Kisah 17

1 1 0
                                    

***

Kedengaran bunyi kereta yang sedang masuk ke halaman rumah Dato' Sri Khairul Nizam. Pemilik kereta itu datang ke situ selepas menerima panggilan telefon daripada pemilik rumah itu.

"Ade nape King nok jupe ni?" kata Alex sebaik saja sampai di rumah banglo itu lalu duduk.

"Aku dok ahu bile ajal aku sapa. Jadi, kalau jadi nape-nape ke aku, tolong jaga anak-anak aku. Jaga Maylonn molek. Jangan wi Cobra kacau Maylonn. Tolong aku, Alex."

"King, mu dok suruh pun aku tetap akan jaga May. Aku sayang dia macam adik aku doh. Mu dak yoh risau," kata Alex sambil memegang bahu King sambil tersenyum. King membalas senyuman itu.

Hanya Aliff Zafril yang dia percayai. Anak muda yang sentiasa menjadi tulang belakang dia dan anaknya. Siapa lagi dia mahu harapkan kalau bukan Alex.

***

"Anak-anak? Mende maksud King? Bakpelah aku dok sedor dari dulu?" bisik hati Alex menanyakan tentang kata-kata King sebelum dia meninggal.

"May ade adik-beradik yang lain ke? Care King kabo macam sesuatu giler. Gane kalau yang Maylissa ngan Maylonn ade kaitan. Gane kalau King yang pisohkan dorang dari kecik. Aduh, pelik otok aku mikir," kata Alex selepas berjaya memahami kata-kata King.

Maylonn dari semalam termenung memikirkan semua kenyataan yang dikeluarkan oleh Puan Mariam. Dia ulang-alik di dalam biliknya sambil memikirkan sesuatu.

"Guane kalau aku ni memang anok kandung Mok Cik Mariam? Tapi dok kan lah aku nok main ngaku je, mesti dia dok caye. Kalau aku kabo ke Hasif, mesti dia pun dok caye. Hm, aku kene cari bukti ni."

"Ha, aku ade idea," kata Maylon sebaik sahaja mendapatkan idea.

Tanpa membuang masa, dia pun mengintai di sekeliling rumahnya dengan menjengukkan sedikit kepala di luar biliknya. Dia memandang tepat ke arah bilik Puan Mariam yang tidak jauh dari biliknya. Dia memberanikan diri mendekati bilik tersebut.

Dengan perlahan-lahan, dia membuka pintu bilik itu lalu masuk. Maylon menuju ke meja solek lalu mencari sesuatu. Dia dengan pantas mengambil apa yang diingini lalu keluar dari bilik itu. Tanpa disedari Encik Zakaria sedang menuju ke arah biliknya.

"Kau buat apa ni?" tanya Encik Zakaria apabila melihat Maylon keluar dari biliknya.

"Ha, dok ni. Mende ni?" kata Maylonn sambil tergagap-gagap.

"Apa, apa? Kau mencuri eh? Apa kat tangan kau tu."

"Mende ngaruk ni,saya dok curi ahh. Saya cari Mok Cik Mariam je. Takpelah, kalau dia tak dok," kata Maylonn lalu pergi namun dihalang.

"Mari sini tangan, aku nak tengok," kata Encik Zakaria sambil menarik tangan Maylonn yang diletakkan di belakang punggungnya. Namun tindakannya itu dihalang oleh Puan Mariam. Dengan pantas, Maylon melarikan diri di belakang Puan Mariam.

"Apa abang buat ni?"

"Mana ada abang buat apa. Dahlah, abang masuk bilik dulu," kata Encik Zakaria lalu dia sempat melihat Maylonn menjelir ke arahnya.

Encik Zakaria pergi dengan perasaan geram. Manakala, Maylonn meminta diri untuk masuk ke dalam biliknya selepas memberitahu dia mencari wanita tua itu untuk meminta izin keluar.

Maylonn menarik nafas lega selepas berjaya melepaskan diri daripada lelaki tua itu. Dia kembali tersenyum apabila melihat apa yang dia dapati. Kebenaran akan terbongkar tidak lama lagi. Dia sudah bersedia dengan segala kemungkinan.

Pada waktu petang yang disinari mentari indah, Zhafkal Aqiez meluangkan masanya dengan berjoging di sekitar rumahnya. Selepas beberapa pusingan, dia mencari bangku untuk berehat seketika. Tanpa menduga, dia terlihat Aliff Zafril bersenam tidak jauh dari tempatnya duduk. Dia pun berjalan mendekati.

"Tuan Alex, dok sangka lok jupe sini."

"Eh, Zack. Mu wak mende sini?" kata Alex sambil bersalam versi anak muda sekarang.

"Joging ah Tuan, ape lagi. Saya tengok Tuan ni macam ade masaloh je. Tuan bereh dok ni?"

Alex membalas dengan senyuman lalu mengajak Zack duduk di bangku. Dia minum air mineral sebelum berkata-kata.

"Aku dok ahu ahh nok kabo gane ke mu. Sejak dua menjak ni, aku banyak teringat pasal King. Perbualan aku ngan dia."

"Bakpe ngan King?"

"Aku rase King ade rahsiakan mende ahh ngan kite especially pasal Maylonn. Bukan aku nok tuduh ke nok reka cite ke cume aku rase ade yang dok kene pasal Maylonn."

"Maksud, Tuan Alex?"

"Aku dok ahu gop nape yang aku pikir ni betul ke dok cume aku yakin firasat aku dok saloh. Aku rase Maylonn ade family agi."

"Dok mungkin ahh Tuan sebab King sendiri kabo dia ambik Maylonn mase kecik agi dan mok dia ninggal mase beranok kan Maylonn."

"Tu yang aku pelik. Dakpelah Zack, aku je kut mikir bukan-bukan. Mu abaikan jela nape aku kabo. Nape yang penting sekarang ni, kite jaga Maylon molek-molek macam yang King nok," kata Alex sebelum pergi meneruskan senamannya.

Zack hanya melihat Alex melangkah pergi dan pada masa yang sama, dia memikirkan semua yang dikatakan oleh Alex. Dia hanya melepaskn keluhan kecil dan cuba melupakan semuanya. Dia meneruskan jogingnya sambil mendengar lagu bagi menghilangkan seketika tanda tanya tersebut. Terlalu pening memikirkan sesuatu yang penuh dengan tanda tanya namun tiada jawapannya.

❤❤

C O M M E N T  *  V O T E

💗💗

°Loghat Terengganu vs Melayu°

1. Bakpe - Kenapa
2. Ngan - Dengan
3. Gop - Juga
4. Dak yoh - Tidak perlu
5. Wi - Bagi
6. Lok - Pula

💗💗

Kalau ada perkataan Terengganu yang tak faham, boleh komen ya. Takut-takut ada yang tertinggal. Enjoy!  💖

M A Y L I S S A  M A Y L O N NWhere stories live. Discover now