Kisah 36

1 1 0
                                    

Maylonn mula mengumpulkan kekuatannya untuk menghadapi segala kebenaran tentang dirinya. Macam ini rupanya rasa sakit apabila ditipu dengan orang yang kita sayang dan percaya.

"Alang-alang mu doh bongkarkan semuanya, aku teringin nok tengok mu. Aku tahu mu mesti orang aku kenal  sebab nape? Sebab mu tahu aku ade mane dan sapa semua aku wak lam poket mu doh," kata Maylonn yang seakan sudah mengsyaki wajah sebenar lelaki itu.

Cobra mula membelakangi mereka berdua lalu menanggalkan topeng mukanya. Dengan pantas dia memalingkan mukanya ke arah Maylonn dan tersenyum penuh sinis. Maylonn juga tersenyum sinis seakan sudah yakin tekaannya adalah benar. Ya, Uncle Zakaria.

"Papa, apa semua ni? Selama ni, papa nak hidup dengan kami semata-mata nak balas dendam. How dare you, papa?" kata Maylissa apabila melihat wajah sebenar Cobra yang sebenar.

"Mende mu papa, papa. Mu dak yoh nok acah panggil aku papa ngat. Selame ni, bukan mu anggap aku papa mu pun. Jadi, mu senyap je," kata Cobra yang menghala pistol ke arah kepala Maylissa seperti yang dia lakukan awal tadi.

"Cobra aku dok kesoh pun mu sape. Ikut mu ahh. Aku nok mu cite bakpe abah aku sanggup nipu mama aku yang aku mati doh?" kata Maylonn yang masih inginkan jawapan.

"Olololo, siannya dia. Meh ah aku cite."

***

Dato' Sri Khairul Nizam a.k.a King berjalan terulang-alik di dalam pejabatnya sambil tangannya menggigil. Zakaria yang melihat keadaan itu lalu masuk ke dalam bilik kawannya.

"Mu okay dok ni? Bakpe? Cite ahh, mane tahu aku boleh tolong," kata Zakaria sambil duduk di atas kerusi lalu memandang Khairul.

"Aku ceraikan Mariam doh tapi aku dok sengaja. Aku terlampau maroh mase tu sapa aku ikut je nape dia kabo. Tolong aku weii. Aku sayang Mariam. Aku tak boh kehilangan dia. Aku tak boh kehilangan anak-anak aku."

"Cerai, cerai doh. Nok wak guane doh.  Biar jelaa, dia hidup ngan pilihan dia. Cume aku ade idea. Mu relax je, aku tahu nape mu perlu wak. Kite tunggu dia beranok," kata Zakaria yang seakan simpati namun dalam hatinya penuh bahagia.

Selepas 9 bulan, lahirlah dua cahaya mata perempuan yang dilahirkan di hospital swasta. Zakaria telah merancangkan segalanya dan membayar jururawat di situ untuk melakukan kerja.

M A Y L I S S A  M A Y L O N NWhere stories live. Discover now