Kisah 47

3 1 0
                                    

Pada malam itu juga, dua jejaka itu sibuk mundar-mandir memikirkan sesuatu. Hasif yang mula kepenatan lalu duduk di atas katil sedangkan Alex masih ligat memikirkan idea yang bernas.

"Keras betul hati dorang. Dah terang lagi bersuluh kita suka orang yang berbeza. Ego betul. Tak pernah aku jumpa perempuan seego Si Maylonn tu," kata Hasif yang mula meriuhkan keadaan.

"Maylonn memang gitu. Dok mudoh dia nok kabo dia suke kat orang. Mase dia ngan aku, dak yoh mimpi ahh nok dengor dia kabo I Love You, aku sayang mu. Memang tak dok ahh. Sebab kasih sayang dia ho tuk sorang laki je iaitu abah dia. Mu kene pandai ahh tackle dia," kata Alex yang mula menyandar pada meja.

"Nampak lah dia macam tak berminat. Aku takkan mengalah selagi dia tak cakap dia tak suka aku. Kau pun jangan putus asa juga dengan Lissa. Kalau boleh kita naik pelamin sama-sama."

"Ini Alex ahh. Memang dok ahh aku nok give up gitu je. Takpe, ade mase agi nok wak sek dia sedar yang dia suke kita."

"Nampak muka dorang macam bersalah bila kita tak cakap sangat dengan dorang."

"Biar sek dia. Kite kene ajor gop sekali-sekala," kata Alex sambil tersenyum apabila teringat reaksi dua budak perempuan itu.

Mereka pun mula berbaring dan mengatur mimpi yang indah. Mereka takkan berhenti mencari cara untuk dapatkan pujaan hatinya. Biarlah jalan yang berduri, sanggup dilalui. Biarlah lautan berapi, sanggup direnangi. Semua demi cinta.

Pada hari yang seterusnya, seperti yang dimaklumkan bahawa peguam wasiat akan menemui waris keluarga Dato' Sri Khairul Nizam untuk membincangkan tentang harta. Maylinna sudah sedia menunggu di ruang tamu rumahnya dan tidak lama selepas itu, peguam tersebut pun datang.

"Jemput duduk," kata Maylonn lalu bangun sambil menunjukkan tempat duduk kepada peguam tersebut.

"Terima kasih," katanya.

"Okay, tanpa membuang masa saya teruskan sahaja membaca wasiat dan memberikannya kepada Cik Maylinna," sambung peguam itu lagi setelah duduk dengan selesa di atas sofa yang empuk itu.

"Jap, saya dok paham. Ada yang dok kena ni. Bukan ke wasiat akan dibaca kalau semua pewaris ada. Dok cukup orang lagi ni," kata Maylonn yang mula kehairanan.

"Maafkan saya, Cik Maylinna. Setahu saya hanya Cik Maylinna sahaja pewaris arwah Dato' Sri Khairul Nizam. Cik Maylinna merupakan pewaris tunggalnya. Dan wasiat ini akan dibaca apabila usia Cik Maylinna sudah capai 21 tahun."

"Guane saya je pewaris abah? Saya dokleh terime semua ni sebab abah ade pewaris lain."

"Saya faham maksud awak, Cik Maylinna tapi ini sudah menjdi keputusan arwah. Sebab arwah terlalu yakin bekas isterinya tak kembali lagi kepadanya. Jadi, saya sendiri pun tak mampu halang keputusannya. Maylinna terima jelah semua harta ni. Kalau Maylinna nak agihkan kepada orang lain, itu dah menjadi hak Maylinna sendiri selepas mendapat harta ini."

Maylonn hanya mengangguk lemah tanda setuju semuanya dan wasiat itu telah jatuh sepenuhnya ke tangan Maylinna. Peguam itu juga menghulurkan sampul surat kepada Maylonn dan disambut dengan baik.

Alex, Zack dan Jack hanya memandang ke arah Maylonn yang terlihat lesu memikirkan sesuatu. Mereka menghampiri Maylonn setelah peguam itu pergi meninggalkan Maylonn seorang diri.

