Kisah 41

1 1 0
                                    

Puan Mariam mencari anak-anak gadisnya di sekitar rumah. Di kolam renang, dia melihat Maylonn dan Hasif sedang berbual mesra yang membuatkannya tersenyum sendiri. Dia turun ke bawah dan terlihat di halaman rumah, Maylissa dan Alex sedang bergurau senda seperti pasangan berkasih.

Dia hanya tersenyum memandang gelagat dua lelaki yang cuba memikat hati anak-anaknya. Dia pun naik ke atas semula dan menuju ke bilik yang pernah menjadi miliknya dan bekas suaminya. Dia masuk ke dalam bilik tersebut dan melihat sekeliling bilik itu dengan senyuman hampa sambil diiringi titisan air mata.

"Abang, tak pernah ubah pun bilik ni. Di setiap sudut bilik ni, penuh kenangan kita bersama. Maafkan saya, bang," kata Puan Mariam sambil menangis lalu digapai frame gambar yang ada muka Maylonn dan bekas suaminya.

"Maafkan saya bang sebab mudah percayakan orang lain melebihi suami sendiri. Saya baru tahu semuanya tapi dah terlambat, abang pun dah takde. Hancur hati saya sebab tak pernah cuba bagi peluang dekat abang untuk terangkan semuanya," sambung Puan Mariam lagi sambil memeluk gambar itu lalu duduk di bucu katil dengan dibasahi titisan air mata penyesalan.

Puan Mariam menangis sehingga tertidur dan membuatkan kenangan lamanya muncul kembali di benak fikirannya.

***

Pada hari di mana Mariam dihasut oleh kawan baik suaminya sendiri,  Zakaria tentang penipuan yang menyakitkan. Mariam balik ke rumah dengan keadaan marah dan masuk ke dalam bilik. Terlihat suaminya yang sibuk membuat kerja dan sedikit tertekan.

Mariam menuju ke arah suaminya lalu dilemparkan barang yang ada di atas meja itu dan membuatkan suaminya, Khairul marah.

"Awak ni, bakpe? Saya dohlah serabuk ngan keje ni. Pastu awak mari wak sepoh gini," kata Khairul yang cuba mengawal kemarahannya.

"Abang tanya saya bakpe? Bakpe abang dok tanya diri abang sendiri nape abang wak? Abang ade nipu saya kan?" kata Mariam sambil jari telunjuknya menghala ke arah Khairul.

"Nape awak ngaruk ni? Nipu nape? Ce kabo molek, se se."

"Mende ni? Awak tengok ahh sape lam gambo ho," kata Mariam sambil menunjukkan gambar di dalam telefonnya. Gambar Khairul sedang memeras ugut peniaga-peniaga kecil di sekitar pasar.

"Awak ambik mane gambor ni?" kata Khairul sambil memegang kedua bahu isterinya namun ditepis kuat.

"Semue tu dok penting lah bang. Jadi, betullah orang yang lam gambor tu abang?"

"Mariam, bagilah abang explain lu. Abang kabo se se nape yang jadi. Janganlah caye orang melulu gitu."

"Dohlah, bang. Saya kecewa ngan abang. Selame ni, abang nipu saya hidup-hidup. Saya takboh hidup ngan orang penipu macam abang. Lepaskan saya, bang," kata Mariam sambil menjerit sekuat hati dan dalam masa yang sama dia menangis di atas katil.

"Sayang, dak yohlah kabo gitu. Abang takboh lepaskan sayang. Tolonglah, bagi abang explain semue bende," kata Khairul sambil melutut di depan isterinya.

"Saya tak boh dengorlah. Ceraikan saya sekarang juga!"

"Sayang!"

"Ceraikan akulah," kata Mariam sambil memukul suaminya.

"Cukup! Okay kalau tu yang mu nok. Siti Mariam Binti Ismail, aku ceraikan mu dengan talak 1," kata Khairul dalam keadaan marah lalu meninggalkan isterinya. Mariam meraung sekuat hati.

Bukan niatnya untuk melafazkannya, kalau dipertahankan pun belum tentu percaya itu dapat dibentuk lagi. Baik aku lepaskan sahaja. Demi kebaikan bersama.

***

Selepas selesai sarapan pagi dalam pukul 10 pagi, Maylissa, Hasif dan Puan Mariam ingin berangkat ke Kuala Lumpur. Maylissa dan Hasif perlu menghadiri kelas mereka. Lagipun cuti midsem sudah hampir tamat.

"Kak, betul ke tak nak ikut kitorang balik?" kata Maylissa sambil memegang tangan Maylonn seakan merayu.

"Marilah, Linna. Takkanlah nak duduk sorang-sorang dekat sini. Mama risau tau," kata Puan Mariam pula untuk memujuk anaknya pulang bersamanya.

"Sorry ah, dokleh. Bukan Linna tak boh ikut cume ade banyok keje agi dok settle kat sini. In shaa Allah kalau settle doh nanti, Linna gi ahh sane," kata Maylonn sambil tersenyum memandang kedua-dua orang yang dia sayangi.

"Kalau akak rindu Hasif nanti macam mana?"

"Eh, budak ni. Dok rindu-rindu ehh," kata Maylonn sambil menggeletek adiknya itu. Hasif hanya tersenyum.

Hasif dan Alex mengangkat beg pakaian ke dalam kereta. Manakala, Puan Mariam dan Maylissa sudah masuk ke dalam kereta sambil berbual bersama Maylonn.

"Alex, kau jaga Maylonn baik-baik tau," kata Hasif sambil memegang bahu Alex.

"Takdok mende ahh, bro. Mu pun tolong ahh tengok-tengok Lissa ho. Jangan wi dia rapat ngan laki lain ngat. Se agi, weii mu pujuklah Lissa ho. Dia takboh terime aku sebab dia nok confirmkan hubungan mu ngan May lu," kata Alex sambil menyandar di kereta.

"Samalah dengan Maylonn tu. Kau pun cakaplah dengan Maylonn tu. Tak pun, kita lamar je terus," kata Hasif dan Alex hanya mengangguk tersenyum.

"Haa, mu duorang ngumpat op? Doh-doh, gi balik. Bawak molek kete ho," sampuk Maylonn apabila melihat dua lelaki itu rancak berborak.

Hasif pun menutup bonet belakang dan masuk ke dalam kereta. Sebelum bergerak, mereka melambai tangan antara satu sama lain dan kereta pun bergerak ke destinasi.


❤❤

C O M M E N T  *  V O T E

Memandangkan loghat Terengganu ni banyak ulang je, aku assume korang faham doh. Kalau ada perkataan Terengganu yang tak faham, boleh komen ya. Enjoy!  💖

M A Y L I S S A  M A Y L O N NWhere stories live. Discover now