Kisah 14

1 1 0
                                    

***

Sebuah bilik yang dihiasi dengan arca klasik dan temanya berwarna coklat emas, terlihat jasad lemah seorang lelaki tua yang sedang memandang keluar jendela biliknya. Merenung umurnya yang semakin ditelan masa. Namun masih terdapat banyak rahsia yang belum terbongkar tentang dirinya.

"Abah, meh makan ubat. Doh dohlah tu termenung. Abah tu dohla sakit, dak yohla banyak mikir," kata Maylonn sambil membawa talang yang berisi gelas air dan plastik ubat-ubatan untuk ayahnya.

Maylonn meletakkan talang itu lalu menarik lembut ayahnya dan ayahnya duduk di atas katil. Ubat itu dimakan oleh ayahnya sebaik sahaja disuap oleh Maylonn.

"Abah mikir nape? Kalau abah ada masaloh, abah kabo ke Linna. Mane tahu Linna boleh tolong," kata Maylonn sambil membaringkan ayahnya.

"Linna, abah minta maaf tau," kata King sambil memegang tangan gadis cantik itu lalu tangannya disambut baik.

"Abah, ape ni. Abah tak dok saloh pun ngan Linna. Linna sayang abah ngat."

"Linna, jaga baik-baik syarikat abah. Semua tu abah wak tuk Linna. Abah nak mintok tolong Linna lenyapkan geng gangster tu. Kalau abah tak dok doh, Linna boleh bla dari dunia gangster tu. Abah, mintok maaf sebab abah, Linna kene masuk dalam dunia keji ni. Tolong, jangan benci abah."

"Abah, dak yohla salohkan diri abah. Semua bende Linna wak ikhlas tuk abah. Abah dah banyak tolong Linna, sesaat pun Linna dok pernoh benci abah," kata Maylonn sambil memeluk erat lelaki tua yang banyak berjasa untuk kehidupannya. Tanpa lelaki itu, siapalah dia.

"Linna, sebenornya banyak bende abah rahsiakan pade Linna," kata laki itu sambil meleraikan pelukan itu dan mengesat air mata gadis itu.

"Rahsia? Nape bah?"

"Nanti sampai masenye, abah bagitahu Linna. Abah cume nok kalau Linna doh tahu, Linna tolong maafkan abah. Linna jangan benci abah tau," kata King dengan penuh perasaan bersalah.

Ditatapnya mata anak gadis itu dengan penuh rasa sayang namun rasa bersalah itu lebih menguasai dirinya. Maylonn hanya membalas renungan itu dengan senyuman. Dia sendiri tidak faham maksud disebalik renungan lelaki itu. Semuanya misteri.

M A Y L I S S A  M A Y L O N NWhere stories live. Discover now