Kisah 46

1 1 0
                                    

Selepas peristiwa siang tadi, mereka berempat hanya berdiam diri dan tidak bertegur sapa. Alex meminta untuk Hasif menginap di situ bersamanya memandang Alex dan Maylinna akan pulang ke Terengganu esok.

Waktu makan malam, semua orang senyap dan hanya Encik Cingkerik yang suka riang berbunyi. Puan Mariam memandang anak-anak muda itu dengan penuh tanda tanya. Kenapa? Kebiasaan kalau jumpa memang kecohlah satu rumah tapi sekarang senyap.

Sampai ke sudah semua diam namun Maylinna mula bersuara apabila melihat Alex dan Hasif ingin masuk ke bilik mereka. Merajuk macam budak-budak.

"Alex, Hasif, mari jap. Aku nok sek mu ade gop," kata Maylonn apabila melihat mereka mula menaiki tangga lalu dia menuju ke ruang tamu bersama Maylissa dan Puan Mariam.

Mereka berdua memandang antara satu sama lain sambil bercakap menggunakan isyarat mata lalu hanya pasrah. Mereka pun duduk berhadapan budak kembar itu.

"Mule-mule, Linna nok mintok maaf ngan mama sebab esok Linna kena balik doh. Peguam abah tibe-tibe call petang tadi, dia nok jupe lam mase terdekat. Jadi, biar Linna lu bincangkan mane patut ngan dia. Lissa ngan mama mari mase Lissa cuti sem ahh. Boleh dok?" kata Maylonn sambil memegang tangan ibunya.

"Linna tak boleh ke tangguh dulu? Kita pergi sama-samalah," kata Puan Mariam yang cuba merayu Maylonn untuk tetap tinggal bersamanya.

"Sorry ngat, ma. Linna memang nok tinggal lame sini tapi peguam tu memang nok percepatkan mane yang patut."

"Kalau macam tu, takpelah sayang. Uruskan jelah mana yang patut tapi ingat call mama tau," kata Puan Mariam dan Maylonn hanya mengangguk setuju.

"Sif, aku nok mintok tolong mu. Tolong jaga adik ngan mama aku pastu aku nok mu ikut sekali ahh mase dorang nok mari Ganu cuti sem nanti. Boleh?" kata Maylonn sambil memandang Hasif lalu Hasif hanya mengangkat tangan okay dan mengangguk faham.

"Kak, kita baru nak happy-happy sebagai kembar. Cepatnya akak nak balik," kata Maylissa pula yang ingin melontarkan hasratnya.

"Sorrylah, dik. Kak dokleh sebab memang setuju doh nok jupe peguam tu. Takpe, lepas settle hal wasiat ni, kite happy puas-puas. Okay, budak kecik?" kata Maylonn sambil mencuit hidung adiknya.

Selepas itu, mereka pun masuk ke bilik masing-masing. Maylissa dan Maylinna sekali-sekala memandang ke arah lelaki-lelaki itu namun tidak dihiraukan. Boleh tahan kalau merajuk. Diam membisu kedua-duanya.

Sebelum mereka melelapkan mata, tiba-tiba Maylissa membuka topik perbualan. Dia mula duduk menyandar lalu diikuti oleh kakaknya.


"Kak, nak tanya boleh?" tanya Maylissa untuk memulakan kata-katanya.

"Tanya jelah, dik," kata Maylonn sambil memandang adiknya.

"Akak tak nak sambung belajar ke? Lissa tengok result test dengan cara akak jawab, nampak sangat akak ni bijak orangnya. Sayanglah kak kalau tak sambung belajar."

"Bukan tak boh cume tawor hati doh."

"Tawar hati? Kenapa?"

"Dulu, akak memang nok sambung degree pun tapi abah dok bagi sebab dia nok akak fokus ngan syarikat dia. Jadi, akak malas doh laa. Memang abah tak dok doh tapi permintaan dia tu akak dok akan langgor ahh. Adik faham kan? Jadi, tolong dak yoh soal agi bab ni."

"Sorry, kak. Adik cuma tertanya-tanya. Kalau akak belajar, mesti jadi best student."

"Memandai je. Akak dok terpikir pun. Yang akak mikir sekarang ni, budok duorang tu maroh kat kite ke? Senyap betul takdi. Kalau Hasif tu, akak rase memang dia merajuk ngan akak. Doh Alex tu merajuk ngan adik gop ke?"

"Mungkinlah kut sebab dia macam marah betul mase dekat taman tu."

"Cakap pasal mende? Dia kabo dia suke adik eh? Pastu adik tolak sebab adik suke Hasif. Sebab tu ke dia maroh?"

"Hush, macam mana akak tahu? Adik tolak bukan sebab adik suka Hasif tapi," kata Maylissa sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal tetapi terhenti seketika.

"Tapi mende?"

"Akak kan dengan Alex. Adik tak naklah hancurkan hubungan korang."

"Adik, akak tak dok mende doh ngan Alex ho. Akak pun tak dok perasaan doh kat dia. Kalau adik suke ke Alex tu, adik terime jelah. Sian dia. Dia ikhlas nok ke adik ho."

"Akak macam mana? Akak akan terima Hasif juga? Yelah, semua dah clear. Yang kita suka orang yang berbeza jadi tiada yang akan terluka. Hasif pun suka sangat dekat akak tu. Dia tak pernah sayangkan mana-mana perempuan seperti mana dia sayangkan akak. Akak terima Hasif ya."

"Dok ahulah dik. Akak pun dok paham nape akak rase. Akak takut perasaan ni sekadar kawan je dok lebih. Biarlah. Kalau ade jodoh, ade ahh tu," kata Maylonn sambil tersenyum memandang adiknya lalu dia sambung baring.

Maylissa hanya memandang kakaknya seperti memikirkan sesuatu. Dia yakin kakaknya juga punya rasa yang sama seperti Hasif. Hanya mungkin dia keliru dengan rasanya.


❤❤

C O M M E N T  *  V O T E

Memandangkan loghat Terengganu ni banyak ulang je, aku assume korang faham doh. Kalau ada perkataan Terengganu yang tak faham, boleh komen ya. Enjoy!  💖

M A Y L I S S A  M A Y L O N NWhere stories live. Discover now