Kisah 21

1 1 0
                                    

Makan malam sudah terhidang indah di atas meja, Puan Mariam sibuk menuang air di dalam gelas manakala Encik Zakaria dan Maylonn sibuk mengambil lauk masing-masing. Dalam pada sibuk menjamu selera, Encik Zakaria menyiku tangan isterinya untuk bercakap sesuatu. Maylonn hanya memandang dengan hairan.

"Maylissa sayang, Lissa sibuk tak esok? Papa ajak kita pergi shopping esok. Kan dah lama kita tak keluar sama-sama," kata Puan Mariam sambil memandang anak gadisnya dan begitu juga Encik Zakaria.

"Oloh, sorry ah. Esok saya sibuk sikit. Ade class agi pastu ade nok siapkan group assignment. Lain kali je laa."

"Lissa, lama dah kita tak keluar bersama. Balik lah awal sikit. Kalau tak boleh keluar pagi, kita keluar petang tak pun malam. Boleh lah, Lissa," rayu Encik Zakaria sambil memandang Maylonn.

"Tengok ahh lu gane-gane tapi dok janji ehh. Kalau boleh settle awal, saya balik awal ahh," kata Maylonn sambil memandang pelik ke arah lelaki itu. Encik Zakaria mengangguk sambil tersenyum. Pelik.

"Pelik orang tue ni, baik semacam je. Mesti ade mende ni. Ke menang spin?" bisik hati Maylonn yang masih kebingungan akan sikap lelaki itu.

Mereka pun menikmati makanan masing-masing. Selepas selesai, mereka pun menuju ke bilik lalu membuat hal masing-masing.

Semua pelajar mula menuju ke bilik kuliah masing-masing untuk meneruskan pembelajaran yang seterusnya. Maylonn dan Hasif pula berjalan menuju ke arah dewan kuliah kecil bagi menghadiri kelas Sir Safwan. Hasif memulakan perbualan dengan Maylonn.

"Bila result ujian DNA tu keluar?"

"Dok ahu agi. Dia kabo kalau dapat doh result, pihak hospital call ahh."

"What's your feeling?"

"Dok ahulah weii. Kadang mari gop rase takut ho, kadang tu rase excited gop nok tahu. Entoh ahh. Aku seroh pade takdir jelah sekarang ni."

"Takpe, Maylonn. Saya akan selalu support dan ada di sisi awak."

"Sapa bile-bile pun walaupun Maylissa mari mule?"

Kata-kata itu membuatkan Hasif diam membisu. Dia pun tiada jawapan untuk soalan tu. Boleh ke dia dan Maylonn bersama-sama seperti sekarang kalau Maylissa dah kembali. Kusut dibuatnya. Maylonn ketawa melihat muka Hasif yang mula berubah apabila mendengar ayat yang keluar dari mulutnya.

"Weii, aku gura jelaa. Dak yoh ahh serius ngat. Aku tahu nanti mu mesti kene ade kat sisi Maylissa dan aku pulok hidup ngan Alex. So, yay! Dak yoh carelah soalan aku tu," kata Maylonn sambil menumbuk lengan Hasif dan tersenyum hampa.

"Haah, betul juga tu," kata Hasif seakan terpaksa setuju.

"Ho, sebelum aku lupa. Pah settle semue, ator aku balik lalu eh sebab aku nok kuor ngan mok cik, pok cik."

"Tak jadi lepak lah ni?"

Maylonn hanya menggeleng lalu mereka pun meneruskan berjalan sampai ke dewan kuliah. Mereka menjalani hari mereka dengan mencari seberapa banyak ilmu untuk memenuhi di dada.

Zhafkal dan Jaffar sedang meluangkan masa bersama di sebuah cafe dan terlihat dua cawan coffee dihidangkan di atas meja. Mereka mula menikmati air masing-masing.

"Zack, semalam aku dengor bos nangis wei. Pelik giler," kata Jack yang sedang memulakan perbualan.

"Mende yang peliknya?"

"Dok ahh, kite kenal kan bos guane. Bos bukan mudoh-mudoh nok nangis. Last dia nangis mase arwah King ninggal ahh. Pastu, susoh doh nok tengok bos nangis."

"Mu ni mende gini pun nok mikir. Bos kan manusia, bile-bile mase dia boleh nangis."

"Mu ni dok paham, Zack. Aku koh lame rase pelik ngan bos ho. Boleh dia tanya pasal diri dia marin. Macam orang lain weii."

"Kalau betul pun dia bukan bos kite. Aku rase dia dok membahayakan pun. Mu dak yoh risau ahh."

"Guane kalau ni agenda Cobra je. Bukan dok ahu dari dulu agi dia dok puas hati ngan kebahagiaan King. Kawan baik dok kawan baik. Kadang orang yang rapat ngan kite ni, semue ade makne. Ade muslihat tersendiri."

Zack hanya tergelak melihat sahabatnya itu bersungguh-sungguh bercakap.

"Mu ni, bakpe? Gelok-gelok, aku serius ni," kata Jack lalu tangannya laju memukul bahu Zack.

"Lek ah. Mu ni dang serius, serius betul tapi dang main, amboi sedak mulut nyakat orang."

"Doh bende betul. Aku serius ni. Aku risaukan bos je."

"Mu dak yoh risau ahh. Macam dok kenal bos guane. Bos tu lebih terer daripada Jackie Chan, lebih bijok daripada Albert Einstein. Aku yakin bos boleh uruskan."

"Amboi, mu angkat tinggi ngat bakul bos tu. Kembangkan saing dengor," kata Jack sambil tergelak.

Zack hanya tersenyum dan otaknya tak lekang memikirkan gadis itu. Risau sangat seperti kekasih hati dia pula.

❤❤

C O M M E N T  *  V O T E

💗💗

*loghat terengganu vs melayu

1. Gane/Guane - Macam mana
2. Mende - Sesuatu
3. Kabo - Cakap
4. Gop - Juga
5. Sapa - Sampai
6. Dak yoh - Tidak perlu
7. Pah - Selepas
8. Pastu - Selepas itu
9. Koh - Semakin
10. Bakpe - Kenapa
11. Dang - Kalau

💗💗


Kalau ada perkataan Terengganu yang tak faham, boleh komen ya. Takut-takut ada yang tertinggal. Enjoy!  💖


M A Y L I S S A  M A Y L O N NWhere stories live. Discover now