Kisah 22

1 1 0
                                    

Puan Mariam, Encik Zakaria dan Maylonn mula memasuki pusat membeli belah yang kini sudah dipenuhi orang ramai. Mereka mencari kedai makan untuk mengisi perut masing-masing terlebih dahulu.

"Lissa, order je apa yang Lissa nak," kata Encik Zakaria apabila pelayan memberikan menu kepada mereka.

Maylonn dan Puan Mariam mula memilih makanan. Tidak lama kemudian, mereka pun selesai memesan.

"Abang ni dah kenapa? Dari semalam lagi saya perasan, abang happy semacam je. Tersenyum-senyum macam kerang busuk," kata Puan Mariam apabila melihat mood suaminya bagus sangat.

"Tu ahh tu. Pelik betul. Ke menang main spin ni?" kata Maylonn sambil memandang Encik Zakaria.

"Eh, budak ni ke situ pula. Ini lebih menang besar tau."

"Cakaplah, bang. Apa dia?"

"Abang happy sebab abang dapat projek besar. So, abang naklah spend time dengan isteri dan anak abang ni. Nanti, abang kena out station lama sikit. Ni ada masa, bolehlah lepaskan rindu."

"Ouh, patutlah. Ambil hatilah ni."

Encik Zakaria hanya mengangguk sambil memandang Maylonn dengan senyuman penuh makna. Mereka mula menikmati hidangan apabila kesemuanya sudah sampai. Selepas selesai makan, mereka pergi membeli pakaian, barang dapur dan sebagainya.

***

Mereka bertiga berjalan sekitar taman itu sambil bercakap mengenai seorang gadis kuat yang bernama Maylinna Sofea. Maylissa sangat teruja ingin mendengar cerita tentang gadis itu.

"Okay, soalan pertama saya. Maylonn memang sebatang kara ke? Means mana family sebenar dia?"

"Okay, gini. Cik Maylonn tu anok angkat kepada King aka Dato' Sri Khairul Nizam. Mok pok Cik Maylonn memang tak dok doh sejak lahir agi. Senang cite Cik Maylonn memang sorang-sorang."

"Ouh, kesiannya dia. Tapi, sekurangnya ramai yang sayang dia. Korang sayang dia, Alex pun sayang dia. Okay, soalan kedua. Korang dah lama ke kenal Maylonn? Macam mana kenal dan jadi bodyguard dia? Alex macam mana?"

"Amboi, banyoknya soalan bos. Wak macam kitorang kaunter pertanyaan pulok," kata Jack apabila bertalu-talu soalan ditanyakan oleh gadis itu. Maylissa hanya menggaru kepalanya sambil senyum tersipu malu.

"Jack, aku yang jawab kan. Bukan mu," kata Zack sambil menjeling ke arah Jack.

"Okay, benor-benornya kitorang pun anok yatim piatu, hidup merempak.  King yang ambik kitorang mase kitorang mintok sedekoh. King bagi kami keje ngan jadi bodyguard untuk Maylonn. Mase tu umur kitorang 15 tahun dan Maylonn 10 tahun. Sejok hari tu, hidup kami mule beruboh. King banyok tolong kami. Guane lagi nok balas jasa ye kalau bukan jaga anok dia baik-baik."

"Tuan Alex tu sebenornya anak angkat King juga cume bezanya King ambik Tuan Alex tuk dunia gangster. Jadi ketua samseng tuk back up King kalau King takdok. Lame ho, Tuan Alex tersuke Cik Maylonn dan dorang kapel. So, dorang wak keje same-same ah."

"Ouh macam tu. Jadi, mesti Maylonn berhargakan untuk korang semua?"

Zack dan Jack hanya tergelak kecil apabila mendengar soalan itu.

"Bos ni memang nok kitorang puji bos benornya kan?" tanya Jack sambil tersenyum.

"Bagi saya, Cik Maylonn is everything.  Dia kuat giler tapi dia jadi lemoh bile ngan King. Dia garang, kasor nak mampus tapi dia baik giler. Dok pernoh lupe nok sedekoh makanan dekat gelandangan. Dari kecik dia hidup dalam dunia yang keji, penuh kekejaman tapi King dok pernoh gagal terapkan nilai murni dalam jiwa Cik Maylonn. Yes, she is perfect," kata Zack sambil memandang gadis itu tepat ke matanya.

Maylissa menundukkan pandangan seketika lalu memandang jauh ke arah lain. Dia merasa sesuatu yang indah dalam hidup Maylonn yang tiada padanya. Dia tersenyum ke arah lelaki-lelaki itu lalu berjalan menuju ke kereta.

***

"Woii, mu menung mende? Keje mu ni menung je," kata Alex apabila melihat Maylissa duduk di halaman rumah sambil termenung memikirkan sesutu.

"Eh, awak ni. Terkejut saya. Bila sampai?" kata Maylissa lalu duduk di atas kerusi.

"Aku sapa lame doh. Tu ahh menung ngat jauh-jauh. Mesti mu teringat kat aku op?"

"Perasan betul."

"Ke mu mikir ke pakwe mu?"

"Kalau ye pun, kenapa? Boyfriend saya kan?"

Air muka Alex berubah apabila mendengar kata-kata itu keluar dari mulut Maylissa. Dia hanya diam memandang ke arah lain. Maylissa tergelak kecil apabila melihat muka Alex yang berubah. Dia yang mulakan, dia yang sentap.

"Gurau jelah. Saya fikirkan tentang Maylonn. Kalau kitorang kembarkan best. Mesti semua benda boleh buat sama-sama," kata Maylissa seakan ubah topik perbualan sambil tersenyum.

"Mok pok mu dok kabo mende-mende ke? Mane tahu Maylonn tu kembor mu yang terpisoh, kan?" kata Alex yang mula memandang Maylissa.

"Takde pula. Tak mungkinlah," kata Maylissa dan persoalan Alex mula bermain di fikirannya.

Kemungkinan ya dan kemungkinan tak. Semuanya tanda tanya yang tak pasti. Kalau difikirkan, mahu letih dibuatnya. Maylissa hanya menghela nafas lemah. Membiarkan semuanya terapung-apung tanpa jawapan.

❤❤

C O M M E N T  *  V O T E

💗💗

*loghat terengganu vs melayu

1. Wak - Buat
2. Ngan - Dengan
3. Tuk - Untuk
4. Ngat - Sangat

💗💗

Kalau ada perkataan Terengganu yang tak faham, boleh komen ya. Takut-takut ada yang tertinggal. Enjoy!  💖



M A Y L I S S A  M A Y L O N NWhere stories live. Discover now