Bab 18

22 7 0
                                    

MASING-MASING menghembuskan nafas lega setelah tamat menjawab peperiksaan percubaan spm. Bagaikan terlepas dari seksaan, lega yang amat. Walaupun ini hanyalah percubaan, tetapi sangat penting bagi aku. Dengan keputusan peperiksaan inilah aku akan tahu subjek mana yang aku perlu usaha lebih sikit untuk mendapat markah yang baik dalam peperiksaan sebenar.

Aku bawa diri ke depan sekolah. Pondok yang sedia ada di situ aku labuhkan duduk. Beg galas yang elok tersandar di tiang pondok aku capai lalu sangkut di bahu aku.

Otak tiba-tiba menerawang teringatkan tentang Dara. Selalunya di sinilah tempat dia melepak. Sementara menunggu aku habis kelas, dia bermain di sini dulu. Bunyi kasut tumit tinggi menghentak lantai simen menarik perhatian aku. Kepala dikalih ke arah bunyi tadi.

Kelihatan seorang wanita berjubah hitam labuh dan bertudung shawl yang dililit dileher menampakkan dada sedang berjalan menuju ke bangunan pejabat. Dalam diam aku memuji kecantikannya. Cantik. Tetapi itu adalah pakaian yang dilarang di dalam Islam. Tudung yang dibiarkan panjang di belakang manakala di depan pula singkat.

Disaat aku menilai penampilannya, cepat-cepat aku sedarkan diri semula. Aku pun baru saja nak bertudung dan tudung yang aku selalu pakai hanyalah tudung sarung. Mahu pakai yang jenis lilit tetapi aku tidak reti. Pakai pun jarang-jarang. Jika aku rasa aku mahu pakai, aku pakai. Kalau tidak, tak terusiklah tudung itu.

"Sayang?"

Aku toleh ke belakang saat terdengar suara Khan. Senyum manis diukir apabila mata kami bersambung. Tetapi cepat-cepat dia larikan matanya. Aku bangun lalu berjalan ke tempat dia sedang berdiri statik.

"Hai." Sapaku. Malang sekali, sapaan aku lansung tidak dibalas sebaliknya dia sibuk mencari sayangnya. Walaupun dia sudah beritahu aku yang dia bencikan aku tempoh hari, aku tetap mahu berkawan dengan dia. Aku tahu semua ini salah aku. Memang patut dia bencikan aku.

"Cari apa?" Tanyaku ingin berbual. Orang lalu lalang di koridor aku tidak endah. Pasti mereka berfikir aku sedang memujuk kekasih sekarang ni.

"Kucing." Jawabnya sepatah. Mata pun masih lagi melilau ke sana sini. Lansung tidak mahu pandang aku.

"Kucing mana?" Saja ingin memanjangkan perbualan, aku bertanya lagi walhal aku sudah tahu yang dia cari itu ialah Dara.

Jantung seolah berhenti berdegup untuk beberapa saat apabila menyedari bahawa Dara sudah tiada. Perlahan-lahan aku tenung Khan. Mungkin diulit rasa tidak selesa ditenung oleh aku, dia membuka mulut.

"Tak payahlah tengok aku macam tu. Aku cari kucing aku ni, kau ada nampak tak?" Kasar sahaja nada suaranya ketika bercakap dengan aku. Aku geleng perlahan sebelum melangkah pergi.

Aku nak beritahu dia tentang Dara tetapi aku tak tahu macam mana nak beritahu dia. Aku ingat Ammar sudah sampaikan hal ini pada dia rupanya belum lagi.

Tanpa membuang masa, aku kembali ke pondok dan mengambil beg. Setelah itu, aku bergegas pulang. Apabila teringatkan Dara, jiwa aku mula kacau. Rasa sedih dan marah bercampur. Sedih kerana pembunuh itu ialah Hasya dan marah kerana kucing itu yang menjadi mangsa.

Tanpa sedar, air mata mula menitik. Aku berjalan dalam kesedihan sambil ditemani pipi yang dibasahi air mata. Otak mengimbas kembali memori indah bersama Dara. Dara ialah kawan pertama aku sebelum Hasya.

Semasa di tingkatan satu, aku tiada kawan dan Daralah yang menjadi peneman aku untuk beberapa hari sebelum aku ditegur oleh Hasya. Sejak hari itu, aku mula lupakan Dara dan makin lama makin rapat dengan Hasya. Tetapi aku sedar, aku tak patut biarkan kucing itu sendirian. Dialah yang menjadi teman aku sewaktu aku keseorangan tanpa teman.

Bunyi hon dari belakang mengejutkan aku. Serta merta kaki berhenti. Kereta Honda Jazz berwarna hitam di belakang bergerak ke depan dan berhenti di sebelah aku. Cermin kereta diturunkan dan wajah Dehya menyapa pandangan.

HETEROCHROMIA ✔️Where stories live. Discover now