Kisah 15

1 1 0
                                    

Hari demi hari dan masa berganti masa, keakraban Maylonn dan Hasif semakin terasa malah begitu juga dengan Maylissa dan Aliff. Walaupun mereka berempat tahu akan identiti pasangan masing-masing, mereka tetap meneruskan hubungan tersebut sebagai hubungan persahabatan.

Hasif dan Maylonn duduk berduaan menikmati minuman masing-masing. Tanpa segan silu, Maylonn menyuruh Hasif senyum lalu dia menangkap gambar. Hasif pun terkejut dengan tindakkan tersebut lalu cuba merampasnya tapi tidak berjaya.

"Relax ahh, aku ambik gambo je. Tu pun nok maroh."

"Maylonn, delete laa. Awak ni, saya tahulah saya tak handsome macam pakwe awak tu," kata Hasif seakan mengajuk.

"Eleh, mu ni. Tu pun nok ngajuk. Dak yoh nok bandingkan diri mu ngan Alex la, jauh beze macam langit ngan bumi. Tapi aku ade idea."

"Idea? Maksud awak?" tanya Hasif hairan dan Maylonn hanya tersenyum lalu mengangkat keningnya.

Sebaik sahaja sampai di hadapan rumah kekasihnya, Alex menarik tangan Maylissa yang sibuk menyiram bunga di halaman rumah. Tanpa berkata-kata, Maylissa terpaksa masuk ke dalam kereta dan mengikut sahaja kehendak Alex. Alex memberhentikan keretanya di hadapan pantai.

"Mu maroh aku agi ke? Relax ah, aku renung je pun," kata Alex sambil ketawa kecil.

"Renung je? Awak melampau tau. Hasif yang pakwe saya sendiri pun tak pernah buat macam tu," kata Maylissa sambil menjeling.

"Dia lemah, pengecut. Mu boleh dok, dak yoh sebut name jantan lain depan aku? Aku dok suke, semok je," kata Alex yang seakan bengang manakala Maylissa hanha membuat muka seakan menganjing.

"Awak bawa saya keluar ni, ada apa?"

"Aku bagi mu peluang tanye je semue bende yang mu nok tahu."

"Jawablah, soalan semalam."

"Maylonn tu aku kenal dari kecik agi jadi banyak bende aku tahu pasal ye. Jadi kalau ade orang cube jadi dia, aku tahu ahh tu bukan dia. Next, soalan."

"Bila awak tahu saya bukan dia?"

"Mase first time, kite jupe. Ujian pertama, mu gagal doh. Apetah lagi ujian lain."

"Maksud awak?"

Alex tidak membalas soalan itu dengan kata-kata tetapi tindakan. Dia merenung Maylissa dengan pandangan tajam dan mendekatkan sedikit dirinya ke arah Maylissa. Dengan perasaan tidak selesa, tangan Maylissa hinggap di pipi Hasif dan Hasif menggadu kesakitan.

"Mu ni bakpe? Sakit ahh bongok," kata Hasif lalu mengosok pipinya yang sakit itu.

"Awak tu kenapa? Kan saya cakap dah jangan tenung saya, saya tak suka lah. Cakap jelah, tak perlulah main tenung-tenung."

"Dari semalam aku bagi jawapan ni, mu yang dok paham."

"Terus terang jelah, saya tak fahamlah."

"Setiap kali aku renung mu, sekali tulah mu akan alihkan pandangan mu. Betul? Kalau Maylonn lok, dia dok akan wak gitu. Dia mesti balas balik tenungan aku tu dan aku yang akan kaloh. Paham? Soalan lain."

"Ouh macam tu. Awak tahu ke mana Maylonn pergi? Awak sorokkan dia eh?"

"Mende soalan laa mu ni. Kalau aku tahu mane Maylonn gi, lame doh mu balik umah mok pok mu. Memang doklah nok simpan mu lame-lame."

"Hehe, betul juga tu. Takde soalan dah."

"Aku pun dok ahu May gi mane. Nok kabo dalam tahanan Cobra macam pelik je sebab Cobra dok syak nape pun kat mu. Haishh musykil aku," kata Hasif sambil memandang ke arah pantai sambil kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepala.

Maylissa hanya mendengar. Banyak kemungkinan yang boleh terjadi. Maylonn pergi mana? Mama dan papa diam seribu bahasa. Apa yang terjadi sebenarnya ni?

Puan Mariam dan Encik Zakaria duduk bersatap di ruang tamu rumahnya sambil menikmati secawan kopi panas dan biskut kering. Puan Mariam sibuk bermain telefon bimbitnya manakala Encik Zakaria sedang membaca surat khabar.

"Maylissa, pergi mana? Tak nampak batang hidung pun hari ni," kata Encik Zakaria lalu meletakkan surat khabar di sebelahnya.

"Macam biasalah, keluar dengan Hasif."

"Keluar dengan Hasif lagi?"

"Yalah. Kenapa abang? Kejut sangat tu," tanya Puan Mariam hairan lalu meletakkan telefon bimbitnya di atas meja.

"Takdelah, sayang. Sejak balik dari Terengganu, dorang bukan main rapat. Ke dorang ada rancangkan sesuatu?" tanya lelaki itu seperti hendak serkap jaram.

"Eh, abang ni. Dorang memang rapat dari dulu. Tak ada apalah, jangan risau."

"Saya bukan apa, kita kena hati-hati dengan tindak tandus dorang. Saya takut je Maylissa ajak Hasif pergi Terengganu cari ayah dia."

"Maylissa dah okay, bang. Dia dah maafkan saya. Saya rasa dia tak akan buat macam tu. Abang, jangan risau."

"Saya cakap je ni. Kalau sesuatu terjadi, awak jangan cakap saya tak ingatkan," kata Encik Zakaria lalu menghirup kopi itu sehingga habis.

"Abang naik atas dulu," kata Encik Zakaria lagi lalu menuju ke tingkat atas ke arah biliknya.

Puan Mariam hanya terdiam mendengar kata-kata tersebut. Dia yakin dengan Maylissa tapi apa yang dikatakan oleh suaminya, mungkin betul juga. Semua boleh terjadi tapi mustahil Maylissa sanggup meninggalkan ibunya seorang diri.


❤❤

C O M M E N T  *  V O T E

💗💗

°Loghat Terengganu vs Melayu°

1. Agi - Lagi
2. Semok - Buat serabut (lebih kurang gitu ahh
3. Lok - Pula

💗💗


Kalau ada perkataan Terengganu yang tak faham, boleh komen ya. Takut-takut ada yang tertinggal. Enjoy!  💖

M A Y L I S S A  M A Y L O N NWhere stories live. Discover now