Kisah 13

1 1 0
                                    

Memandang langit dengan penuh rasa simpati itu perkara biasa. Terkadang langit saja boleh faham isi hati ini tanpa perlu meluahkan. Lebih tenang walaupun sakit itu tidak pernah hilang.

Jasad ini juga masih mengharapkan kekuatan yang setiap hari diuji kehebatannya. Puan Mariam termenung dan hanya keluhan lemah mampu dilepaskan. Hampir setiap hari merenung luka yang sama.

"Jauh menung," kata Maylonn sambil berjalan menghampiri wanita tua yang baru dikenalinya itu. Senyuman manis dilemparkan.

"Eh, lama dah Maylissa dekat sini?" kata Puan Marian sebaik sahaja Maylonn berdiri di hadapannya.

"Dok ahh lame mane. Mok cik menung ngat, tak bohla ganggu. Teringat seseorang ke?"

"Rindukan orang jauh di mata tapi dekat di hati."

"Sape?"

"Tiada apalah. Ni, Lissa cari mama ada apa? Lissa, ada masalah?"

"Eh, dok. Saya hm ade mende nok kabo. Saya nok mintok maaf sebab ye ahh selame ni kan saya layan mok cik ngan pok cik kasor. Saya dok patut wak gitu."

"Lissa, tak apalah. Mama tahu Lissa tak ada niat pun nak buat macam tu. Mama tahu Lissa marah kan mama. Mama bukan tak nak bagi Lissa jumpa ayah kandung Lissa cuma mama tak nak Lissa sedih, Lissa kecewa. Maafkan mama ya, sayang," kata Puan Mariam sambil tangan kirinya memegang tangan Maylonn manakala tangan kanannya mengusap kepala Maylonn.

"Laa, ayah tiri rupenya orang tue tu. Dia punye berlagok macam ayah kandung. Memang layok pun kene layan gitu," bisik hati Maylonn.

"Bakpe kene sedih? Ayah kandung Maylissa tak dok doh ke?" kata Maylonn penuh tanda tanya.

Kenapa nak kena sedih? Kalau betul dah meninggal, mesti Maylissa boleh je terima kenyataan tu. Macam Maylonn terima kepergian abah untuk selamanya.

"Tak. Entah mama pun tak tahu. Dah, lupakan je. Mama happy sangat Lissa dah boleh maafkan mama."

"Kan bagus kalau Linna pun ada dekat sini," kata Puan Mariam dengan nada perlahan sambil mengesat air matanya. Suaranya masih boleh didengari oleh Maylonn.

"Linna? Sape tu mok cik?" tanya Maylonn kehairan.

"Tak ada apalah, sayang. Jomlah masuk tidur," kata Puan Mariam lalu membawa Maylonn ke biliknya dan dia berlalu pergi dengan meninggalkan tanda tanya.

Linna? Siapa dia sebenarnya? Persoalan baru mula muncul. Linna yang disebut oleh Puan Mariam, adakah orang yang sama dengan gadis kasar itu?

Beberapa minggu berlalu, banyak perkara yang sudah diperlajari oleh Maylissa. Sesuatu yang bukan kebiasaannya. Hidup dengan menjadi orang lain. Mengharapkan semuanya hanyalah sementara.

Suasana di ruang makan itu sangat sunyi kerana semuanya sibuk menjamu selera. Sekali-sekala, udara pagi menyapa tubuh mereka. Makanan yang dihidangkan oleh Mak Tom tidak pernah mengecewakan.

Kekusyukan mereka menikmati hidangan yang disediakan, tiba-tiba datang seseorang memecahkan kesunyian di situ. Dengan pantas, mereka berempat menoleh ke arah pelik suara.

"Sedak makan. Boleh aku join sekaki?" kata lelaki itu lalu duduk berhadapan dengan Maylissa dan meminta Jaffar beralih ke tempat lain. Dia hanya pasrah.

"Cobra. Mu wak mende sini?" kata Alex yang tidak senang akan kehadiran lelaki bertopeng yang dikenali dengan nama Cobra.

"Bakpe aku dokleh mari sini doh? Aku nok melawat anok buah aku lah."

"King dah mati. Mu dak yoh nok acah anok buah ngat."

"Ade aku kesoh."

"Dakpe kan, uncle mari sini?" kata Cobra sambil memandang Maylissa dan Maylissa hanya tersenyum.

"Aku nok cakap ngan Maylonn. Berdua. Tunggu mende agi? Blaa ahh!" kata Cobra dengan tegas. Zack dan Jack hanya mengikut arahan sedangkan Alex merenung tajam ke arah Cobra lalu berbisik sesuatu kepada Maylissa.

"Mu relax je. Wak macam yang aku ajor. Aku bla lu," kata Alex sambil menepuk bahu Maylissa lalu pergi meninggalkan mereka berdua.

"Dah lame abah meninggal, baru sekarang uncle muncul. Uncle nok nape?" kata Maylissa dan cuba meniru cara percakapan Maylonn yang diajar oleh Aliff Zafril.

"Okay, uncle mintok maaf. Uncle mari sebab nok mintok tolong Maylonn."

"Mintok tolong mende?"

"Uncle nok berlian tu. Uncle tahu berlian tu ade ngan Maylonn. Maylonn bagi kat uncle deh sebab uncle tahu king mesti nok bagi kat uncle gop ho. Cume melalui Maylonn je."

"Maylon dok caye. Uncle dengor ni baik-baik. Mati, hidup balik pun, Maylonn dok akan bagi ke uncle. Ni amanoh abah tuk Maylonn. Uncle dak yoh mimpi."

"Oh, okay. Takpela kalau Maylon kabo gitu. Kite tengok nape yang akan jadi. Take care, dear," kata Cobra sambil tersenyum sinis lalu berpergi meninggalkan rumah itu.

Dia masuk ke dalam keretanya selepas dibukakan pintu oleh pembantu peribadinya. Cobra melepas geramnya dengan sekuat hati.

"Takpe, takpe. Mu main-main ngan aku. Aku mintok care baik, mu tak boh wi. Kite tengok nape yang aku boleh wak tuk ajor mu cukup-cukup."

"Ni, Cobra lah. Mu jangan cabor aku. Arggh!" kata Cobra dengan geram lalu senyum dengan sinis.

Kereta Vellfire yang dipandu oleh pekerjanya berlalu pergi meninggalkan perkarangan rumah banglo milik sahabatnya. Maylissa telah menimbulkan kemarahan di dada Cobra dan kemungkinan nyawanya dalam bahaya.

❤❤

C O M M E N T  *  V O T E

💗💗

°Loghat Terengganu vs Melayu°

1. Tak boh - Tidak mahu
2. Wak - Buat
3. Acah - Berlagak
4. Dak yoh - Tidak perlu
5. Wi - Bagi

💗💗


Kalau ada perkataan Terengganu yang tak faham, boleh komen ya. Takut-takut ada yang tertinggal. Enjoy!  💖

M A Y L I S S A  M A Y L O N NWhere stories live. Discover now