Bab 13

22 6 0
                                    

BEG yang tergantung di pintu almari aku capai lalu bergegas keluar dan turun ke bawah. Kaki diatur menuju ke dapur lalu peti sejuk di buka. Cawan di atas rak aku ambil dan sebotol air kosong sejuk dikeluarkan dari peti.

Cawan berisi air sejuk diteguk perlahan bagi membasahkan tekak. Cawan dibasuh terlebih dahulu sebelum keluar dari dapur. Baba yang sedang memakai stokin aku dekati.

"Maya dah siap?" Tanya baba tanpa menoleh ke sini. Aku angguk lalu pegang tali beg galas. Selesai memakai stokin, baba pandang aku. Baru saja dia ingin membuka mulut, wajah terkejutnya terlebih dahulu terpamer.

"Maya lupa atau Maya buat-buat lupa?"

"Lupa apa?" Tanyaku dengan muka tak ada perasaan.

"Kanta lekap?" Teragak-agak baba ingin bertanya. Mungkin kerana takut jika aku terasa hati dengan soalannya.

"Tak. Maya dah tak nak pakai benda alah tu."

Baba senyum gembira. Dia dekati aku dan usap ubun-ubunku. Habis punah tudung bawal.

"Macam inilah anak baba, yakin dengan diri sendiri." Baba tepuk bahuku memberi semangat. Aku senyum lagi. Mulai hari ini aku tak akan sentuh atau pakai lagi kanta lekap. Aku kena yakin dengan diri aku. Aku unik.

"Sudah. Jom, nanti lambat pula Maya sampai sekolah."

Selepas bersalam dengan ibu, Daffa dan Darwisy, kami terus berangkat ke sekolah aku. Sempat aku capai makanan kucing di atas rak kasut untuk diberi pada Dara nanti. Hanya lima belas minit masa diambil dan akhirnya aku sudah sampai di sekolah. Oleh kerana mood aku pada pagi ini baik, semuanya berjalan lancar. Senyuman juga tidak lekang apabila berselisih dengan pelajar-pelajar lain.

Ada yang terkejut melihat aku, ada yang terpegun dan ada juga yang berasa pelik tentang mataku. Sepanjang perjalanan ke kelas aku berjalan dengan yakin. Lansung tiada rasa takut atau gelisah di dalam hati.

Sampai di kelas, aku duduk di tempat seperti biasa. Tetapi aku dikejutkan dengan kesan contengan marker pen di atas meja kayu aku.

"Cacat." Perkataan yang ditulis itu aku baca lalu mengeluh. Tak, aku unik bukannya cacat.

Mata bergerak memandang Lisa dan Feya yang sedang tersenyum herot kepada aku. Sekarang aku sudah dapat agak siapa yang melakukannya.

Aku mengeluh lalu meletak beg di atas kerusi. Tisu poket di dalam beg aku keluarkan lalu lap kesan itu. Dititis sedikit air kosong yang aku bawa dari rumah untuk memudahkan kerja.

Pap!

Mejaku ditampar kuat oleh seseorang. Lisa di depan aku pandang tanpa riak. Apa lagilah yang gadis ini tidak puas hati dengan aku. Tanpa mempedulikan dia, aku kembali mengelap meja.

"Buta, ya? Tak nampak aku ada dekat depan?"

Aku diam. Malas mahu melayan. Makin dilayan makin menjadi-jadi perangainya.

"Oh, lupa pula. Mata kau kan cacat, mesti salah satunya tak dapat berfungsi dengan baik. Sebab itulah tak nampak aku."

Nafas ditarik sebelum mata unik ini bertemu dengan mata coklat pekatnya. Mata dia membulat sambil mulut terbuka sedikit seperti terkejut.

"Wah, inilah mata cacat kau ya? Tapi, tak adalah cantik sangat. Biasa saja." Muka yang teruja pada awal tadi mula berubah jengkel. Dia mencebik seolah merendahkan aku.

"Pergi duduk tempat kaulah, Lisa." Seseorang mencelah. Suara Hasya menyapa telinga.

"Biarlah aku. Kau dah berbaik dengan dia ke apa sekarang ni?" Laju saja mulut gadis itu menjawab. Hasya paku mata tajamnya pada Lisa.

HETEROCHROMIA ✔️Where stories live. Discover now