Bab 3

70 10 1
                                    

"SEORANG je ke?" Tanya seseorang sambil kerusi diheret lalu duduk di sisiku. Khan di sebelah aku kerling sebelum angguk. Sudah empat hari Hasya tak datang sekolah, empat kali jugalah si Khan tanya soalan yang sama. Layan sahajalah perangainya yang suka bertanya itu walhal dah tahu. Lagi seorang lelaki duduk di depan aku iaitu di tempat Hasya. Kali ni bukan Ammar, bukan Mikael mahupun Adi tetapi orang lain pula yang dia bawa untuk kenalkan aku.

Kerana kesalahan hari tu, Hasya dan Feya digantung sekolah selama dua minggu. Jadi, berseoranglah aku di sini. Nak ke kantin pun malas. Jika Hasya ada, pasti dia yang beria-ria mengajak aku ke sana. Semestinya suruh aku temankan dia makan bihun sup kegemaran dia.

"Ini kawan aku, nama dia.."

"Dehya." Potongku.

"Oh. Mamat ni kau kenal pula. Aku ni kau tak kenal."

"Dia ketua kelas kita. Memanglah aku kenal." Tak masuk akal lansunglah kalau tak kenal ketua kelas sendiri. Silap-silap orang ingat aku ni hidup lansung tak berguna. Elok duduk dalam gua kalau macam tu gayanya.

"Maya, kau tak nak pergi rehat ke?" Tanya Dehya di depan. Dia menongkat tangannya di meja aku. Buku teks kimia aku tutup sebelum aku simpan di bawah meja. Mukanya aku pandang kosong.

"Kau tu, kenapa tak pergi kantin?" Soalan dibalas dengan soalan. Terus dia tarik muka.

"Kami dah pergi kantin tadi. Kau tak lapar ke?" Kini Khan pula yang mengambil alih bertanya soalan.

"Tak."

"Rajin betul kau study. Aku nak pegang buku teks pun dah malas." Tegur Khan apabila aku keluarkan buku latihan matematik tambahan pula. Aku mengeluh.

"Tinggal berapa bulan saja lagi nak spm, kenalah usaha keras sikit." Balasku. Dehya di depan angguk.

"Betul. Kau tu, bila nak berubah? Tengok Maya. Sudahlah cantik, pandai pula."

"Kau pun sama, Dehya. Jangan cakap aku je, sedar diri sikit." Kata Khan geram. Dehya gelak.

"Rajinlah kau ni, Maya. Nanti spm confirm straight A's. Kipidap dongibap!"

"Kau pun pergilah belajar, Dehya, Khan. Kau berdua ni sedar ke tak kau ambil aliran apa? STEM tahu? Science Technology Engineering Mathematics."

"Nanti kami studylah. Kau ajar ya?" Aku kerling Khan di sisi. Mintalah orang lain yang ajar. Macamlah aku rajin sangat mahu jadi guru tak berbayar mereka.

"Untung kau, Maya. Bijak, cantik, baik, gadis pujaan lelaki, antara pelajar terbaik dalam sekolah ini lepas tu.." Tidak mahu Dehya terus memuji aku, aku memotong.

"Kau berdua tak ada kerja ke? Kenapa datang sini? Aku nak studylah." Niat di hati ingin menghalau tetapi nampak kejamlah pula. Jadi aku guna cara halus sahaja untuk mengusir mereka berdua.

"Chilllah. Letaklah tepi dulu buku latihan tu. Jom join kita orang borak." Dehya angkat keningnya sambil senyum kambing. Mulut menghembus nafas kasar. Buku ditutup lalu aku betulkan duduk dan senyum.

"Boraklah." Pelawaku. Entah topik apa yang mereka nak bualkan kali ni. Selalunya bercakap tentang bola sahaja.

"Aku ingat kau ni sombong. Setiap kali kita jumpa, kau mesti jeling aku." Kata-kata Dehya menarik minat aku. Aku senyum senget.

"Sekarang dah tak sombong kan?" Tanyaku.

"Sombong lagi. Kami ajak makan sama-sama pun kau tolak. Tak sedar diri tu lonely." Celah Khan. Dia mencebik sambil tangan menguis-nguis bucu buku latihan aku. Dehya mengekek ketawa apabila Khan berkata begitu.

HETEROCHROMIA ✔️Where stories live. Discover now