Kisah 20

1 1 0
                                    

Suasana di dalam rumah itu sunyi sepi kerana penghuninya telah keluar namun masih ada satu jasad yang sibuk berjalan terhendap menuju ke arah bilik anak tirinya. Dia melangkah sambil memandang ke kiri dan kanan bagi berjaga-jaga takut anak dan isterinya pulang.

Encik Zakaria dengan pantas memutar tombol bilik lalu masuk ke dalamnya. Dia tercari-cari keberadaan berlian tersebut. Dia membuka setiap almari yang ada dan dia berjaya menemukan berlian itu yang terdapat di dalam bekas.

"Dekat sini pun," kata Encik Zakaria sambil tersenyum lalu mengambilnya.

Tiba-tiba, terdengar bunyi enjin kereta dari luar rumahnya. Dia dengan kelam kabut menutup semua pintu lalu keluar dari bilik tersebut. Dia membetulkan pakaiannya dan dengan pantas menuju ke biliknya. Dia menutup pintu biliknya seakan baru keluar dari biliknya.

"Dok kuor ke hari ni? Biasenya malam baru nampok batang hidung," kata Maylonn sebaik sahaja melihat lelaki tua itu.

"Nak keluarlah ni. Papa pergi dulu," kata Encik Zakaria dan berlalu pergi.

"Pelik, dok cari pasal lok ngan aku hari ni. Biase kalau nampok aku, ade je dok kene. Tapi bagus gop, malas gop nok layan," kata Maylonn dengan hairan sambil melihat lelaki tersebut berlalu pergi.

Maylonn pun menuju ke biliknya. Dia menghempaskan badannya ke atas tilam yang empuk itu. Tiada apa yang mencurigakan. Semuanya dalam keadaan yang sama dan baik-baik sahaja.

Selepas solat isyak dan membaca Al-Quran, Maylissa Safiah menghempaskan punggungnya di atas tilam tanpa menanggalkan telekungnya lalu mengambil frame gambar yang berada di atas meja. Dia menatap gambar gadis yang persis rupanya dengan senyuman.

"Beruntungnya awak ni kan. Walaupun awak anak angkat tapi arwah abah awak sayang sangat dekat awak macam anak kandung. Saya dari kecil tak pernah dapat kasih sayang seorang ayah. Ada ayah tiri pun tak pernah layan saya macam anak kandung. Kenapa ya, kisah hidup kita tak sama biar seiras rupa paras kita?" kata Maylissa sambil memeluk frame gambar tersebut dan sekali-sekala dia menghelakan nafas berat.

Kisah lalunya mula bermain dibenak fikiran malah menghukum hati dan perasaannya. Sakit jiwa ini. Tidak mampu ditelan namun lebih payah dilupakan.

***

Suasana di rumah itu sunyi tanpa sebarang suara sesiapa dan hanya tinggal seorang kanak-kanak kecil dalam lingkungan umur 11 tahun yang sibuk melukis gambar. Ayah tirinya sibuk bermain telefon lalu pandangannya mula teralih pada lukisan budak tersebut.

"Kau lukis apa tu?" kata Encik Zakaria lalu merampas lukisan itu dengan pantas.

"Siapa lelaki ni?" tanya Encik Zakaria sambil jari telunjuknya terarah pada lukisan lelaki di kertas itu.

"Lissa lukis ayah kandung Lissa. Lissa rindu. Lissa teringin sangat jumpa dia."

Kata-kata yang keluar dari mulut budak perempuan itu telah menimbulkan api kemarahan di dada lelaki tersebut. Lelaki itu mengoyakkan kertas lukisan itu dengan perasaan marah lalu dilemparkan di hadapan muka Maylissa.

"Kau ni pekak ke buta ke tuli? Kau sedar tak yang kau tengah rindu dekat orang yang tak pernah kau jumpa. Orang yang telah buang kau dengan mak kau. Kau rindu dekat dia, kau fikir dia teringatkan kau?" kata Encik Zakaria sambil jari telunjuknya menghala ke muka dan menolak kepala Maylissa. Maylissa hanya menangis teresak-esak.

"Eh, budak. Kau dengar sini baik-baikaku tak kan pernah benarkan kau cari ayah kandung kau. Kau anggap jelah dia dah mati. Aku dengar kau sebut lagi pasal jantan tak guna tu, siap kau. Memang habis aku kerjakan," kata Encik Zakaria sambil menarik rambut Maylissa.

Maylissa mengadu kesakitan lalu memukul tangan lelaki itu berkali-kali. Encik Zakaria melepaskan rambut budak itu lalu pergi namun langkahnya terhenti seketika.

"Satu lagi, kau jangan berani cerita dekat mak kau atau sesiapa pun. Kalau aku dapat tahu kau buka mulut, kau tahu kan apa yang aku boleh buat. Ha, kemas tu. Nanti mak kau nampak pula," kata Encik Zakaria sambil tersenyum sinis lalu menuju ke biliknya.

Maylissa menangis menahan sakit di dada dan harus sampai bila sakit ini akan berlarutan. Dia mengutip satu per satu serpihan kertas itu lalu disimpan. Dia masuk ke dalam biliknya lalu menangis sepuasnya. Apakan daya, diusia semudanya dirinya harus menguatkan diri menghadapi dugaan sehebat ini.

***

Tanpa sedar, air matanya mengalir dipipi gebunya. Cuba untuk menahan daripada mengalir tapi terlalu sakit untuk dipendam. Ingin diluahkan namun tidak sanggup biarkan kebahagiaan mamanya terhenti disebabkannya. Cukup biar aku yang telan semua ini bukan dia.


❤❤

C O M M E N T  *  V O T E

💗💗

*loghat terengganu vs melayu

1. Pasal - Masalah

💗💗

Kalau ada perkataan Terengganu yang tak faham, boleh komen ya. Takut-takut ada yang tertinggal. Enjoy!  💖

M A Y L I S S A  M A Y L O N NWhere stories live. Discover now