Part 6 : Strange Feeling

2.6K 156 1
                                    

KETIKA itu Cara baru sahaja tersedar daripada tidur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KETIKA itu Cara baru sahaja tersedar daripada tidur. Jam menunjukkan pukul lapan pagi. Keadaannya masih sama. Masih belum boleh gerakkan kedua kakinya. Ketika itu, seseorang telah membuka pintu.

"Goodmorning. Ini makanan kau untuk pagi ni. And ini phone aku. Kau boleh call ayah kau tapi kali ni je." ujar Aryan sebelum menyuakan telefon bimbitnya.

"Terima kasih." balas Cara sepatah.

Dia terus membuka phone dan mendail nombor telefon ayahnya. Bersiap sedialah Cara Estella untuk mendengar ayah kesayangan membebel.

"Hai Assalammualaikum ayah." Cara membuka kata setelah ayahnya mengangkat call.

"Waalaikummusalam Ya Allah Cara. Where have you been?!! Kenapa buat ayah risau hah? Cara pergi mana sampai tak angkat telefon, ayah message pun tak sampai. Bella banyak kali telefon ayah sebab dia risaukan Cara. Cara jangan macam-macam. Ayah tak suka." bebel ayahnya setelah mendengar suara Cara.

Nuk Hakeem selaku nama penuh ayahnya. Ayahnya merupakan seorang anggota Air Force yang masih belum pencen. Kalau dah anak askar, mestilah tegas dan amatlah strict. Berat sekali ayahnya mahu melepaskan dirinya untuk menyambungkan pelajaran di UK.

Bagi ayahnya, cukuplah dia sambung pelajaran di Malaysia sahaja. Cara merupakan anak kesayangan ayahnya lebih-lebih lagi Cara merupakan anak perempuan tunggal di dalam keluarganya. Dia mempunyai seorang adik lelaki dan lagi seorang telah meninggalkan dirinya sejak tiga tahun lepas. Sejak kejadian yang hampir meragut nyawanya pada malam itu, ayahnya menjadi semakin tegas terhadap dirinya. Tidak sanggup kehilangan anak perempuannya.

"Cara minta maaf ayah. Cara nak bagitahu ayah ni tapi janji dengan Cara yang ayah takkan marah." ucap Cara dengan penuh berhati-hati.

"Speak." sepatah sahaja ayahnya menjawab.

"Cara..Hm Cara accident ayah. Phone Cara rosak sebab tu ayah tak dapat call Cara. Sekarang ni Cara dekat rumah lelaki ni. Nama dia Aryan. Dia yang selamatkan Cara." jujur Cara. Bibir bawahnya digigit ketika itu.

"Ya Allah Cara, macam mana boleh cuai sampai macam ni? Cara okay tak? Ada injured apa-apa tak ni? And siapa lelaki tu? Macam mana kamu boleh ikut je dia kenapa tak duduk hospital?" sungguh prihatin suara ayahnya.

"Alhamdulillah Cara okay je ayah. Kaki Cara je injured teruk sampai tak boleh bergerak." itu sahaja yang dijawab oleh Cara.

Dalam otaknya bermacam-macam persoalan terlintas. Betul jugak apa yang ayah katakan. Kenapa bukan hospital? Kenapa dia kena stay dekat rumah Aryan? Dia nak bagi alasan apa dekat ayah?

"Ayah tanya ni. Siapa lelaki tu? Macam mana Cara boleh ada dekat rumah dia?" soal Hakeem lagi.

"Hmm..Dia kawan Cara dekat University..Dia ada doktor peribadi dekat rumah dia sebab itulah dia tak hantar Cara ke hospital. Ayah jangan risau, Aryan baik je dengan Cara." bohong Cara penuh berhati-hati.

Mrs. Aryan HerriezWhere stories live. Discover now