Bab 20

46 6 0
                                    

SEMINGGU kemudian..

Pin! Pin!

"Ya! Hesy, sabar sikit tak boleh ke?"

Geram betul aku dengan perangai Khan. Tak menyempat betul. Dia ingat aku ni lelaki ke? Aku perempuanlah. Mestilah ambil masa untuk bersiap. Sudahlah disuruh aku pakai baju kurung, lagilah ambil masa untuk menggosok baju. Stiletto di dalam rak aku capai dan pakai lalu aku bergegas membuka pagar untuk keluar.

Punggung dihenyak kasar di atas seat. Tangan bergerak mengambil cermin kecil di dalam beg tangan lalu menilik muka sendiri. Makin bertambah kusut kepalaku apabila melihat muncung tudung bawalku tidak menjadi.

"Bencilah!"

"Girl, kau kenapa?" Aku pandang Khan di sisi yang lengkap berpakaian baju melayu berwarna hitam dengan muka geram.

"Tengoklah tudung ni. Semua salah kau. Kalau kau sabar sikit, tudung ni mesti menjadi." Marahku.

"Aku pula yang kena."

"Yalah. Sekarang aku dah tak ada mood nak keluar. Kita cancellah."

"Haip! No, mana boleh cancel. Kita dah janji nak keluar. Ingat senang ke nak keluar berdua macam ni? Ini pun nasib baik aku pandai bagi ayat manis pada ibu tahu? Kalau tak memang lambat lagilah kita nak dating."

Aku jeling Khan. Ada saja jawapan dia. Tentang hal memujuk ibu itu aku tak kisah pun sebenarnya. Yang jadi masalah sekarang ni ialah apabila dia minta aku pakai baju kurung persis wanita melayu terakhir.

"Tak sukalah pakai baju kurung ni." Rungutku. Dia hanya geleng kepala melihat karenah aku. Makin dia kenal aku, makin bertambah tahap kesabaran dia untuk melayan perangai aku yang sekejap elok sekejap tidak.

"Kenapa pula? Cantiklah." Pujinya. Aku geleng. Bagi dia memanglah cantik, tetapi aku yang memakai ni rimas tahu tak?

"Yalah, apa-apa jelah. Sekarang ni kita nak pergi mana?" Aku tutup perbualan tentang bajuku. Khan ketuk dagunya dengan jari telunjuk seolah sedang berfikir. Kemudian dia melirik mata ke sini.

"Girl, kau jelah yang decide."

"Okey. Apa kata kita makan cendol kat kedai depan taman?" Cadangku. Air liur sudah ditelan beberapa kali apabila teringat cendol di situ.

"Cendol je? Girl, kau biar betul?"

"Betullah."

"Aku tarik balik kata-kata aku tadi. Sekarang aku yang decide."

Terlopong mulutku. Baik kau saja yang decide dari awal. Bazir air liur aku je. Malas mahu memanjangkan topik ini, aku ikutkan saja kehendaknya. Kalau aku bantah, lambat pula kereta ini mahu bergerak. Dari tadi lagi kaku di depan rumah baba ini.

"Suka hati kaulah, aku ikut je."

Tempat pilihan Khan untuk hari ini ialah pantai. Apa yang menarik di situ aku pun tidak tahu. Katanya sudah lama kaki tidak jejak pasir pantai. Jadi kali ini alang-alang mahu keluar dengan aku, dia angkutlah aku sekali ke sana.

KAIN baju kurung yang hampir dibasahi air pantai diangkat sedikit. Nasib baiklah aku sempat memakai sarung kaki, jadi tak adalah aurat aku terdedah. Puas bermain air pantai, aku kembali ke pondok yang berada di bawah pokok ru.

"Kita nak main air je ke?" Tanyaku pada Khan yang sibuk menekan skrin telefonnya. Dari tadi lagi aku seorang diri di persisir pantai. Dia hanya duduk di sini saja.

"Hm? Apa, girl?" Aku sengih tatkala dia memanggil aku dengan panggilan itu. Tidak jadilah mahu tarik muka. Sejak dia meluahkan perasaannya tempoh hari, hubungan kami sudah kembali pulih malah lebih baik dari sebelum ini walaupun kadang-kadang ada juga pergaduhan kecil antara kami. Tetapi dialah yang selalu mengalah dan bersabar dengan aku.

HETEROCHROMIA ✔️Where stories live. Discover now