Kisah 23

1 1 0
                                    

Beberapa hari telah berlalu dan pada hari ini, Maylonn mendapat panggilan daripada pihak hospital yang menyatakan keputusan ujian DNA itu telah keluar. Dengan pantas, dia menghubungi Hasif dan pergi ke hospital bersama Hasif.

Sesudah sampai ke hospital, Maylonn hanya ingin masuk seorang diri. Dia masuk ke dalam hospital itu dengan pelbagai perasaan. Semua ada. Takut. Gementar. Excited.

Selepas beberapa minit kemudian, Maylonn keluar dari hospital itu lalu masuk ke dalam kereta. Dia hanya melemparkan senyuman dan Hasif membawa Maylonn ke tempat biasa iaitu taman.

"Ambik ahh, tengok. Aku tahu mesti mu pun nok tahu ngat pasal keputusan ni," kata Maylonn apabila telah duduk di atas bangku di sekitar taman itu sambil menghulurkan sampul yang berisi keputusan ujian DNA itu.

Hasif mengambilnya lalu mengeluarkan isinya. Alangkah terkejutnya dia melihat keputusan tersebut lalu memandang Maylonn dengan senyuman. Hasif pelik kerana Maylonn seakan tidak gembira.

"Awak macam tak happy je. Patutnya awak gembiralah sebab awak dah jumpa ibu kandung awak."

"Dok, bukan nape. Bukan aku dok happy, Sif. Cume kenyataan pahit ni aku kene telan."

"Maylonn, saya yakin abah awak tipu awak bersebab. Dia mungkin takut kehilangan awak.

"Aku dok lari ehh. Mende ni ahh paling aku takut kali, perasaan benci, maroh kat abah tapi dalam mase yang same, aku dokleh weii. Aku dok kuat sebab sayang aku kat abah melebihi segalanya. Tapi dalam ni weii sakit gop, aku tetap rase kecewa. Bakpe dia sanggup nipu aku gini?" kata Maylonn lalu tiba-tiba air matanya mengalir dengan lajunya. Kecewa mat apabila orang ynag kita sayang tipu kita hidup-hidup.

"Sabarlah, Maylonn. Percayalah, abah awak buat semua ni bersebab. Saya yakin dia sayangkan awak sangat-sangat," kata Hasif sambil mengosok belakang bahu Maylonn.

"Mu tahu dok selain kesetiaan, bagi aku kepercayaan dan kejujuran tu penting ngat. Kejujuran. Jujur ngan aku pasal semue bende, lebih-lebih lagi pasal hidup aku. Kepercayaan. Caye ngan aku yang aku dok akan wak mende yang boleh hancurkan hati sape-sape especially dia."

Hasif hanya memandang Maylonn dengan perasaan simpati agar dapat sentiasa mampu memberi kekuatan kepada gadis itu. Nak hadap semua ni sorang-sorang bukan mudah. Sekuat apa pun dia, dia tetap manusia yang akan ada perasaan sedih dan memiliki titik lemah. Be strong, girl!

Aliff Zafril melangkahkan kakinya ke gudang milik kawan baik ayah angkatnya. Dia berjalan sambil memerhati dan mencari sesuatu di sekeliling gudang itu.

"Tuan Alex," sapa seorang lelaki yang berkerja di gudang itu sambil bersalaman dengan Alex.

"Tuan wak nape sini? Ade mende ke?" tanya lelaki itu yang hairan melihat Alex tercari-cari sesuatu.

"Eh, tak dok mende pun. Aku nok jupe Cobra je. Dia ade?"

"Maaf ahh, Cobra tak dok sini. Dia jarang ngat mari sini. Kalau ade mende penting baru dia mari tengok. Bakpe?"

"Ouh, tak dok mende pun. Doh dakpe ahh. Aku mari pun nok jupe dia je. Kalau tak dok, bereh ahh."

"Kalau ade mende, kabo jela. Nanti aku roger ahh ke dia."

"Eh, dakpe ahh. Lain kali ahh. Maseh, bro. Aku gerok lu," kata Alex lalu pergi meninggalkan lelaki itu.

Dia memasuki kereta dan beredar dari situ. Dia mengambil telefon bimbitnya lalu mendail nombor seseorang. Beberapa saat kemudian, panggilannya di angkat oleh seseorang dan earphone dipasangkan pada telinga.

"Mu wak mende tu? Jom kuor."

"Malaslah. Lain kali jelah."

"Ah, mu dak yoh banyok songeh. Mu siap je, malam karang aku gi ambik mu."

"Dia ni, kalau tahu nak paksa. Tak perlulah acah-acah tanya. Dahlah, bye!"

Panggilan pun dimatikan. Alex hanya tersenyum mendengar coletah gadis itu. Suka sangat mengusik. Mentang-mentanglah Maylissa bukan Maylonn. Semua benda nak buat gurau.

Setelah sampai kehadapan rumah, Maylonn melihat Puan Mariam sibuk memasak di dapur. Dia dengan pantas memeluk wanita itu dari arah belakang dengan perasaan rindu dan sayang. Puan Mariam menarik Maylonn kehadapannya sambil memandang dengan tanda tanya.

"Kenapa ni, sayang? Ada masalah ke?  Lissa gaduh dengan Hasif ke?" tanya Puan Mariam bertalu-talu namun hanya dibalas dengan gelengang yang lemah.

"Dah tu, kenapa? Ceritalah, mama sudi dengar."

"Linna cuma rindu mama," kata Maylonn sambil memeluk ibunya lalu pergi tanpa sempat mendengar balasan ibunya.

"Linna? Salah dengar kut," bisik hati Puan Marian yang kehairan apabila mendengar nama itu disebut.

Dia cuba mengabaikan apa yang didengarinya lalu memasuk semula. Nama itu tergiang-ngiang di dalam kepalanya. Dia melepas keluhan lemah. Terasa lain pelukan itu. Pelukan kerinduan daripada seorang anak.

❤❤

C O M M E N T  *  V O T E

💗💗

*loghat terengganu vs melayu

1. Nape - Apa
2. Bakpe - Kenapa
3. Gop - Juga
4. Pasal - Tentang
5. Roger - Bagitahu
6. Lu - Dulu
7. Songeh - Alasan

💗💗

Kalau ada perkataan Terengganu yang tak faham, boleh komen ya. Takut-takut ada yang tertinggal. Enjoy!  💖



M A Y L I S S A  M A Y L O N NWhere stories live. Discover now