Bab 8

31 9 0
                                    

SUDAH lama aku berdiri di tepi garaj kereta ini tetapi perlawanan badminton antara Daffa dan Darwisy masih lagi berlansung. Aku mundar-mandir di sini menunggu giliran aku pula untuk bermain. Baba dan ibu yang sedang duduk atas kerusi batu di tepi tangga itu aku dekati.

Baba menghirup sedikit air teh panas sebelum kembali diletak di atas meja batu di depan. Aku duduk di sebelah baba lalu aku ambil kek marble yang telah dipotong kecil oleh ibu. Memang betul-betul punah diet aku kali ini. Sudah berapa kali aku makan benda manis dan berminyak, akhirnya aku tewas. Diet aku tidak pernah menjadi. Tanpa membuang masa kek itu disuap ke dalam mulut sambil mata memandang mereka berdua yang rancak bermain. Bulu tangkis itu lansung tidak jejak ke tanah sedari tadi.

"Baba, lambat lagi ke Abang Daffa dan Darwisy nak main? Maya pun nak main juga." Aku mengadu pada Baba.

Tadi semasa aku duduk bersenang-lenang di dalam bilik, mereka berdua berkali-kali panggil aku untuk turun bermain sekali. Apabila sudah turun, lambat tiba pula giliran aku.

"Pergilah bagitahu abang yang Maya nak main. Baba tak masuk campur." Kedua belah tangannya diangkat ke atas tanda tidak mahu campur tangan. Selesai makan beberapa keping kek, aku bangun ke sana.

"Abang! Maya pun nak main."

Daffa berpaling ke sini sekilas sebelum tangan bergerak membalas serangan Darwisy. Kali ini kemenangan berpihak pada Daffa. Bulu tangkis sudah jatuh di kawasan Darwisy. Daffa berjalan ke sini.

"Ya, Maya." Kepala aku yang tidak berlapik apa-apa diusap bagi melembutkan hati aku yang sedang panas. Panaslah. Kena sidai dari tadi. Nasib baiklah hari ini cuaca mendung saja. Mereka berdua berjalan pergi ke arah baba dan ibu. Jus oren yang dibuat ibu tadi diteguk rakus. Dahaga mungkin.

"Maya nak main." Kataku. Jangan mereka lupa pula tentang kehadiran aku di sini.

"Nak main dengan siapa? Abang atau Darwisy?" Tanya Daffa. Aku angkat bahu. Tak kisah pun. Mereka berdua pun tak jauh bezanya. Dua-dua handal. Jika lawan dengan aku sah-sah aku akan kalah dahulu.

"Maya main dengan Abang Daffa ya. Darwisy penatlah." Ujar Darwisy sambil meneguk jus oren itu. Dia duduk di sebelah umi lalu kaki disilangkan. Aku angguk saja.

"Jom. Maya situ, abang sana." Aku angguk lagi lalu mengatur langkah ke tempat yang ditunjuk.

Baru beberapa minit kami bermain tetapi aku selalu kalah awal. Akhirnya aku mengaku kalah. Tidak sukalah lawan dengan Daffa. Dia terlalu hebat untuk aku yang hanya biasa-biasa ini. Kalau dia main seperti biasa tak apa lagi tetapi jika dia sudah mula tunjukkan kehebatannya baik aku undur diri sahaja.

"Come onlah, Maya. Janganlah mudah sangat putus asa." Kata Daffa yang masih lagi setia berdiri di situ sambil mengibas raketnya.

"Tak mahulah. Setiap kali abang menang, abang selalu ejek Maya." Protesku sambil mengunyah kek marble. Aku duduk di sebelah baba dengan muka masam. Antara Daffa dan Darwisy, dua-dua tak ada beza. Dua-dua hebat dan menjengkelkan.

"Baba, Maya nak adik perempuan."

Terus tersedak ibu di sebelah baba. Aku intai sedikit melihat ibu. Merah mukanya. Air kosong di atas meja cepat-cepat dicapai sebelum diteguk. Aku salah cakap ke?

"Hahaha! Aduhai, Maya! Kenapalah Maya minta benda pelik-pelik dekat baba?" Galak Darwisy ketawa mendengar permintaan aku. Daffa yang berada jauh di sana pun turut tergelak. Siap berguling-guling lagi di lantai batu tapak gajah itu. Kuat sangatkah aku cakap tadi?

"Hesy! Maya ni. Sampai tercekik ibu mendengar hajat Maya tu." Marah ibu. Aku berkerut. Aku pula yang dimarahnya. Betullah apa aku minta itu. Lebih baik daripada aku minta izin nak kahwin. Agaknya terus pengsan mereka semua apabila aku meminta izin nak kahwin.

HETEROCHROMIA ✔️Where stories live. Discover now