." pesan Darwisy.

"Ya."

Kaki melangkah ke arah Khan yang sedang duduk di atas pondok di kawasan rumah baba. Apabila dia sedar tentang kehadiran aku, dia senyum. Seperti biasa, Khan dan senyum berpisah tiada. Eloklah kumpul pahala. Senyum kan sedekah.

"Hai, Iris." Aku senyum segaris bagi membalas sapaannya.

"Kenapa datang?" Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Teman aku keluar jalan -jalan?" Soalan itu membuatkan aku tertanya-tanya. Kenapa tak ajak Dehya sahaja? Atau Ammar, Adi dan lain-lain. Lagipun mesti lebih selesa jika keluar dengan kawan sejantina.

"Kenapa kau tak ajak kawan-kawan kau?"

"Kau pun kawan aku juga. Jomlah, teman aku makan cendol."

HETEROCHROMIA ✔️Where stories live. Discover now