Kisah 49

4 1 0
                                    

Selepas semuanya selesai, Maylinna sudah boleh menghela nafas dengan lega. Dia seorang diri duduk di ruang tamu sambil menunggu seseorang.

"Ya, bos. Ade nape panggil? Ade yang boleh kami tolong?" kata Zhafkal yang berdiri tepat di hadapan Maylonn bersama Jaffar.

"Duduk ahh. Aku ade mende nok kabo ehh," kata Maylonn sambil memandang mereka.

"Aku rase aku dok perlukan khidmat sek mu doh. Jadi, sapa sini jelah mu jadi bodyguard aku. Sapa bile mu nok kurung lam dunia ni. Aku rase sek mu boleh bina hidup baru kat luor sane. Sek mu tue doh, boleh kawin doh. Aku tak boh jadi penghalang tuk sek mu hidup bahagia, ada pasangan masing-masing. Sapa sini jelah deh," sambung Maylonn lagi.

Kata itu bukan sahaja mengejutkan Jack dan Zack malah juga Alex yang terdengar perbualan mereka.

"Ha, mende mu kabo? Serious lah, May? Sek ye hidup ngan kite lame doh. Gitu je mu nok buang sek ye. Aku dok setuju. Kalau arwah King pun ade, dia dok setuju," samput Alex dari jauh lalu menuju ke arah Maylonn dan juga diikuti Maylissa dan Hasif yang mendengar perbualan itu.

"Aku yakin abah setuju ngan keputusan aku. Aku wak semue ni tuk kepentingsn sek ye gop. Mu kabo ke aku, sapa bile sek ye nok hidup gini?" kata Maylonn sambil memandang Alex yang bengang dengan keputusan Maylonn.

"Zack, Jack, aku tak dok niat nok buang sek mu tapi mu mikir ahh. Mu tak boh ke ade family sendiri pastu ade hidup yang bahagia macam orang lain. Mu tak boh ke?" sambung Maylonn lagi dan pandangannya beralih ke arah Zack dan Jack.

"Bos, tolong ahh. Saya nak keje agi ngan bos. Biar ahh pah tue pun. Takpe, bos. Ade ke orang nak terime kami ni. Tolong ahh bos, jangan wak gini," kata Jack seakan merayu.

"Jujur bos, sayang saya nak lepaskan keje ni. Saya selesa keje ngan bos. Keluarga bos banyak berjasa ngan kami. Guane agi kami nak balas jasa bos kalau bukan ngan jaga bos molek-molek. Tapi kalau tu keputusan bos, saya terime. Cuma satu pertayaan," kata Zack sambil menunduk menahan sebak di dada.

"Mende mu kabo ni? Aku dok setuju. Aku nok keje agi ngan bos," kata Jack sambil menyiku lengan Zack.

"Zack, tanye ahh," kata Maylonn sambil memandang Zack lalu pandangannya dibalas.

"Bakpe tibe-tibe? Saya ngan Jack ade wak saloh ke? Kabo ahh. Mane tahu boleh perbetulkan."

"Dok, sek mu tak dok saloh nape pun. Aku bukan nok buang sek mu terus dari hidup aku. Jangan saloh paham gitu. Aku cume tak boh sek mu jadi bodyguard aku doh. Sek mu boleh keje kat syarikat aku. Bine keluarga mu sendiri, ada kerjaya. Aku cume nok yang terbaik tuk sek mu. Nok balas jasa aku dok semestinya ngan 24 jam duduk ngadap aku. Bile-bile mase mu boleh jaga aku. Lagipun aku nok kawin, dokkan aku nok harap sek mu jaga aku. Mesti aku nok suami aku protect aku. Paham?"

"Doh kalau bos kabo gitu, bereh jelah. Asalkan ade sokmo ngan bos," kata Zack sambil tersenyum memandang bosnya.

"Kawin? Mu nok kawin ngan sape?" tanya Alex kehairanan sambil memandang Maylonn dengan mengharapkan jawapan.

"Kawin ngan orang aku sukelah. Sape yang nok aku, aku terime jelah," kata Maylonn sambil matanya terarah ke wajah Hasif.

"Okay, paham. Baru sekarang nok sedar," kata Alex apabila melihat pandangan Maylonn ke arah Hasif.

Sedangkan Hasif menyibukkan diri dengan bermain telefon bimbitnya. Entah dengar ke tidaklah. Maylissa hanya tersenyum kerana juga faham dengan isyarat mata itu. Mungkin perasaan itu akan terbongkar tidak lama lagi.

Jam 1800, Puan Mariam sibuk menyiram pokok bunga di halaman rumah dan dua anak gadisnya sedang melihat bunga yang mekar di sekitar itu.

"Ma, kalau orang tu betul-betul suke kite, semudoh tu je ke dia putus ase?" kata Maylonn yang menyentuh bunga mawar yang kembang itu.

"Ke dia dah tawar hati, ma?" sambung Maylissa pula sambil mencabut kelompak bunga tersebut.

"Lissa, rosak bunga tu. Baru dia mekar, kan layu pula," kata Puan Mariam sambil mencubit lembut tangan anaknya dan Maylissa mengadu sendirian.

"Mama tak tahu apa yang korang mengarut ni. Cuma putus asa dan tawar hati tu pilihan masing-masing. Tak boleh nak judge orang yang give up dan tawar hati ni, dorang dah tak sayang. Mungkin mende tu wujud sebab tak dihargai. Kalau orang tak hargai, buat apa nak terhegeh lagi. Bagi mama, pilihan dorang tepatlah tu," sambung Puan Mariam lagi untuk menjawab soalan-soalan anak kembarnya itu.

"Bukan tak nak hargai cuma takut dengan perasaan sendiri," kata Maylissa sambil memandang ibunya.

"Macam ni lah. Mama tahu anak-anak mama ni dah besar. Ikut kata hati. Kalau sayang, go on. Jangan main tarik tali. Kalau just kawan, jangan bagi fakehope. Terus terang. Macam mawar ni juga. Kalau kita sayang dia, kita siram dia dengan air yang secukupnya. Baru dia kembang dan mekar mewangi. Tapi jangan disebabkan ego, kita biarkan dia layu membusuk. Faham kan?" kata Puan Mariam sambil memandang kedua-dua anaknya dengan senyuman.

Maylissa dan Maylinna membalas dengan anggukan faham lalu memandang antara satu sama lain. Mereka tahu apa yang bakal dilakukan. Wait and see.


❤❤

C O M M E N T  *  V O T E

Memandangkan loghat Terengganu ni banyak ulang je, aku assume korang faham doh. Kalau ada perkataan Terengganu yang tak faham, boleh komen ya. Enjoy!  💖

M A Y L I S S A  M A Y L O N NWhere stories live. Discover now