Bab 2

88 9 2
                                    

JEJAK sahaja kaki ke dalam kelas, telinga menangkap suara Hasya sedang memetir. Berkerut dahiku. Ada apa agaknya yang membuatkan gadis itu sudah seperti harimau mengamuk pagi-pagi macam ni. Kaki diatur ke belakang kelas. Tempat dudukku di belakang sekali aku tuju.

Beg galas hitam inginku letak di atas kerusi namun perbuatanku terbantut apabila melihat sesuatu cecair putih di situ. Aku mencebik. Beg berat itu aku hempas di atas meja. Bukan marah, tetapi mahu gadis yang bernama Hasya tahu tentang kewujudanku sekarang. Dia yang terkejut segera menoleh ke belakang.

"Maya." Panggilnya.

Aku angkat kening menghantar soalan 'ada apa?'. Dia mendengus kuat sebelum menjeling seorang rakan sekelasku yang menjadi mangsa amarahnya tadi.

"Tu. Kau nampak tak? Ada orang letak gam atas kerusi kau."

Aku pandang kerusi aku sebelum angguk. Faham. Mata bergerak melihat gadis tadi pula.

"Kenapa marah Feya?"

"Tch! Kau pun tahu kan dia selalu datang awal. Pagi tadi aku sampai awal, lepas tu aku nampak dia tengah buat sesuatu dekat kerusi kau.."

"Maya, Feya tak buat. Tadi Feya cuma nak tolong bersihkan je, tak ada niat lain." Cakap Hasya dipotong oleh Feya. Gadis itu membela diri sendiri. Mungkin tidak mahu Hasya terus menuduhnya berbuat demikian. Aku senyum segaris untuk Feya.

"Tak apalah, Maya tak kisah pun. Benda boleh bersihkan." Jawabku. Buang masa sahaja nak bergaduh tentang hal remeh-temeh begitu. Jika betul dia buat begitu, memaafkan lebih baik. Jika apa yang dikata itu tidak benar, takut boleh jatuh fitnah.

"Maya, kau.." Jelas kelihatan muka Hasya tidak puas hati apabila aku berdiam diri dan tidak mengenakan sebarang tindakan kepada Feya.

"Maya tak marah Feya. Pergilah duduk tempat Feya semula." Percakapan Hasya dipotong kali kedua tetapi kali ni bukan Feya tetapi aku.

Masing-masing telah bersurai daripada mengepung kami. Muka Hasya menjadi singgahan mata. Senyum segaris diukir.

"Benda boleh lap, Hasya. Tak perlu pun kau marah dia."

Tisu di dalam poket beg galas aku tarik keluar sebelum aku lap gam yang berada di atas kerusi kayuku. Hasya mendekatiku.

"Aku geram. Kenapa dia tak nak mengaku yang dia nak khianat kau?" Mulut memuncung tidak puas hati.

"Relaxlah. Yang dia khianat itu aku, bukan kau pun."

"Yalah. Kau kawan baik aku, Maya. Memang naik hantulah aku bila ada orang cuba khianat kau."

Jujur aku katakan, tertanya-tanya juga siapa yang sanggup buat benda kotor begini terhadap aku. Sebelum ni semua orang selesa dengan aku. Kawan sekelas pun semua sebulu dengan aku. Tak pernah lagi salah seorang daripada mereka membenciku apatah lagi menganiaya aku. Tetapi kita tidak tahu hati manusia macam mana. Silap-silap yang paling baik itulah sebenarnya yang jahat.

Selesai mengelap, aku keluar untuk membuang tisu. Semasa berada di laluan pintu masuk, seseorang telah menghalang jalanku. Kepala didongak melihat si dia.

"Hai, Iris." Sapa Khan sambil tersenyum manis. Senyumannya aku balas kembali.

"Hai."

Dia memberi jalan untuk aku keluar. Sangkaku dia akan masuk ke dalam kelas tetapi dia ekori aku pula.

"Kenapa ikut aku?" Tanyaku sambil berdiri tegak di tepi tong sampah. Dia sandarkan badannya di pintu kelas sambil kedua belah tangan diseluk ke dalam poket seluar adidasnya.

"Apa jadi? Kenapa bising-bising tadi?"

"Oh. Ada orang letak gam atas kerusi aku. Itu je, tak ada aksi tumbuk-menumbuk berlaku pun."

HETEROCHROMIA ✔️Where stories live. Discover now