Bab 19

22 6 0
                                    

TIGA minggu sudah berlalu. Hari ini ialah hari terakhir untuk bersiap sedia sebelum menjawab peperiksaan spm pada hari esok. Rasa debar di dada tak usah cakap. Seminggu sebelum hari ini tiba lagi aku sudah takut dan resah.

Rasa tangan mendarat dibahu mengejutkan aku. Mulut ukir senyum saat terpandang wajah tenang ibu. Kerusi di depan aku ibu duduk.

"Anak perempuan ibu fikir apa?"

"Fikir tentang esoklah. Macam mana kalau Maya tak dapat banggakan baba dan ibu?"

"Jauhnya fikir. InshaAllah boleh. Maya kan budak bijak, mestilah boleh. Lagipun, ibu tak kisah keputusan Maya macam mana. Maya dah berusaha dan esok Maya kena berserah sajalah."

"Perancangan Allah itu lebih baik. Kalau tak ada rezeki kat situ, ada rezeki kat lain. Jangan fikir banyaklah. Lebih baik Maya pergi jalan-jalan kat taman. Boleh release tensions." Cadang ibu.

"Darwisy mana? Maya nak ajak dia temankan Maya pergi taman. Adalah juga kawan untuk berborak." Kataku. Waktu dulu aku pergi dengan Khan tetapi sekarang kami sudah tidak bertegur sapa dan tinggallah aku seorang diri. Kawan baik pun sudah pergi jauh. Mungkin inilah masanya untuk aku asingkan diri dari semua orang dan mulakan hidup baru.

"Alah, ibu lupalah pula nak cakap tadi. Darwisy keluar dengan kawan dia. Apa kata Maya ajak abang Daffa?" Aku diam sebentar. Jarang sekali aku mahu keluar berdua bersama Daffa kerana aku lebih rapat dengan Darwisy. Mungkin kali ini aku patut ajak dia. Mana tahu boleh eratkan lagi hubungan adik beradik antara kami.

"Yalah. Maya masuk dalam sekejap, nak panggil abang Daffa." Terus aku meloloskan diri ke dalam rumah.

Sampai di depan bilik Daffa, pintu kayunya aku ketuk. Tidak lama kemudian pintu terbuka dari dalam. Muka Daffa yang kelihatan serabut itu aku pandang. Rambutnya berkucar-kacir, mungkin stres dengan kerjanya. Cermin mata bulatnya sudah dilurut ke bawah.

"Abang buat apa?" Tanyaku lalu menjengah sedikit ingin melihat meja belajarnya.

"Siapkan kerja sikit. Kenapa? Maya nak minta tolong apa-apa ke?" Terus diletak pen dan kertas yang dipegangnya tadi di atas meja.

"Maya nak ajak abang teman Maya keluar tapi kalau abang sibuk, tak apalah. Maya pergi seorang saja." Kataku. Tak sedih pun sebenarnya kerana sebelum ini pun aku selalu berseorangan juga. Jadi aku sudah biasa keluar tanpa teman.

"Taklah, mana ada abang sibuk." Katanya sambil berjalan ke arah almari baju. Cap diambil lalu dipakai atas kepala. Dia keluar dari bilik setelah mematikan semua suis. Bahu aku dipaut.

"Jom. Abang teman Maya jalan-jalan."

"Kerja abang?" Aku bertanya. Tidak mahulah kerja dia tertangguh kerana aku. Lebih baik dia siapkan kerjanya dahulu. Lagipun itu lagi penting daripada aku.

"Nantilah abang buat. Jom, nak jalan kaki atau naik kereta?"

"Jalan kakilah. Apa pula naik kereta? Taman tu dekat je dengan rumah kita."

"Yalah. Jom."

Terus tangan aku dipimpin dan kami mula turun ke bawah. Sampai di bawah, kami meminta izin ibu untuk keluar ke taman. Sepanjang perjalanan, tangan aku lansung tidak dilepas oleh Daffa.

Inilah salah satu perangainya. Terlalu penyayang dengan adik-adiknya. Jangan kata aku, pada Darwisy pun dia lakukan benda sama juga. Naik rimas lelaki itu kerana dimanja sebegini oleh Daffa. Tetapi tidak bagi aku, aku suka dia ambil berat tentang aku.

Tak semua orang suka curahkan kasih sayang pada adik sendiri. Untung dapat dia sebagai abang aku. Dia antara orang yang aku sangat kagumi selain daripada ibu dan baba. Dia yang ketiga dan Darwisy yang keempat. Daffa sangat bijak. Tambah pula dengan kekacakannya. Ramai perempuan yang suka padanya tetapi dia masih tidak mahu ada sebarang hubungan lagi. Katanya masih awal untuk bercinta. Masih perlu belajar dan banggakan ibu dan baba.

HETEROCHROMIA ✔️Where stories live. Discover now