Kisah 9

6 1 2
                                    

Tepat jam 1600, semua student dalam dewan kuliah kecil itu mula beransur keluar dan ingin pulang ke katil masing-masing. Kepenatan telah terpancar pada setiap wajah pelajar termasuk Maylinna Sofea. Penat sangat muka dia tu.

Maylonn dan Hasif bergegas menuju ke arah kereta dan memulakan destinasi mereka. Maylonn membetulkan urat-uratnya. Mahu taknya, dah lama dia tinggalkan dunia student ini semata-mata hingga memenuhi hasrat seorang ayah. Hasif hanya memandang seakan pelik kerana nampak sangat raut wajah letih pada wajah gadis itu.

"Mu ni memang jenis suke tengok orang ehh? Dok habis-habis tengok aku," kata Maylonn apabila dia merasakan dirinya diperhatikan.

"Ha, mana ada saya pandang," kata Hasif dengan nada gelisah.

"Aku rase aku dok bute agi. Mende? Mu nok tanya mende agi?"

"Hm, kalau saya tanya janji awak tak marah?"

"Mu dok tanya agi, guane aku nok maroh. Tanya jela. Nanti dok dapat jawapan, meroyan pulok kan."

"Okay tapi nanti, lepas kita sampai dekat taman."

"Hek eleh mamat ni, mu dokleh ke tanya lalu?"

"Bolehlah ya. Borak dalam kereta tak best."

"Kut mu la," kata Maylonn lalu pandangannya melayang di luar tingkap kereta. Kenangan lama menyapa seketika di benaknya.

***

Dinginnya angin pagi itu menyapa tubuh lesu seorang gadis yang membiarkan fikirannya melayang pergi di halaman rumah banglo milik ayahnya. Siapalah dia ingin melawan takdir. Ditelan mati mak, diluah mati bapa. Susahnya hidup ditentukan oleh orang lain. Siapa aku untuk hidup aku sendiri?

"Maylinna," panggil lelaki tua itu sambil berjalan menghampiri anak gadis itu. Dia menguatkan diri menegur setelah sekian lama memerhati gadis itu mengelamun.

"Ye, bah. Ade mende?" kata Maylonn sambil senyuman lemah dilemparkan kepada lelaki itu dan lelaki itu duduk di sebelahnya.

"Linna marah abah ke?"

"Doklah, mane ade abah. Linna dok marah pun dan dok akan pernah marah abah," kata Maylonn sambil memandang lelaki itu.

"Linna, abah bukan tak boh wi Linna sambung belajar. Abah cume nak Linna belajor selok-belok syarikat abah. Abah dok tahu bile Allah jemput abah. Selagi ade mase ni, abah nokla tengok Linna pandai urus syarikat abah. Abah caye ke Linna sorang je," kata King dengan nada sayu lalu memandang lemah ke arah anaknya.

"Abah, bakpe kabo gitu? Linna, bereh je. Selagi Linna ade, Linna akan tunaikan semue bende yang abah nak. Bah, abah tu hidup Linna tau. Abah nyawa Linna. Linna ade abah je lam dunia ni. Ape je yang wak abah happy, Linna ngan besor hati sudi wak tuk abah," kata Maylonn sambil senyuman manis dilemparkan. Senyumannya dibalas.

M A Y L I S S A  M A Y L O N NWhere stories live. Discover now