Kisah 26

1 1 0
                                    

Senja mula melabuhkan tirainya untuk berganti malam. Pada malam itu, Maylonn berfikir pelbagai idea untuk memujuk ibunya bagi melepaskannya keluar bersama Hasif. Nasib baik ayah tirinya tiada di rumah jadi tidaklah dia menyibuk. Dia beberapa kali menarik nafas sebelum bertemu ibunya.

"Mama, boleh saya masuk?" kata Maylonn setibanya di hadapan pintu bilik ibunya sambil mengetuk pintu.

"Masuklah sayang," kata Puan Mariam yang sedang melipat baju di atas katilnya.

"Mama sibuk ke? Sorry ahh kalau saya ganggu ni," kata Maylonn lalu duduk di atas katil berhadapan ibunya.

"Tak sibuklah, sayang. Ada apa ni? Cakaplah."

"Ma, luse nok start doh midsem. Pastu saya nok mintok izin laa. Nok kuor ngan Hasif, mungkin seharian suntuk."

"Buat apa? Nak melepak? Mama tak bagi kalau nak melepak saja-saja. Baik Lissa siapkan assignment tu. Mesti berlambak kan?"

"Dok, ma. Dok melepak pun. Saya ngan Hasif bincang doh nok wak keje same-same. Boleh ahh, ma. Please!"

"Seharian suntuk tu dari pagi sampai malam? Balik pukul berapa? Pergi mana?"

"Haah, dok pasti la malam tu kul wape. Tengok ahh yang mane sempat siap. Mama dak yohlah risau, ke mane pun saya gi mesti balik mule ke mama. Boleh dok ni?"

Puan Mariam hanya mengangguk tanda setuju. Maylonn melompat kegembiraan lalu memeluk erat ibunya.

"Tapi dengan bersyarat," kata Puan Mariam menyebabkan pelukan itu dilepaskan.

"Mende tu ma?"

"Mama nak Maylissa update mama. Hantarlah gambar dengan Hasif. Pagi, petang dan malam. Mama cuma nak tahu anak mama ni selamat ke tak."

"Baik, puan. Menurut perintah," kata Maylonn sambil tabit di hadapan Puan Mariam lalu dia berlalu pergi. Setibanya di depan pintu bilik ibunya, dia bersuara.

"Mama janji ngan saya ehh dak yoh kabo ke papa. Mama tahu kan papa tu gane. Konpem dok wi. Janji?" kata Maylonn sambil menunjukkan jari janji dan Puan Mariam juga melakukannya tanda janji.

Maylonn pun pergi menuju ke biliknya. Dia terlalu teruja untuk memberitahu Hasif tentang persetujuan ibu kandungnya itu. Harapannya hanya satu agar semuanya baik-baik saja dan berjalan lancar.

Maylissa melabuhkan punggungnya di atas kerusi berdekatan kolam dan memandang ke arah langit. Banyak yang difikirkannya. Mama sihat ke? Maylonn dekat mana? Yang paling penting, bila semua ni akan berakhir? Masih tiada jawapan untuk dirinya.

Alex yang mencari-cari gadis itu telah menemuinya di tingkat 1 berdekatan kolam. Dia menghampiri Maylissa lalu duduk bersebelahan gadis itu tapi tidak dihiraukan.

"Mu maroh aku agi ke? Sorry ahh."

"Ya Allah, terkejut saya. Bila masa awak ada sini?" kata Maylissa yang terkejut akan kehadiran Alex di sebelahnya.

"Amboi mu termenung sapa dok perasan aku ade tepi."

"Sorrylah. Ada apa ni?"

"Mu maroh aku ke?"

"Marah? Sebab apa?"

"Pasal petang tadi laa. Mu dok maroh doh kan?"

"Alex, saya takde hak pun nak marah awak. Awak nak buat apa pun terserah awaklah cuma fikirlah nyawa tu sikit. Kesian, Maylonn. Balik-balik tengok awak dah arwah."

"Amboi, koh jahat ehh mulut mu. Ni mesti Jack ajor eh. Nok kene budok Jack eh, ajor mende ngaruk," kata Alex yang membuatkan Maylissa tertawa besar. Alex hanya tersenyum.

"Lissa, aku sanggup wak nape je asalkan mu selamat. Biar aku terpakse korbankan nyawa aku tuk mu, aku takdok hal. Aku cume takboh Cobra wak nape-nape kat mu. Selain Maylonn, mu pun penting tuk aku. Amanah daripada King," kata Alex sambil menarik badan Maylissa menghadapnya.

"Sekejap, apa maksud awak? Amanah daripada King?" tanya Maylissa yang kehairanan dan Alex mengalihkan pandangannya ke langit.

"Tak dok nape ahh. Aku balik lu. Mu jangan tido lambat ngat," kata Alex lalu pergi meninggalkan Maylissa dengan tanda tanya.

"Apa maksud, Alex?" bisik hati kecil Maylissa yang kekeliruan.

Semuanya menjadi teka-teki. Meneka sesuatu yang tidak pasti jawapannya. Cara Alex seperti dia mengetahui sesuatu yang tidak diketahui yang lain. Mungkin rahsia terbesar yang disimpan oleh King.

"Bakpe aku gop yang kene terhimpit lam masaloh King ngan Cobra? Ni kalau Maylonn tahu ni yang aku tahu doh, mampus kerah aku," kata Alex sebaik sahaja masuk ke dalam keretanya.

"Arggg, dok gune ahh!" jerit Alex sekuatnya sambil memukul stereng keretanya berkali-kali.

"King, bakpe mu perlu nipu gini? Dorang berhak tahu pasal hidup sekye," bisik Alex bersendirian sambil tangannya disandarkan antara kepala dan pintu kereta. Pening betul tu.

Alex menghela nafas berkali-kali untuk menenangkan dirinya. Selepas itu, baru dia meneruskan perjalanannya balik ke rumahnya. Sepanjang perjalanan, dia hanya memikirkan apa yang bakal terjadi nanti. Tutup macam mana pun lubang bangkai tu, lama-kelamaan semuanya akan terhidu juga.

❤❤

C O M M E N T  *  V O T E

💗💗

*loghat terengganu vs melayu

1. Pastu - Selepas itu
2. Wak - Buat
3. Dak yoh - Tidak perlu
4. Wi - Bagi
5.  Lu - Dulu

💗💗

Kalau ada perkataan Terengganu yang tak faham, boleh komen ya. Takut-takut ada yang tertinggal. Enjoy!  💖

M A Y L I S S A  M A Y L O N NWhere stories live. Discover now