"May, mu okay dok ni? Mu dak yoh risaulah. Aku yakin mok mu ngan Lissa mesti paham punye. Nanti agih ahh pulok macam yang peguam tu kabo," kata Alex yang berada di sebelah Maylonn sambil memandangnya.

"Aku okay. Aku naik lu," kata Maylonn sambil tersenyum hampa ke arah tiga lelaki itu lalu menuju ke biliknya.

"Bakpe abah wak gini? Abah ingat Linna nok ngat ke harta abah kalau abah sendiri pun tak dok ngan Linna. Harta ni dok bernilai pun kalau tak dok abah," bisik hati kecil Maylonn yang seakan menelan hempedu.

Aku tak marah kalau abah nak rahsiakan identiti aku yang sebenar tapi hati aku mula terguris sebab abah sanggup buang keluarga sendiri. Kenapa, bah?

Malam itu, gadis itu hanya terkurung membisu di dalam bilik. Dikuncinya pintu dan tidak ingin makan untuk seketika waktu. Tolong bagi ruang.

Maylonn menyampai sampul surat yang berada di atas meja lalu membukanya. Cantik tulisan itu. Ya, milik Sang Heronya. 'Anakku, Linna', ayat itu di tulis pada permulaan kata.

'Assalamualaikum, anak abah. Maylinna Sofea. Genap usia Linna 21 tahun. Mungkin bila mana Linna membaca surat ini, sudah pasti abah telah tiada di sisi Linna. Abah minta maaf sebab banyak perkara telah abah rahsiakan kepada Linna. Tiada niat abah untuk melakukannya cuma abah takut kehilangan Linna. Linna satu-satunya jantung hati abah. Pokok yang meredupkan kelam abah. Abah sayang Linna setulusnya dan seikhlasnya.

Tujuan abah tulis surat ini hanya ingin menyatakan hal sebenar. Siapa keluarga Linna yang seutuhnya. Dia adalah abah sendiri. Abah tak berdaya menceritakannya secara lisan jadi abah wartakan dalam kata di dalam surat ini. Tiada niat abah nak tipu Lissa tentang sebenarnya. Abah cuma takut Linna tinggalkan abah sepertimana mama Linna tinggalkan abah tanpa mendengar keluhan abah.

Abah kecewa dengan dia kerana dia lebih percayakan orang luar berbanding lelaki yang sudah menikahinya. Abah sebenarnya tak nak Linna mencari dia sebab bagi abah, dia tiada hak untuk tahu kewujudan Linna. Tapi andaikata, ikatan anak dan ibu itu kuat pasti kalian akan berjumpa semula. Abah pasrah kalau itu yang bakal terjadi. Linna jagalah mama dengan sebaiknya, hormatilah dia dan sayangilahnya sepertimana Linna mencintai abah.

Linna juga mempunyai kembar. Maylissa Safiah namanya. Abah tak sempat jumpa dengannya dan mungkin sehingga menutup mata ini. Jadi, abah nak Linna sampaikan ini kepadanya. Abah sayang sangat dengan Maylissa. Korang berdua adalah anugerah terindah untuk abah dan mama. Jaga mereka untuk abah, Linna.

Abah minta maaf sekali lagi, Linna. Jaga semuanya baik-baik ya, malaikat kecil abah. Abah sayang Linna melebihi segalanya. Jangan nangis-nangis tau. Abah pergi dulu, sayang.

Abah.''

Air matanya tidak henti-henti mengalir apabila surat itu dibaca. Dia dapat merasakan keikhlasan kata maaf dari seorang ayah. Linna pun sayang abah.

❤❤

C O M M E N T  *  V O T E

Memandangkan loghat Terengganu ni banyak ulang je, aku assume korang faham doh. Kalau ada perkataan Terengganu yang tak faham, boleh komen ya. Enjoy!  💖


M A Y L I S S A  M A Y L O N NWhere stories live. Discover now