Kisah 45

3 1 0
                                    

Pagi yang indah berserta cuaca yang cerah berkilau. Maylissa dan Maylinna sudah siap sedia untuk keluar bersiar bersama-sama dan diikuti oleh Aliff Zafril yang masih di dalam bilik. Terlihat sebuah kereta terletak di depan pagar rumah.

"Macam kenal je kete. Macam kete Hasif. Adik kabo molek, adik ade ajok Hasif ke mari umah?" kata Maylonn sambil memandang adiknya yang sedang memakai kasut.

"Kak, janganlah pandang Lissa macam tu. Lissa tak ajak pun. Lissa pun pelik macam mana Hasif boleh ada sini. Siapa bagitahu?" kata Maylissa lalu bangun selepas siap memakai kasut.

"Aku yang ajok. Thanks me later," kata Alex sebaik sahaja mendengar perbualan dua gadis itu lalu menuju ke arah kereta itu.

"Alex!" panggil Maylonn dengan nada kuat.

"Aku kabo doh kan thanks me later. Jom ahh, naik sekali ngan Hasif," kata Alex sambil menoleh ke arah gadis itu yang masih tercegat di hadapan pintu rumah.

"Akak, ikut jelah. Jom," kata Maylissa sambil menarik tangan kakaknya masuk ke dalam kereta dan Maylonn hanya menuruti dengan wajah yang cemeruk.

Setelah semua masuk ke dalam kereta, Hasif pun mula memandu ke tempat destinasi mereka. Sekali-sekala pandangannya teralih ke arah Maylonn yang terlihat di cermin depan. Dia hanya tersenyum lemah mengingati keakraban mereka berdua dulu.

Selepas selesai berjalan di sekitar pusat mall, mereka pun mula beralih menuju ke taman kesukaan mereka. Hasif saja membawa mereka ke sana supaya dia dapat meluangkan masa dengan Maylinna dan Alex dengan Maylissa.

Sesampainya di sana, Hasif mengekori Maylinna dari belakang yang menuju ke arah tasik. Manakala, Alex dan Maylissa duduk di bangku tidak jauh dari mereka berdua.

"Maylonn, awak okay?" kata Hasif yang cuba memecahkan kesunyian di situ dan menghentikan lamunan gadis itu.

"Bile mase mu ade sini? Dok perasan lok. Aku, aku okay je. Bereh je. Bakpe?" kata Maylonn seakan terkejut dengan keberadaan Hasif di situ.

"Awak ni, dari tadi lagi saya ikut awak. Jauh sangat awak termenung ni. Kenapa? Ada masalah ke? Ceritalah dengan saya."

"Masaloh? Tak dok ahh. Aku bereh jelah. Dak yoh risau. Mu tu kene mikir pasal mu lu sebelum nok mikir pasal orang lain. Mikir kesihatan mu, keselamatan mu. Mende tu penting lagi."

"Maylon, pandang saya. Saya tahu awak tak okay," kata Hasif sambil memandang Maylonn lalu membuatkan Maylonn menghadapnya.

"Amende mu ni? Aku okay jela," kata Maylonn lalu mengalihkan pandangannya ke tasik kerana tidak selesa dengan tindakan Hasif.

"Okay, sorry. Kalau saya ada buat salah, cakaplah. Saya betulkan. Tak bestlah kita macam ni. I'm really miss you. Ke awak tak selesa sebab saya confess dekat awak?"

"Mende, Sif? Rindu, cinta bagai. Ngaruk je. Kite baru je kenal, dok kan dah tangkap cinta ngan aku. Macam ni ahh, aku cume tak boh wujud saloh paham je antara kite. Kalau wujud pun perasaan sayang lam hati aku tuk mu, maybe just as friend. Dak yoh berharap lebih weii. Aku tak boh mu terluke sebab orang sebaik mu dok layok disakiti. Aku tak boh wi mu harapan."

"Saya tak tahu apa yang awak fikir dan rasa. Saya tak faham apa yang awak cuba lakukan. Tapi satu perkara awak perlu tahu yang perasaan sayang ni takkan terpadam. Mahu seribu tahun saya kena tunggu supaya awak cintakan saya, saya akan tunggu. You know why? Because I'm really really love you and just only you. That's all," kata Hasif lalu pergi meninggalkan Maylonn begitu sahaja.

Maylonn hanya terpaku membisu mendengar luahan ikhlas oleh lelaki itu. Matanya mula berkaca namun ditahannya. Dia pun tak faham kenapa terlalu tinggi egonya. Susah betul nak mengaku yang diri tu pun dah sayang.

Mereka hanya menyaksikan dari jauh perbualan Hasif dan Maylonn tanpa memulakan kata. Alex sekali-sekala memandang Maylissa yang berada di sisinya.

"Awak ni dah kenapa? Dari tadi main pandang-pandang. Saya cucuk biji mata baru tahu," kata Maylissa sambil menunjukkan tangan yang ingin mencucuk mata lelaki itu.

"Nok tengok buah hati aku pun saloh ke?" kata Alex sambil memandang Maylissa.

"Buah hati awak bukan dekat sini tapi tu dekat sana. Pandanglah sana."

"Dok paham betul aku ngan mu dua beradik ehh. Maylonn tak boh ngan Hasif sebab dia mikir mu ngan Hasif. Jadi tak bohlah rapah sedangkan mu tahu yang mu tak dok mende pun ngan Hasif. Pastu mu pulok tak boh ngan aku sebab mikir aku ngan May ade relay agi sedangkan Maylonn sendiri bereh aku ngan mu. So, mende cite ni?"

"Takdelah, saya cuma tak nak rampas sesiapa. Saya sayangkan kakak saya. Awak kenalah faham."

"Mane ade rapah sape-sape. Gini ahh, aku rase mu dua beradik kene clear otak sek mu ni. Biar mikir perasaan sek aku gop yang aku suke mu dan Hasif suke Maylonn. Ni dok, sek mu tahu nok mikir perasaan sek mu jelah," kata Alex sambil melepaskan keluhan dan Maylissa hanya menunduk lalu membisukan diri.

"Lissa, jangan sapa sek aku tawor hati baru tahu nok terhegeh-hegeh. Hargai selagi masih ada dan berjuang bukan hargai selepas terluka lalu terbuang," sambung Alex lagi lalu pergi meninggalkan Maylissa.

"Alex," panggil Maylissa dengan nada perlahan sambil melihat lelaki itu berlalu pergi.

Keluhan berat dilepaskan olehnya tanda ingin melepaskan segala beban yang ada. Susah juga ya nak jaga hati semua pihak ni. Sayang tapi takut akan lukakan hati sesiapa. Tapi hati siapa akan terluka kalau masing-masing ada pilihan hati yang berbeza? Roy kau ego roy, tiber HAHAHA.


❤❤

C O M M E N T  *  V O T E

Memandangkan loghat Terengganu ni banyak ulang je, aku assume korang faham doh. Kalau ada perkataan Terengganu yang tak faham, boleh komen ya. Enjoy!  💖

M A Y L I S S A  M A Y L O N NWhere stories live. Discover now