Kisah 31

1 1 0
                                    

Puan Mariam dan Maylonn sedang menjamu hidangan untuk makan malam. Seperti biasa, Puan Mariam pasti memasakkan Nasi Goreng Kampung Telur Mata iaitu kesukaan anak gadisnya itu. Hanya mereka berdua makan malam manakala Encik Zakaria tidak pulang lagi dari pagi tadi.

"Mama, saya nok tanye sikit boleh?"

"Lissa, mama nak tanya boleh?"

Mereka berdua bertanyakan soalan yang serupa secara serentak sambil berpandangan antara satu sama lain.

"Maylissa tanyalah dulu," kata Puan Mariam mendahulukan Maylonn untuk bertanya.

"Ma, saya tak boh nyibuk pun pasal urusan mama ngan papa tapi saya cume pelik je. Papa gi pagi pastu balik malam dokpun mesti balik esok pagi. Keesokan tu mesti duk relax umah pulok. Dok mende pun cume nok tahu papa keje nape benornya?"

"Sebenarnya, mama pun tak tahu sangat. Mama pernahlah juga tanya soalan sama tapi papa macam tak nak bagitahu. Dia cakap ada buat business dekat negeri lain. Jadi kena ulang-alik sebab itulah pergi awal pagi dan balik lewat malam. Kenapa ya, Lissa?"

"Dok ahh, saya cume tertanya-tanya. Pelik sikit tapi bile mama kabo gitu, rase logik ahh sikit."

"Aku tetap rase ade mende dok kene pasal Pok Cik Zakaria ni. Ade mende dia sorok ni," bisik hati kecil Maylonn yang masih yakin akan andaiannya.

"By the way, mama nok tanye nape tadi?" sambung Maylonn lagi selepas dia teringat semula yang ibunya ingin bertanyakan sesuatu.

"Takde apalah. Mama lupa dah. Lain kali kalau mama ingat, mama tanya Lissa," kata Puan Mariam sambil tersenyum memandang Maylonn.

Maylonn hanya mengangguk tanda okay dan meneruskan makan malam mereka. Ada sesuatu yang bermain difikiran Puan Mariam tapi belum masanya ingin dikatakan. Pasti sesuatu yang penting.

Sebuah kereta berwarna hitam berhenti berhampiran rumah banglo yang terisinya subjek penting. Tiga konconya Cobra sibuk memerhati dari jauh dan terlihat sebuah kereta milik Aliff Zafril masuk ke kawasan rumah tersebut.

"Mu rase bile kite boleh culik Cik Maylonn?" kata lelaki yang bernama Dol merupakan pemandu kereta tersebut.

"Aku rase kite usha lu. Dokleh gop nok main rembat je, dok saje kene katok ngan Alex," balas lelaki yang bernama Roy sambil menghisap rokok.

"Aku sokong nape Roy kabo ho. Mu dok dengor ke nape Alex kabo ke bos ho. Kalau dia tahu kite bersubahat ngan Cobra, mampus kite," kata seorang lagi konco Cobra yang paling pengecut.

"Eh mu ni, tahu nakut nok join gop. Aku tahu nape yang patut kite wak. Biar lu sek ye bersenang-lenang. Sapa mase, kite kasi settle," kata Roy sambil menghabiskan rokoknya.

Dol pun membawa keretanya pergi dari situ. Belum tiba masanya untuk menculik gadis itu. Rancangan perlu diatur dengan baik supaya tidak tersalah langkah.

Bunyi deringan panggilan telefon telah menganggu tidur Maylonn yang sudah hampir dibuai mimpi. Tangan kanan Maylonn menyampai telefon yang berada di atas meja lalu mengangkatnya dalam keadaan mamai.

"Maylonn, awak dah tidur ke? Saya ganggu ke ni?" kata Hasif yang sedang berbaring di atas katilnya.

"Hasif, mende ni. Malam-malam bute call orang tengoh tido. Pastu boleh lok tanye ganggu ke? Ganggu ahh, Hasiff woii," kata Maylonn dengan nada yang geram tapi masih menutup mata.

"Alah, sorrylah. Saya ingatkan awak tak tidur lagi sebab baru pukul 11. Takpelah kalau awak nak tidur, good night. Sorry tau ganggu."

"Hm, ade mende call ni? Aku sedor doh ni. Cepat ahh," kata Maylonn lalu menyandarkan badannya di kepala katil sambil mengosok matanya.

"Takde apa yang penting pun cuma seharian kan kita tak jumpa. Rasa lain bila tak jumpa awak. Kalau jumpa, ada je lawak awak. Tak bestlah cuti sem ni."

"Wahai Encik Hasif Mikaely, mu kabo jelaaa mu rindu aku. Dak yoh nok dalih situ dalih sini."

"Mana ada, memandai je awak ni. Kita kan selalu bersama bila tak jumpa tu rasa lainlah. Takde rindu-rindu pun."

"Haishh, kut mu ahh. Ade mende agi ke nok kabo? Aku nok sambung tido lok ni."

"Macam mana pasal Uncle Zakaria tu? Dah tanya aunty?"

"Tanye doh tapi aku dok puas hati ahh. Aku rase memang ade dok kene ngan Pok Cik Zakaria ho. Ade mende dia nyorok daripada mama."

"Awak ada bukti ke?"

"Memang ahh aku tak dok bukti tapi firasat orang puan mane pernoh saloh. Takpe, kebenaran tu mesti terbongkar gop."

"Awak ni sempat lagi buat lawak," kata Hasif sambil ketawa mendengar kata-kata Maylonn.

"Eh eh dia ni. Aku sepakkang baru tahu. Doh ahh aku nok tido doh. Good night," kata Maylonn lalu mematikan panggilan tanpa menunggu balasan daripada Hasif.

"Alah, merajuk pula. Dah kelakar, aku gelaklah. Garang tapi nasib baik comel," kata Hasif sambil meletakkan telefonnya di tepi bantal lalu memeluk bantal peluk dengan tersenyum sendirian.

Maylonn meneruskan tidurnya yang tertunda tadi disebabkan Hasif. Dia agak penat kerana seharian melaksanakan assignment individu tanpa berehat selain solat dan makan. Penat betul tu.

❤❤

C O M M E N T  *  V O T E

💗💗

*loghat terengganu vs melayu

1. Takboh - Tidak Mahu
2. Ngan - Dengan
3. Lu - Dulu
4. Kasi - Bagi
5. Lok - Pula

💗💗


Kalau ada perkataan Terengganu yang tak faham, boleh komen ya. Takut-takut ada yang tertinggal. Enjoy!  💖

M A Y L I S S A  M A Y L O N NWhere stories live. Discover now