Kisah 3

15 1 0
                                    

Maylinna Sofea sudah dibuai mimpi setelah berusaha sedayanya untuk menyakini pasangan suami isteri itu bahawa dia bukan anak mereka. Beberapa jam kemudian, Puan Mariam, Encik Zakaria dan Maylinna Sofea berhenti di RnR Gambang. Mereka berhajat ingin mengisi perut mereka yang kosong.

"Biar jelah Lissa tidur. Awak sanggup ke nak dengar dia merepek yang bukan-bukan? Nanti awak juga yang sedih," kata Encik Zakaria apabila dia melihat isterinya yang cuba membangunkan gadis yang masih di buai mimpi itu.

"Macam mana kalau Lissa terbangun dan lari tinggalkan kita?"

"Sayang, awak jangan risau. Percayalah cakap saya yang dia tak kan lari."

"Macam mana awak tahu? Kita tak tahu apa yang dia boleh buat."

"Kita sekarang ni ada dekat RnR. Kawasan hutan bukan bandar. Saya jamin dia tak boleh lari. Jomlah," kata Encik Zakaria dengan bersungguh-sungguh untuk menyakini isterinya bahawa tiada perkara buruk akan berlaku.

Puan Mariam hanya akur. Mereka berdua pun menuju ke arah kedai makan di kawasan itu. Maylonn ditinggalkan begitu sahaja.

Beberapa minit kemudian, Maylonn terbangun dari lenanya lalu membetulkan urat-uratnya dan menguap beberapa kali. Dengan pantas dia memandang sekelilingnya dalam keadaan mamai, senyuman manis terukir dibibirnya. Dia pun keluar dari kereta dan berlari sepuasnya. Tiba-tiba, langkahnya terhenti seketika apabila melihat situasi yang sebenar, hakikat yang nyata.

"Argg, rezaknyaa aku," kata Maylonn dengan nada geram sambil tangannya digenggam kuat. Dia dengan perasaan marah mencari-cari kelibat pasangan suami isteri yang baru dikenalinya itu.

Apabila dia berjaya menemuinya, dengan pantas dia menghampiri dua jasad itu. Setibanya di situ, dia menghentakkan kakinya dengan kuat lalu duduk di hadapan suami isteri tersebut. Pandangan tajam dilemparkan kepada suami isteri tersebut.

"Macam mana? Jauh mana dah sampai?" kata Encik Zakaria sambil menahan gelak.

"Senyap ahh mu!" kata Maylonn dengan marah.

"Jauh tu ada sampai Terengganu dah?" Tawa Encik Zakaria pecah menyebabkan Maylonn semakin bengang.

"Dahlah tu, bang," kata Puan Mariam apabila melihat wajah Maylonn yang berubah kemerahan.

"Abang tanya je."

"Maylissa, makanlah dulu. Mama dah order favourite food Lissa ni."

Dengan pantas pandangan Maylonn beralih ke arah Nasi Goreng Kampung Telur Mata yang terhidang indah di hadapannya. Wajahnya sedikit ceria selepas melihat nasi itu. Apa taknya, nasi kesukaan. Siapa je tak cair apabila nasi kesukaan menjadi pengubatnya.

"Bijok gop mu teke makanan kesukaan aku."

"Lissa kan anak mama. Mestilah mama tahu semua kesukaan Maylissa," kata Puan Mariam sambil tersenyum apabila berjaya meredakan kemarahan anak gadis di hadapannya itu.

"Aku bukan anak mu laa. Susoh ngat ke mu nak paham. Nasib baik je ho makanan aku suke same ngan anak mu. Kalau dok, tak dok maknenya."

"Lissa! Kalau dengan papa Lissa nak biadab, papa boleh terima tapi kalau dengan mama, Lissa jangan sesekali berani," kata Encik Zakaria dengan perasaan bengang apabila mendengar kata-kata itu keluar dari mulut Maylonn sambil jari telunjuknya menghala ke arah muka Maylonn.

"Haishh, alahaii. Mu yang cari pasal ngan aku. So, sek mu dak yoh persoalkan adab aku ngan sek mu. Paham?"

"Lambat lagi ke nok sapa KL? Aku dok sabor doh nok wak report polis sebab sek mu culik aku. Biar sek mu kene igat. Padan muke," sambung Maylonn lagi.

"Igat? Tangkap? Silakan. Lissa ada bukti ke?" kata Encik Zakaria sambil tersenyum sinis.

"Doh aku kabo jelah aku bukan anok sek mu. Senang, habis cite."

"Hahahahaa, Lissa Lissa. Lissa ingat polis percaya ke dengan Lissa? Papa dengan mama ada banyak bukti yang kukuh untuk menyakini pihak polis bahawa Lissa anak kami. Buang masa Lissa jelah," kata Encik Zakaria dengan yakin tanpa rasa terancam dengan ugutan itu.

"Eh, kecik besor kecik besor je aku tengok orang tua ni," bisik hati Maylonn sambil memandang tajam mata lelaki tua itu.

"Dah, Lissa makan kenyang ya. Sikit lagi nak sampai rumah. Nanti Lissa boleh rehat, tenangkan fikiran Lissa. Mama faham fikiran Lissa bercelaru sekarang ni. Abaikan je kata-kata papa. Papa bergurau je tu," kata Puan Mariam untuk menenangkan keadaan.

Maylonn tidak membalas apa-apa hanya menikmati makanan di hadapannya sehingga habis. Encik Zakaria juga menikmati hidangannya dan segelas jus epal.

Maylinna Sofea masih gagal menyakini 'ibu bapanya' bahawa dia bukan gadis itu. Bukan Maylissa yang dimaksudkan mereka. Keyakinan mereka terlalu tinggi. Susah.

❤❤

C O M M E N T * V O T E

💗💗

°Loghat Terengganu vs Melayu°

1. Rezak - Geram
2. Gop - Juga
3. Tak dok- Tiada
4. Paham - Faham
5. Ngan - Dengan
6. Dak yoh - Tidak perlu
7. Sapa - Sampai

💗💗


Kalau ada perkataan Terengganu yang tak faham, boleh komen ya. Takut-takut ada yang tertinggal. Enjoy! 💖

M A Y L I S S A  M A Y L O N NWhere stories live. Discover now