Bab 6

39 8 0
                                    

BAHUKU ditepuk lembut dari belakang membuatkan aku menoleh. Hampir terkeluar bola mata apabila melihat Hasya sedang tersenyum manis kepada aku.

"Hasya?"

"Hai, kawanku."

Hasya mengambil tempat di depan mejaku. Tangan diletak di atas meja sebelum buku latihan aku ditarik dan dibelek. Dia angguk perlahan.

"Rajin betul kau study."

Aku masih lagi tercengang di sini. Satu minggu dia lansung tidak membalas mesej aku dan pulaukan aku. Bohonglah jika aku cakap aku tak sedih. Dialah kawan rapat aku dari dulu sampai sekarang.

"Kau dah kenapa tengok aku macam tu, Maya? Rindu sangat ke sampai tak berkelip tengok aku?"

Laju tangan naik menampar bahunya. Geram. Sudahlah palau aku, lepas itu datang sekolah tiba-tiba elok. Siapa saja yang tak hairan?

"Aduh! Sakitlah, Maya. Kau kenapa? Apa salah aku?" Dia gosok bahunya yang menjadi mangsa tamparan aku tadi.

"Kaulah. Kenapa tak balas mesej aku? Seminggu aku tunggu, tahu?" Hamburku. Perlahan-lahan Hasya mula ketawa.

"Kenapa kau gelak pula?" Tanyaku kasar. Dia buat orang macam tak wujud lepas tu seronok gelakkan orang. Tak ada hati perut lansung.

"Hahaha! Maaflah, Maya. Saja nak ignore kau. Lagipun aku masih terasa hati dengan kau." Hasya mencebik. Pen diambil dan dicucuk atas meja tanda geram.

"Kenapa nak terasa hati dengan aku pula? Sebab aku keluar dengan Khan? Kau cemburu? Begitu?" Soalan keluar dari mulut seperti peluru pistol.

"Atau kau suka dia?" Dugaku.

"Hesy! Kau gila ke apa? Aku suka mamat tu? Huh, lambat lagilah. Aku cemburu sebab dialah. Dia dah rampas kau dari aku." Jelas Hasya. Mulut sudah memuncung tanda tidak puas hati. Sempat Khan yang sedang bergelak ketawa dengan rakan-rakannya di barisan depan dikerling.

"Kau biar betul, Hasya? Kau jealous sebab itu?"

"Yalah. Selama ini, kau mana ada kawan lain selain dari aku. Sekarang kasih sayang kau tu dah terbahagi dua."

Sudah seperti anak-anak kecil yang berebut ibu pula. Berkasih sayang bagai. Hasya di depan aku pandang tidak percaya. Seriuslah dia cemburu kerana takut aku dirampas oleh Khan? Aku tergelak. Bagaimana boleh terbit rasa cemburu itu di dalam hatinya?

"Lelaki tak guna." Membulat mata aku mendengar gelaran kepada Khan yang diberi oleh Hasya.

"Hei! Tak baiklah. Hahaha! Sudahlah, penatlah nak gelak sebab kebodohan kau tu." Perut yang terasa senak aku pegang.

"Tak masuk akal betul." Aku geleng kepala.

"Kau macam tak kisah saja. Dah tak nak kawan dengan aku ke?"

"Apa pula cakap macam tu. Naklah. Mana ada orang lain yang boleh gantikan kau. Kau lain dari yang lain."

Tersengih dia mendengar pujian dariku. Sukalah tu. Tiba-tiba bayangan gadis yang aku terserempak di kedai mamak muncul di benak otak. Hasya yang baru sahaja ingin pusing ke depan, ditahan oleh aku.

"Kenapa?"

"Hari rabu minggu lepas, kau duduk rumah atau ada keluar pergi mana-mana?"

"Hm. Aku keluar dengan Abi aku. Pergi rumah kawan dia. Ada makan-makan sikit. Kenapa? Kau pun ada dekat situ juga ke?"

"Taklah. Saja tanya. Hari tu aku pergi kedai mamak dengan abang-abang aku.."

"Woah! Abang Daffa pun ikut? Apa khabar dia sekarang? Makin kacak tak?" Potong Hasya. Aku mencerlung tajam. Bagilah aku habis cakap dulu. Tahulah kau ada simpan perasaan dekat abang aku tetapi kalau ini gayanya, memang aku takkan terima kau jadi kakak ipar aku. Awal-awal lagi sudah ditolak oleh aku.

HETEROCHROMIA ✔️Where stories live. Discover now