Kisah 12

1 1 0
                                    

Setibanya di universiti tersebut, dua jasad itu pun mencari tempat untuk duduk. Waktu seperti ini, universiti mula dipenuhi manusia yang sedang dahagakan ilmu. Ada yang menuju ke cafe untuk makan, ada juga yang menuju ke dewan kuliah untuk mencari ilmu dan ada yang duduk melepak sahaja seperti menunggu bulan jatuh ke riba.

"Class Madam Samsiah start kul wape? Bakpe kite dok masuk je terus lam dewan?" kata Maylonn untuk memecahkan kesunyian. Nak tunggu mamat tu bersuara, lambert lagi.

"Pukul 1," kata Hasif tanpa memikirkan akibat daripada jawapannya.

"Mende mu kabo? Kul 1. Hasif, mende masaloh mu ni? Class madam lambat agi. Mu tahu dok mase yang ade tu, aku boleh tido."

"Maylissa, janganlah marah. Saya ada sesuatu nak cakap dengan awak ni sebab tu saya ajak awak datang awal sikit."

"Amende? Kabo jelaa. Sekali agi mu wak gini, eh tangan ni naik kat muke mu," kata Maylonn sambil menunjuk buku limanya di depan Hasif.

"Betul cakap awak, kalau parents sendiri pun tak boleh kenal anak dia apatah lagi orang luar."

"Ho, pastu? Mende yang mu nok kabo eh?"

"Tapi saya kenal Maylissa. Saya rapat dengan dia dari kecil lagi. Saya tahu apa yang dia suka dan saya tahu apa yang dia tak suka. Saya cukup kenal perwatakan dia. Tapi," kata Hasif terhenti. Dia pun tak pasti dengan apa yang dia cuba sampaikan.

"Tapi mu susoh nok caye aku bukan Maylissa. Gitu?" kata Maylonn namun Hasif hanya mengangguk.

"Gini ahh Hasif, aku tahu mu susoh nok caye semue ni tapi mu kene caye gop. Mu kene tolong aku kalau mu nok Maylissa selamat. Okay, mu kabo ke aku nape aku kene wak tuk wak mu caye kat aku. Kabo je."

"Okay, boleh. Ada satu cara. Saya nak awak layan aunty dan uncle dengan baik."

"Amende mu ni. Seriuslah mu boleh caye aku kalau aku layan dorang baik? Mu dak yoh nok main ngan aku. Semudoh tu je?"

"Okay, listen. Saya nak awak hormat dorang. Sekalipun dorang bukan parents awak, awak berhak hormat dorang sebagai orang dewasa. Saya tak suka awak layan dorang kasar."

"Oh, sebab tu rupanya. Aku tak dok masaloh. Lagipun, Mok Cik Mariam memang layan aku baik cume aku dok janji tuk Pok Cik Zakaria tu tapi takpe. Tuk dapatkan kepercayaan mu, aku sanggup," kata Maylonn sambil merenung Hasif.

Terlihat api membara di dalam mata Maylonn untuk menunjukkan dia bersungguh-sungguh. Bukan senang nak dapatkan kepercayaan seseorang lagi-lagi orang yang tidak pernah kita kenal. You can do it, Maylonn.

Waktu menunjukkan hampir pukul 3 dan pembentangan Maylinna Sofea sudah selesai. Sebenarnya tak nampak seperti membentang pun, lebih kepada mengajar. Maylonn mendapat tepukan gemuruh daripada rakan-rakan sekelasnya termasuk Madam Samsiah. Dia hanya tersenyum malu. Dia berasa rindu nak belajar. Sekurang-kurangnya apa yang jadi ni, boleh buat dia rasa semula semua yang dia inginkan.

"Alhamdulillah dah selesai pembentangan daripada Maylissa. Tahniah, madam nampak banyak perubahan kamu daripada sem 1. Jadi, sampai sini kelas kita. Kita jumpa minggu depan," kata Madam Samsiah sambil menepuk bahu Maylonn.

"Madam, saya nak cakap sesuatu boleh?"

"Silakan."

"Saya nak tebus semula mahruah saya semalam. Saya nak semua tahu termasuk madam, saya tak tidur pun apatahlah lagi mengelamun dalam kelas kemarin. Jadi, saya harap madam tak ungkit lagi."

"Okay, baiklah. Disebabkan awak buat yang terbaik hari ni, saya akui awak betul-betul faham apa yang saya ajar semalam. Itu saja, class boleh bersurai," kata Madam Samsiah sambil tersenyum lalu keluar dari dewan tersebut.

Maylonn pun turut keluar selepas selesai mengemas barangnya. Dia pun mendekati Hasif sambil mengangkat kening dan tersenyum bangga. Hasif hanya tersenyum melihat gelegat gadis itu. Comel. Hilang ganas tu.

Di ruangan atas yang luas, terdapat kolam renang dan berlampukan cahaya bulan yang terang. Terlihat satu jasad yang memandang langit penuh tanda tanya. Persoalan yang masih tiada jawapannya.

"Kalau betul dia percaya yang aku bukan Maylonn, kenapa dia buat semua ni? Beria-ria marah aku. Apa rancangan dia sebenarnya? Ke dia tahu mana Maylonn pergi?" bisik hati Maylissa penuh tanda tanya.

"Banyak pula soalan aku. Argg, stresslah macam ni," kata Maylissa dengan kuat tanpa sedar ada yang memerhati dari jauh.

"Soalan mende tu, bos? Mane tahu saya ade jawapan," kata lelaki yang memerhati gadis itu dari tadi.

"Ha, Zack. Lama dah awak dekat sini?" kata Maylissa sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal lalu duduk  di kerusi menghadap kolam.

"Lame gop ahh. Bos je dok prasan. Kusyuk ngat ekpun menung."

Maylissa hanya tersenyum. Manakala Zhafkal Aqiez berjalan menuju ke arah Maylissa lalu berdiri bersebelahannya.

"Susoh benornye saya nok caye awak ni bos saya tapi gitu ahh. Kalau saya dok caye, saya hidup dalam persoalan."

"Persoalan? Maksud awak?"

"Kalau betul ahh awak bukan bos saya, jadi mana bos saya? Dia hilang gi mane? Tak dok kabo berite pun. Dia selamat ke dok? Mende ni wak saya pening dan keliru."

"Sayang betul awak dekat bos awak. Dahlah, Zack. Awak tak perlu fikir pun hal ni. Saya rasa baik awak terus percaya yang saya ni bos awak. Ini, untuk kebaikan kita bersama," kata Maylissa lalu melangkah pergi sambil menepuk lembut lengan Zhafkal Aqiez dan senyuman manis juga dilemparkan.

"Aku tak boleh berterus terang. Aku dah janji dengan Alex," bisik hati kecil Maylissa sambil menoleh seketika ke arah Zack.

Zhafkal Aqiez masih dalam tanda tanya. Yang membingungkan lagi adalah kenapa tiba-tiba dia mengaku dia ialah Maylonn. Kenapa keyakinannya masih utuh bahawa bosnya tiada di sini?

❤❤

C O M M E N T  *  V O T E

💗💗

°Loghat Terengganu vs Melayu°

1.

💗💗

Kalau ada perkataan Terengganu yang tak faham, boleh komen ya. Takut-takut ada yang tertinggal. Enjoy!  💖

M A Y L I S S A  M A Y L O N NWhere stories live. Discover now