Kisah 1

24 3 2
                                    

Jam tepat menunjukkan pukul 2 petang, Nur Maylinna Sofea atau lebih gemar dipanggil Maylonn dan dua bodyguardnya sedang menuju ke arah sebuah mall yang terkenal di Terengganu, KTCC Mall. Mereka berpakaian serba hitam, bercap dan memakai mask kain berwarna hitam. Setibanya di sana, mereka bergegas ke sebuah kedai yang menjual emas dan berlian seperti yang diarahkan oleh ketua mereka, King.

"Bos, saya rase ade orang usha kita ahh," kata Jaffar Anif malah dikenali dengan panggilan Jack iaitu salah seorang bodyguard Maylonn.

"Weii, bla, bla! Aku ambik doh," kata Maylonn setelah dia mendapatkan sesuatu yang diingininya.

Suasana menjadi kelam-kabut apabila sedas tembakan dilepaskan oleh seseorang yang tidak dikenali. Semua orang lari lintang-pukang untuk menyelamatkan diri masing-masing apabila mendengar bunyi tembakan tersebut. Terlihat beberapa polis yang bergegas ke tempat kejadian seakan-akan sudah mengetahui perkara itu akan berlaku. Mungkin ada dalang di belakang polis.

Maylonn dan dua bodyguardnya tanpa sedar telah berlari berlainan arah kerana kekecohan di sana. Dengan tidak sengaja, Maylonn terlanggar seseorang dan cap yang dipakainya terjatuh ke lantai namun dia mengabaikannya. Dia berlari untuk menyelamatkan dirinya sebelum perkara yang tidak diingininya berlaku.

"Argg, kuang jor. Kalau aku tahu sape yang berani kabo ke polis memang teruk aku kerjakan! Dia ajok main ngan orang yang salah," kata Maylonn dengan marah sambil mask ditanggalkan dari mukanya. Tangannya digenggam kuat. Nafasnya masih tercungap-cungap menahan kepenatan di dada.

Tiba-tiba, tangan Maylonn ditarik kuat oleh seseorang dan dibawa masuk ke dalam kereta tetapi dia dengan kuat menepis genggaman tangan tersebut.

"Mende masaloh mu ni haa? Aku dohlaa panas hati doh ni, mu main tarik-tarik tangan aku gini. Tak dok adab ke? Dok belajor?"

"Maylissa, jangan biadap sangat. Aku ni papa kau," kata seorang lelaki tua yang berusia awal 50-an yang merasa bengang dengan kata-kata anak gadis di hadapannya itu.

"Maylissa, jom sayang masuk kereta," kata pula seorang wanita yang merupakan isteri kepada lelaki itu sambil menarik lembut tangan gadis itu supaya masuk ke dalam kereta.

"Wei, lepahlah! Haishh, rimaslah aku. Aku bukan anok mu laa. Mende masaloh sek mu ni. Dok paham base ke?" kata Maylonn sambil menarik kuat tangannya.

"Maylissa, apa yang Lissa cakap ni? Lissa, sekarang ni kita dalam bahaya. Jom masuk kereta dulu, baru kita bincang hal ni. Jom, sayang."

"Amende susoh ngat mu nok paham ha? Aku bukan Maylissa! Aku bukan anak mu! Doh, doh, aku bla lu. Dari aku layan sek mu baik aku selamatkan diri aku lu."

Lalu, Maylonn pun beredar dari situ tetapi dengan pantas lengannya ditarik kuat oleh lelaki tua itu dan memaksanya masuk ke dalam kereta. Suami isteri tersebut pun, bergegas masuk ke dalam kereta dan keluar dari kawasan mall itu.

"Fuh, sibbaik selamat. Kalau dok dang lari nih haishh memang habislah weii kena igat. Aku dohlaa dok kawin lagi haishh dok sanggup," kata Jack.

"Tulahh pasal. Amboi mu, dang lagi mikir bab kawin. Bos, gane? Dapat? Semua bereh bos?" tanya seorang lagi bodyguard Maylonn, Zhafkal Aqiez a.k.a Zack sambil melihat gadis di hadapannya yang masih dalam kepenatan.

"Ha? Awak tanya saya ke?" tanya Nur Maylissa Sofea kehairanan sambil jari telunjuknya menuju ke arahnya.

"La, bos nih. Kita bertiga je kat sini, saya tanya sape lagi kalau bukan bos."

