Bab 16

25 6 0
                                    

SUDAH beberapa minit berlalu dan aku masih lagi tercegat di depan pagar rumah banglo dua tingkat ini. Rumah sederhana besar ini aku tenung. Merintik-rintik peluh di dahi aku berdiri di bawah panas terik. Tambahan pula aku pakai hoodie, lepas tu berjemur
bawah cahaya matahari.

Mata melirik ke arah kasut yang elok tersusun di atas rak. Aku pasti, inilah rumah Khan. Aku datang ke sini kerana ingin memohon maaf dengan dia. Aku sudah tuduh dia melulu tanpa mendengar penjelasan daripadanya.

Kelibat seorang mak cik yang tidak terlalu tua sedang menyiram pokok menyapa pandangan. Tanpa menunggu lama, mak cik itu aku panggil. Perlahan saja dia berjalan ke sini mungkin kerana usianya yang sudah lanjut.

"Assalamualaikum, mak cik."

"Waalaikumussalam. Ya, adik cari siapa?"

"Saya nak tanya, ini rumah Khan ke?" Kelihatan dahi mak cik itu sedikit berkerut. Alamak, aku salah rumah ke? Buang masa sajalah aku berdiri di sini sejak tadi.

"Khan? Siapa tu?" Dia tanya aku balik. Aku sengih kekok. Betullah, aku tersalah rumah.

"Tak apalah, mungkin saya salah rumah. Terima kasih, saya pergi dulu ya."

"Sekejap." Mak cik itu menahan.

"Adik cari Khan yang masa satu ya?" Aku pamer muka hairan. Khan yang mana satu? Khan yang satu itulah. Yang kulit sawo matang, yang hidung tak berapa nak mancung, yang keningnya lebat dan elok terbentuk tu.

"Maaf, dalam rumah ni ada dua orang nama Khan. Izra dan Isy.."

"Umi?" Suara seseorang mencelah dari belakang. Aku intai sedikit.

"Ada apa ni, umi?"

"Adik ni cari Khan, tapi umi tak tahu Khan yang mana satu."

"Oh, tak apa. Biar Izra uruskan, umi pergilah masuk dalam. Panas ni."

"Yalah, baik-baik ya Izra. Jangan bergaduh dengan perempuan pula." Usik mak cik itu lalu masuk ke dalam rumah. Izra buka pagar rumah.

"Masuklah, panas ni." Pelawanya. Aku akur dan masuk saja. Aku dibawa ke pondok di tepi garaj kereta.

"Kau cari siapa? Khan? Atau aku?"

"Aku cari Khan, dia ada?"

"Ada, dalam bilik. Pergilah." Terbeliak mata aku. Begitu saja dia suruh aku pergi. Izra gelak.

"Kau kenapa datang sini? Sebelum ni tak pernah pun datang sini, rindu abang aku ke?"

"Izra, kau ni mengarutlah. Aku ada hal penting nak cakap dengan dia, panggillah dia datang sini." Desakku. Makin lama berdua dengan budak ni, makin kuat pula menyakat. Masa mula-mula jumpa hari tu bukan main sombong.

"Raf! Awek kau datang! Turunlah, dia tak sabar nak jumpa kau!" Jerit Izra. Laju tangan naik memukul bahunya. Kurang asam!

"Mengarut betul! Panggil elok-eloklah. Nanti kalau umi kau dengar macam mana?" Menjengkelkan betul perangai dia. Sama macam Khan. Tetapi Khan lagi better.

"Tengok muka aku. Ada aku kisah?" Aku jeling dia.

"Nak masuk dalam? Boleh aku suruh umi buatkan air."

"Tak payahlah, aku duduk sini je. Izra, cepatlah."

"Cepat apa?" Izra mula menyampah dengan perangai aku. Kedua belah tangannya dibawa ke belakang bagi menongkat tubuh.

"Panggil Khanlah. Urgent ni, tak boleh lambat-lambat. Kena segera."

"Aku dah cakap dia ada dalam bilik, pergilah sana."

HETEROCHROMIA ✔️Where stories live. Discover now