"Bos?" bisik hati kecik Maylissa yang masih dalam kebingungan.

"Dohlaa tu, nape-nape pun kita bincang nanti. Kita dok selamat lagi kat sini," kata Jack. Namun, Maylissa tidak menghiraukan malah pergi dari situ.

"Eh, bos nak gi mane pulok tu? Kete kita sini."

"Saya nak pergi dekat parents saya lah. Kenapa saya kena ikut awak berdua? Saya tak kenal pun awak berdua siapa."

"Eh, bos ni. Dak yoh gop nok buang tabiat gitu. Doh, meh-meh masuk," kata Jack sambil menarik tangan Maylissa dan menyuruh Maylissa masuk ke dalam kereta seperti budak kecil. Tanpa bantahan, Maylissa hanya akur dan mereka pun beredar dari situ.

"Wahai awak berdua, awak nak bawa saya pergi mana ni? Saya rasa awak dah salah orang ni. Saya bukan bos korang. Tolong lepaskan saya. Mama dan papa saya mesti risaukan saya sekarang ni," rayu Maylissa dengan lembut.

"Bos, kitorang kenallah bos kitorang. Tak dok maknenya kitorang saloh orang. Muka same, baju ni lah yang bos pakai tadi. Bos, dak yoh nok kencing kitoranglah. Kitorang bukan budok-budok bos," kata Jack yang sedang memerhati sekeliling, mungkin ada seseorang yang sedang mengekori mereka dari jauh.

Maylissa hanya mengeluh lemah. Entah bagaimana untuk menyakini dua lelaki yang tidak dikenalinya ini bahawa dia bukan gadis yang dimaksudkan. Bukan bos. Ya, bukan Maylonn.

"Wei, aku bukan anak mu. Boleh dok mu lepaskan aku? Weii, berhentilah! Adoi, serabuk beruklah!" kata Maylonn dengan nada geram. Namun, tidak dihiraukan oleh pasangan suami isteri itu.

Maylonn melihat sekeliling untuk mengetahui di mana dirinya akan dibawa dan dia mendapati perjalanannya menuju ke arah Kuala Lumpur.

"Weii, mu nok gi mane eh? Aku nok balik umah aku lah. Aduh, payoh base laa sek mu ni."

"Lissa, kita nak balik KL. Rumah kita dekat KL. Sabar ya. Nanti sampailah," kata wanita tua itu, Puan Mariam yang cuba menenangkan anak gadisnya itu.

"Amende mu ngaruk nih. Umah aku kat Terengganu ni. Nok wak jadoh mende aku ikut sek mu gi KL. Weii, berhentilah. Aku nok balik umah aku laa. Aku tak boh ikut sek mu. Aku bukan anok mu laa. Nape susoh ngat mu nok faham ah? Anak sendiri pun dok leh beze ke!?"

Puan Mariam melihat suaminya, Encik Zakaria dengan perasaan sayu mengharapkan kekuatan dari suaminya. Encik Zakaria memegang jari-jemari isterinya supaya bertenang dan berharap isterinya mengabaikan tingkah laku pelik anak mereka.

Nur Maylinna Sofea hanya menahan geram dan melepaskan kemarahannya di luar tingkap kereta. Kedua-dua kereta itu berselih namun masing-masing tidak melihat antara satu sama lain. Perjalanan mereka diteruskan dengan penuh tanda tanya.

❤❤

C O M M E N T  *  V O T E

💗💗

°Loghat Terengganu vs Melayu°

1. Bla - Lari/Pergi
2. Kuang jor - Kurang ajar
3. Sape - Siapa
4. Kabo - Bagitahu
5. Mende/Amende/Nape - Apa
6. Sek mu - Korang
7. Sibbaik - Nasib baik
8. Dok dang - Tidak sempat
9. Igat - Tangkap
10. Gane/Guane - Macam mana
11. Dak yoh - Tidak perlu
12. Meh - Mari/Jom
13. Kencing - Tipu
14. Serabuk beruk - Stres
15. Wak jadoh mende - Buat apa
16. Tak boh - Tidak mahu

💗💗

Kalau ada perkataan Terengganu yang tak faham, boleh komen ya. Takut-takut ada yang tertinggal. Enjoy!  💖

M A Y L I S S A  M A Y L O N NWhere stories live. Discover now